MY PASSION

MY PASSION

Sunday, December 2, 2012

Episod : Menang Contest F&N???

Pada suatu hari sebelum majlis konvokesyen berlaku aku terima satu Emel dari kilang F&N .
suratnya berbumyi begini . . .. 

AKU MENANG 2nd PLACE DALAM CONTEST ITU!! ! ! ! ! !
CONTEST NI AKU MASUK TIME AKU CUTI 6 BULAN TIME LEPAS DIPLOMA. Yer la time tu bosan kat umah tak tau nak buat apa, so aku tekad join satu contest dari F&N ni, caranya ialah kumpul resit sebanyk mugkin, aku kumpul jer banyak2 tapi tak minum pun, aku sedekah kat kawan2 :) giler nak minum semua tu, sure dapat penyakit beb.

So , hadiah dia DVD PLAYER dari PHILIPS. canggih jugak la features DVD ni, boleh connect wifi, 3D, HDMI dan sebagainya. Kalau ikut harga asal DVD ni, dalam 5 rat jugak la .


p/s : Jangan pernah takut pada mencuba :) Hasilnya kita belum tahu :)

Wednesday, November 14, 2012

Episod Tahun Baru Yay!


Jom Hijrah Kepada Lebih Baik ,
Aku cuba menjadi seorang insan yang LEBIH berguna LEBIH bersifat mahmudah,

salam maaal hijrah ! :) 

Di Puncak Alam malam ni ada Imam Muda Fakhrul datang,
kasi ceramah perdana sempena Maal Hijrah :) 


p/s: apabila niat baikku untuk berkawan telah disalah anggap org lain. Berfikiran positif dan hipotetikal . 

Saturday, November 3, 2012

Episod Apabila Aku Naik Darah !

Ok mood sekarang down giler, masih membara, masih panas, masih berapi,masih fedap! sebab? akanku cerita, persiapkan telingamu. zasssssss! 

Aku Saiful , dijadualkan pulang ker Puncak Alam pagi 3/11/12 jam 10.45pagi. Semua yang dirancang tidak menjadi setelah ada satu perkara berlaku distesen bas  ..... Pagi tadi aku sound mamat jual tiket bas ni, ada ke patut aku beli tiket seminggu awal dikaunter, tapi dengan senang lenang dia datang dengan salam tak kasi, suruh aku dan adik turun dari bas itu. 

Aku tanya kenapa begitu? sila perjelaskan.... dia ckp rekod tiket kami tiada dalam salinan mereka & suruh kami turun dari bas segera. REKOD TIADA???

Hoi brahder, kami beli 2 keping tiket itu di kaunter BAS KMK  iaitu di kaunter yang berdaftar, kami bukan beli dari ulat2 atau pun lalat2 atau pun dari mana2 kutu2 rayau, AKU ULANGI DARI KAUNTER BERDAFTAR! marah betol aku time tu, aku bukan boleh kalau hak kita sebagai pengguna dicabuli sesuka hati. memang pantang betol!

Apa tindakan aku time tu? Aku suruh adik aku diam jer biar aku yg fight. Aku sound direct jer mamat tu dalam bas, "Bagaimana rekod tiket kami tiada dalam tangan anda sedangkan kami beli tiket dikaunter?  korang langsung tiada sistem yang teratur,dah banyak kali aku perhati sistem korang ni, main jual jer tiket bas pada customer, so bila berlaku pertindihan  tiket mcm ni baru nak gelabah, baru nak pandai2 tukar itu ini!  nak kaut untung jer!, Apa bukti yang rekod kami tidak ada dalam salinan kaunter, sedangkan resit tiket ditangan kami?? Saya tak akan bergerak dari kerusi bas ini sebab saya rasa tindakan saya BETUL!!! Korang salah !! ***brader tu diam dan blah begitu sahaja. 

SEE? Salah siapakah sekarang ini? Yang benar harus diakatakan benar, yang salah harus diperbetulkan , dah la dalam bas tu ramai gadis2...jatuh saham "cool" aku time tu, ah ada aku kesah hak aku harus diutamakan, cool tu letak sebelah kejap hahaha . Bas yang dijanjikan bertolak pada pukul 10.45 langsung bertolak pada pukul 12.00 tghr disebabkan hal tiket bertindih dengan penumpang lain. Bukan aku sorang jer terjadi, 3 org gadis lain turut terjadi kes ini , mereka turut mempertahankan hak2 mereka. Itu aku salute springg! 

Memang silap banyak la brader tu. if i'm fight, i'm fight to the death!. Dah la bas aircond leaking! Perghhh lagi menyirap lah aku , habis basah seluar jean LEVI'S siam aku tu, tapi aku diamkan diri sebab masih ada lagi sifat sabar dalam diri !  Next time AKU AKAN BOIKOT kaunter itu. GRRRRRRRRRRRR  . Sampai di Puncak Alam pada pukul 6.00 petang. Singgah makan McD untuk tenangkan hati :) MEGA MAC kut aku beli haha

P/S: Aku bukan mudah meletup , aku berjiwa cool. Tapi kadang2 tu saper tak meletup kalau jadi mcm ni kan. Akhir sekali , aku mintak maaf pada brader tu sebab malukan dia dikhalayak ramai. (heh, mujur aku masih ada lagi sifat cool :P) 


Jangan bagi penumpang anda marah lagi yer.Sila tingkatkan kualiti sistem pengurusan jualan tiket :) T.Y

Saturday, October 27, 2012

Episod Berhabuk Berdebu Bersawang

Assalammualaikum:)

Rasa lama tak datang melawat Helmet Putih ni. Sebuk sangat ker kau ni :) hehe maafkan aku helmet putih :)

Status aku sekarang seperti dulu seperti dahulu aku ulang seperti dulu. Keep single . (Perlu ke?)

0k aku sambung pengajian aku di peringkat seterusnnya di UiTM Puncak Alam, Selangor. Dengan mengambil Bachelor in Heath Administration (HONS). Yer aku tukar bidang pengajian aku . sebelum ni kan amik kos lain . Nak buat macma mana jodoh aku dengan OT tidak lama. Aku ditawarkan ke kos baru ni H.A , aku terima seadanya kerana memang niat aku nak sambung degree walau mcm mana sekali pun :) Perjalanan cita-cita aku hampir lengkap sekarang . Cita2 yang aku idamkan sejak dari bangku sekolah rendah . Cita2 yang hanya tinggal satu step lagi utuk direalisasikan .

Aku ada buat rayuan jugak untuk masuk OT , aku dan rakan hantar pada KJ , Yer la saper tak nak sambung degree dalam jurusan yang sama kan. Tapi keputusannya negatif :(. Sehinggalah baru2 ini aku terserempak KJ OT dalam lif. Aku diamkan diri sebab bajet dia tak kenal aku. Tapi dia sapa aku dulu, "awk ni presiden OT yg lamakan?" .Aku waktu tu fuhhhh masih ingat lagi yer saya. "errr haah".
Dia cakap "asal tak masuk OT? saya dah terima rayuan awak tu"  aku "errrrrrrrrrrrrrrrrr" what!!! aku tidak tahu punnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn~! Then baru aku sedar yg aku dah diserap masuk ke fakulti lain dan tidak dapat ditukar lagi. Oh sedihnya ketika itu:( . Tapi tak mengapa lah Encik, saya dah 1 bulan lebih bersama ngan keluarga baru ni, saya selesa dan bersyukur :) mungkin ada hikmahnya disitu:) .Jurusan baru aku ni senang cakap untuk jadi manager, dah tu jer. Malas nak citer lebih :)

 Ok semalam hari raya qurban , masih x lambat lagi aku ucapkan selamat hari raya qurban pada semua:) Raya Idul Adha adalah raya terbesar bagi umat islam selepas raya AidilFitri:). OK aku termakan lebih  daging qurban , harap tiada masalah kelak:)

Aku cuba untuk jadi seorang lelaki yang lebih bersifat terbuka dan matang . Aku cuba  tak cepat melatah jika ada sesuatu berlaku tanpa fakta dan usul periksa. Tidak mahu jadi prejudis dan bias:) . Sejak dua menjak ni aku acapkali diuji dengan pelbagai cara. Aku hadam ia dengan tenang:)

Ok sebut pasal kewangan , hutang aku akan bertambah kelak hal ini disebabkan aku baru sahaja mendatangani perjanjian dengan PTPTN untuk pinjaman kewangan. Hutang  diploma belom lagi aku setelkan dah datang hutang baru :)

 Pada bulan ni aku dikejutkan tok wan aku jatuh sakit tiba2. Aku terkejut sebab setahuku tok wan tiada sebarang  penyakit , mugkin itu ujian Allah kepadanya. Karakternya sangat berbeza dengan sebelum ini . dahulu dia seorang pandai berjenaka, tegas, suka bercakap, Garang dan sebagainya. sekarang dia hanya mampu baring dan diam seribu kata :(  . Raya qurban ni, wan aku sambut diatas katil sahaja :( so sad.

p/s: By the end of this month aku bercadang nak gantikan henpon aku yang lama tu. Yer la dah uzur dah pun, tapi mak larang sebab membazir hemmmm camon mak, itu duit gaji saya :)  Doakan aku dapat beli yer. 



Monday, September 3, 2012

Episod ayuh kita fikir sejenak . . .

Assalamualaikum readers. . .(ADA READER KER NI HAHAH)

ok post kali ni tak la heavy mane pun, just nak kongsi sikit apa yg aku rasa dapat share....ok episod kali ni aku nak ajak hampa semua fikir sejenak apa yg disekiling kita ni,,,, malas nak tulis banyak jom baca...

1)  Jadi lah pengguna berhemah di jalan raya, ok ni salah satu gambar yg aku sempat snap dalam keta tempoh hari raya aritu.. banyak lagi gambar salahguna dari pengguna jalan raya tapi yg ni paling gangster aku rasa haha...hampa rasa muatan lori ni dah overload lom? ayuh fikir sejenak  apa kesannya  . . .?


2) ok gambar kedua yg aku dapat snap ni dari kedai cyber cafe berhampiran rumah aku. apa yg menariknya dalam kedai cc ni ialah pada dinding ada sedikit nota tegas yg owner kedai letak. ak rasa tindakan owner kedai ni bagus dan prihatin terhadap gejala sosial sekarang...jom tengok !
korang dapat baca tak? meh aku tulis balik ayt dia : 
" BERKAPEL TIDAK DIBENARKAN DUDUK SEKALI KECUALI SUDAH BERSUAMI ISTERI !!!!!!! KALAU TAK PUN AMBIL KERUSI DUDUK BERASINGAN~~~" 

3) ok gambar seterusnya ni teruk! ada satu hari tu aku lepak ngn mmber aku kat kedai makan. tiba2 mamat ni ajar aku cara hisap  benda tak elok haha,, teruk btol mmber ako ni, ok aku ada sound dia ..dia ckp benda ni just syok2 ja...ayuh kita fikir sejenak . hati2 ketika berkawan jgn smpai kita terikut perkara keji mereka. nasihat lah mereka :)


4)  gambar seterusnya ni pasal org yg sukar langgar peraturan walaupun papan tanda dah pun di depan mata dowang, gambar ni aku amik kat salah satu pejabat kerajaan ...aku pun tak tau apa masalah org kita ni, selalu ja nak buat apa yg orang larang..sebagai contoh korang tengok la sendiri.. ayuh fikir sejenak, mengapa kita perlu bigini? !?

"DILRANG LETAK MOTOSIKAL"

5) ok next, gambar ni ak amik kat taman dekat rumah aku...apa la salah tuan rumah ni sampai dinding rumah dia jadi sasaran vandal. kesian ja aku tengok.  budak2 ni ada bakat seni  sebenarnya cuma tak reti kat mana tempat sepatutnya diluahkan !! ayuh fikir sejenak, kalau jadi kat rumah anda bagaimana?

ok cukup lah tu setakat ni aku paparkan 5 gambar dulu. letih bhai ari ni, apapun ayuh kita fikir sejenak, kalau orang lain boleh berubah mengapa kita tidak??? 

p/s: saya prihatin anda pula bagaimana? ( ayat dari sinar.fm )

Episod : 9 Fakta Bila Lelaki Memasak

1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la

2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk

3) Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.

4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju. Yang lebih seksi hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil menghisap rokok.

5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.

6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.

7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam

8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. .

9) Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat makwe. Tak pun dalam proses nak mengorat.

kredit to http://faisalabdullah.com

ok fakta tambahan dari helmet putih lak ;

10) Kebanyakan rumah kenduri yg aku tengok ( kat kampung aku la) keramaianya dari kaum adam yg akan masaka memasak, sebab apa aku tak tau . . .adakah disebabkan kuantiti yg banyak ?

p/s : sebut pasal kenduri kendara ni....mula serabut pasal duit hantaran hahaha MAHAL LOO sekarang :p

Friday, June 15, 2012

Episod 22 cara kenali lelaki gentleman part 2!

      Yosh kembali bersua kembali! sejak kebelakangan ni gua sebok sikit maklumla cari nafkah sikit untuk hidup.. minggu ni aku nak habiskan 11 lagi tips cara kenali lelaki gentleman. Kepada gadis2 yg nak kenali lelaki mcm ni apa lagi ditunggu ayuh , kepada kaum adam lak..boleh jadikan ia sebagai starting point untuk berubah menjadikan anda lebih gentleman der!!!  SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL

12) Lelaki gentleman akan gosok giginya 2 kali sehari pagi dan malam :)
13) Kalau lepak bersama gadis2, lelaki macam ni tak akan hisap rokok depan mereka malah akan beredar jauh sedikit kalau nak hisap jugak. (mujur aku bukan smoker :)

14) kalau namapak anda membawa barang yg banyak (maklum la baru balik shopping) lelaki ini akan segera menghulurkan bantuan kepada anda :) (kan untung)

15) Lelaki gentleman tidak perlu diajar keran mereka tahu bila masanya wanita merajuk dan bila masa pula untuk di pujuk ( gila gentleman lah !)

16) Yang ni best! lelaki gentleman bila nampak gadis seksi atau menjolok mata lalu depan mereka , dia tidak akan sorak atapun memandang , malah  akan tenang sahaja :)

17) Lelaki budiman mcm ni tidak akan mengungkit kisah lama pasangannya bila ada pertelingkahan berlaku . malah dia akn cuba mencari cara penyelesaina yg baik :)

18) Jika anda menyuruh lelaki budiman tolong bayarkan bila atau saman. Dia tidak akan mengabil duit lebih itu malah akan pulangkan kembali kepada anda :) (baiknya bro ni beb )

19) walaupun lelaki ini bersendirian di rumah , dia tidak sama sekali akan meneguk air dari botol  malah akan mencari gelas untuk disisi :) (sopan brader ni)

20) bila berada di tandas awam ataupun di rumah sendiri, lelaki mcam ni akan pam tandas sehingga bersih selepas menggunakannya . ( sungguh budiman beb!) 

21) Lelaki budiman ini juga tidak akan menyerah kerja tumah 100% kepada wifey tersayang malah sisuami akan membantu bersama menyiapkan kerja rumah ( mcm ni baru keluarga bahagia der )

22) Apabila ada gathering dengan rakan2, lelaki jenis ini tidak akan show off didepan gadis untuk menarik perhatian malah dia akan cool shaja dan tenang. ( mcm aku hahaha wekk )

OK! Setel sudah 22  tips kenali lelaki gentleman, sebenarnya banyak lagi cara yg anda boleh  kenali lelaki mcm ni,  malah ada buku lagi tu . Kepada kaum yg sama dengan aku tu,dengan ada nya tips mcm ni sedikit sebanyak dapat la kita menjadi lelaki yg sedap mata dipandang masyarakat :)  

p/s : TIPS TAMBAHAN DARI AKU ~ 
23) Lelaki gentleman kalau ada masalah dia akn ckp mcm ni " Rilex..InsyaAllah ada jalannya" 

Wednesday, May 16, 2012

Episod 22 cara kenali lelaki gentleman part 1!

Ok hari ni bosannn kat tempat keja tak tawu nak buat apa...then aku belek2 la satu majalah agak famous di malaysia terutama pada kaum hawa. Majalah apew beb? ah aku nak sebut pun segan eh...ok2 Majalah Wanita  .hahah oleh sebab majalah ni jer ada kat tempat keja aku so whatt!!!!!! MEMBACA ITU AMALAN MULIA apaaa.... :p


Dalam beratus2 page dalam magazine tu, just 2 page ni jer aku baca artikel dia, ye la artikel lain semuanya pasal gadiss jerk. so nak tawu jom check it out baibi!


22 TIPS KENALI LELAKI GENTLEMAN part 1!


1) Jika anda lewat untuk dating or temujanji (sama ler tu) , laki jenis ni tidak mudah marah or bising malah senyum sahaja and cool:)
     
2) Anda telah menyakitkan hati sidia secara tidak sengaja, Tapi lelaki yang gentle tidak akan marah melulu dan memilih untuk meluahkan secara terus terang, malah dia akan mendiamkan diri jika sudah hilang kesabaran (perghhhh sangat gentle beb)


3) Jika ada salah faham di restoran dimana hidangan datang lambat ke, or mkanan tak menepati pesanan namun lelaki ini bukanlah jenis yg suka membebel, jerit2, or maki mencarut kedai tu.( bukan aku hehe)


4) Ok ketika memandu lak, ada jek kereta lain yg kuwang hajau macam kasi isyarat fuc# ke or kasi lampu tinggi  ajak race, laki gentleman tidak layan semua itu. itu suma picisan baginya haha, race on circut la brader!


5) Jejaka gentleman jika membuat kebajikan tidak selesa menjadi perhatian ramai . prinsipnya, KALAU TANGAN KANAN MENDERMA DAN MEMBERI, TANGAN KIRI TIDAK PERLU TAHU (ini aku hehe)


6) Lelaki gentleman tidak akan cakap masa makan huhuhu  ini semua ada kot


7) Ketika hujan, lelaki jenis ni akan menjemput temannya di tempat kerja or lokasi lain ( wah ini sweet n sungguh gentle). alasanya laki ni xmau temanya kena hujan huhuhu ( bila ada awek naty aku try buat benda ni)


8) Masa berjalan berdua2an, terserempak lak ngan family laki tu, tanpa segan silu dia menegur dan tanya kabar (bagus x lari dari family) malah pelawa mereka join sekali


9) Si lelaki gentleman tidak bercakap di telefon mcm guruh berdentum. cakap cool jer. macho habis :)


10) Lelaki jenis ni lagi tidak akan korek hidung depan teman specialnya walaupun dah kawin 20 tahun bagai hahaha ( mustahil ye tak?)


11) Lagi, tidak bersin atau menghembus hingus tanpa tisu, tak ludah merata,( sungguh cool) 
                                       ::credit to Mingguan Wanita


Ok, amacam ? ada yg kena batang hidung sendiri x? pakat2 ubah la huhu supaya sedap mata memerhati:) . So, another 11 tips is coming soon for next episode. Lebih hot and lebih "GENTLEMAN" kot....just wait geng:) 


p/s:  jadi la laki se"gentleman" manapun, tetap xde gadis pandang aku punnnnnn hahahahha * forever alone beb!

Tuesday, May 15, 2012

Episod IRONMAN sertai mogok lapar???

Balik kerja terus aku on9 FB dan satu kejadian pelik telah tejadi di FB.....aku melihat begitu banyaknya eh tersalah grammar lak...begitu ramainya orang mengubah DP mereka ke gambar kartun berwarna coklat..apa kejadah dadah semuanya ini? ayuh kita check it out baibi!!!!

Aku tanpa segan malas terus mencari apa punca terjadinya fenomena ini, fenomena DP FB JADI KARTUN COKLAT...selidik punya selidik, buat DNA test jap, hack government official site( err mohong jer ni)...rupa2nya saudara2ku sekalian ,sekarang ini sedang berlangsungnya bantahan mogok lapar yg dilakukan  sahabat2 seagama kita di PALESTIN nun.sebab apa eh? chek it out baibi!

Sebab munsebabnya ialah kerna MEDIA BARAT mahu hapuskan kes tahanan rakyat palestin , tahanan ini hanya ingin meminta HAK ASASI mereka sebagai tahanan perang , hak pendidikan dan sebagainya . walaupun kita jauh dari mereka namun usaha yg sedikit ini mampu menunjukkan kepada media barat yg kita prihatin keatas saudara seagama kita dan semangat yg berkobar2. 

Sama2 kita berdoa agar hak mereka sebagai tahanan perang yg telah termaktub dibawah tahanan perang antarabangsa di permudahkan. AYUH org kita sebarkan berita ini.

::Usaha kecil yang kita boleh buat ialah, Perang Media!!!

ok ini antara berjuta kawan aku yg dah tukar DP dowang...





ini plak hehe for sure la aku punya DP heheh amcam ? senang skit nak fire zionis tu


p/s: sy sudah anda bila lagi??? prihatinkah anda?

aku suka DP ni...chumelllllll sangat ngeeee


Thursday, May 3, 2012

Episod my top 7 desktop background

Yeah kali ni aku papar 7 wall desktop laptop aku . setiap org ada hobi masing2. bagi aku desktop backgroung laptop aku melambangkan mood aku untuk 1 or 2 minggu tersebut. Kalau mood aku ceria, aku letak wall yg ceria, bagi org lain dia tak amik berat sgt pasal ni tapi bagi aku YES I AM!! setiap wall background yg aku buat pasti aku save untuk koleksi...hehe nah tengok laaa carta wall desktop gua hanya di HELMETputihblogspot ..
1) ni ketika semangat bola asia tempoh hari! yeah menang pingat emas!!


2) ini ketika pogram team building persatuan aku blajar tu..best! rindu kawan
3) serius background kaler itam ni aku taruk bila aku dalam stress!! nak dok jauh2 dari org
4) ha ini aku marah!! ni kes fb aku kena heck oleh mangkuk tandas mana tah..aku taruk pic ni simbolik aku deactive sejenak bia semut hurung hahaha
5) ok time ni jiwa aku ROCK ganazz!! layan lagu heavy2 mood tengah memberontak katakan!!
6) ini wall paling aku suka sebab kami mcm adik beradik!! hehe kenali kami dengan lanjut di  http://meruphorians.blogspot.com/
7) ni ketika mood aku dengan persatuan tercinta...hehehe

so ini shaja la carta desktop aku untuk tatapan umum. kesimpulannya wall desktop mempengaruhi mood aku untuk minggu tersebut. bye2 jumpa lagi di lain episod:)

p/s : apa yg mempengaruhi mood anda?

Monday, April 2, 2012

Episod kerjaya

ya aku dah tamat pengajian sudaah...selama 3 tahun di pertaruhkan di PuncakAlam.
kini aku dah boleh dipanggil penganggur sepenuh masa...Namun aku x amik langkah lama untuk berada dirumah shaja.

aku kerja sambilan di sebuah hotel dekat jer ngan town Sungai Petani sebgai receptionist .nama hotel D'VISTA (hah ni free marketing ni, bos kena blanja aku huhu)
dah nak dekat sebln aku keja disitu . errrrr keja dia tak teruk sgt...ak hanyaa perlu check in guess n check out guess ...sambil itu kena wat booking jgak.tu jek kejanya hahaha....makan tayah isau sebab 100% aku mkn mkanan hotel hahaha tu yg best .... makin besar la perut aku ni..'

tapi satu jer tak best pasal keja ni....keja ikut shift huhuhu malas tol la nak keja shift malam...ngantok beb....
ha mujur bos aku baik, dia kasi kami on9 di kaunter dengan ska hati dengan menggunakan free wifi hotel yayyyyy!!! haahah apa lagi , downloadd la keje nya ..tapi keja kena buat juga yerr


aku baru perasan, dalam2 ramai receptionist kebanyakannya dari kaum hawa...kaum adam kurangg huhuhu apa agaknya punca trsebut? tah ak pn tak tau...


disini ada beberapa tips untuk anda jadi receptionist yg owsemm huhu:
1) penampilan kena lah jaga:)

2)senyuman kena ramai:)
3) kena ramah mesra ngan semua :)
4)kena tahu map satu malaysia (kdg2 anda terasa seperti kerja sbgai kaunter prtanyaan bagi org sesat )
5) sonetime anda perlu jadi "plastik" heheh tu jek
kena jawab pelbagai jenis panggilan pun ...

p/s: pada mulanya aku nak mintak housekeeping kema2 bilik gitu...sebab aku suka keja bergerak2 ni, kasi kua peluh skit huhu tapi x mengapalah dah rezeki kan:)



Wednesday, March 7, 2012

Episod racism?

This happened on TAM airlines.




 A 50-something year old white woman arrived at her seat and saw that the passenger next to her was a black man.

Visibly furious, she called the air hostess.

"What's the problem, ma?" the hostess asked her

"Can't you see?" the lady said - "I was given a seat next to a black man. I can't seat here next to him. You have to change my seat"

- "Please, calm down, ma" - said the hostess
 "Unfortunately, all the seats are occupied, but I'm still going to check if we have any."

The hostess left and returned some minutes later.

"Madam, as I told you, there isn't any empty seat in this class- economy class.
 But I spoke to the captain and he confirmed that there isn't any empty seats in the economy class. We only have seats in the first class."

And before the woman said anything, the hostess continued

"Look, it is unusual for our company to allow a passenger from the economy class change to the first class.
 However, given the circumstances, the commandant thinks that it would be a scandal to make a passenger travel sat next to an unpleasant person."

And turning to the black man, the hostess said:

"Which means, Sir, if you would be so nice to pack your handbag, we have reserved you a seat in the first class..."

And all the passengers nearby, who were shocked to see the scene started applauding, some standing on their feet."

SHARE IF YOU ARE AGAINST RACISM!

Friday, January 27, 2012

Episod spongebob versi utara

lirik lagu spongebob versi Utara 
(nyanyi dengan semangat okayyy!)


Hampa redi dah ka weii??
Haa kapten,
Apadia?Tak dengaq nie!!
Haaa la kapten..


Ohhhh…
Sapa hat dok dalam nanaih wah laut?
“Spanbob Seluaq Petak”
Belubang,meghesap paihtu wana kunin
“Spanbob Seluaq Petak”
Kalau hampa suka benda laut hat ngarut
“Spanbob seluaq Petak”
Mai la sini teghejun cam ikan temenung
“Spanbob seluaq Petak”


REDi?
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak




p/s : watak spongebob yg agak kurang cerdik, tapi amat disukai ramai & femes...!
jadi, jangan bimbang jika anda adalah seorang seperti spongebob seluaq petak ni:)

Thursday, January 26, 2012

Episod sepasang kekasih gaduh sweet?

Sepasang kekasih sedang bertengkar..


boy: sy taw sy ni jahat, x pandai menghargai awk.. x macam lelaki2 yang cuba berdampingan     dengan awk.. mereka semua terlalu jauh lebih hebat berbanding sy!
girl: siapa cakap mereka hebat? apa yg buat awk rasa mereka lebih hebat?
boy: mereka ada segalanya. Harta, paras rupa, pendidikan dan sebagainya. 
girl: awk silap.
boy: ? ? ?




girl: awk lebih hebat berbanding mereka kerana awk memiliki cinta sy yg tulus. PERCAYALAH.. SAYA TERLALU MENCINTAI AWK! 


P/s: tujuan entry kali ni??? sebab aku rasa cerita rekaan ni sweet  hahaaya, dialog last tu yg susah nak cari tu. anyway aku masih mencari :(

Tuesday, January 24, 2012

Episod Sungai Petani banyakk traffic light???

Baru2 ni aku ada baca satu post grup pesbuk, grup tu dari org kedah..kalau hampa faham apa yg ditulis  dalam grup tu, sudi la like ....
Mai-nak-boh-penampaq-sedaih
satu post tu tajuk dia begini....
aku SETUJU sangat2...aku pun xtau kenapa banyak sgt traffic light dalam sungai petani ni...mungkin banyak simpang ,mungkin? tapi bagus la ada banyak traffic light sebab? dapat kurangkan kemalangan kan2...tapi kalau dah 2 minit gerak pastu berenti , gerak 2 minit pastu berenti sapa xley tahan woiii haha....dah la nak tunggu lama, sunburn la naty ....

* Fakta bila aku di traffic light :

1) kalau aku naik moto kan, bila berenti di traffic light di waktu tengah panas....aku akan pusingkan tangan aku mengadap belah putih (supine position)  pastu letak atas riba , pehal plak dah tu? hehehe aku xmau jadi gelap laaaa haha...(bad or gud idea?) nak cuba ler tuuuu..heh heh heh

2) Aku selalu pikir, org buat traffic light salah, xbuat traffic light pun salah! abih sapa yg betui?

3) Tiap2 petang time kemuncak , kesian tengok abg2 polis trafik dok jemur tengah panas kawal lalu lintas kat jam besar tu. KITA ? sedap2 dok maki dia dalam aircond keta sebab beri laluan lambat.SUNGGUH X BERSYUKUR kan?

4) Time kat traffic light la ada masa skit nak tengok bangunan kedai sekeliling, sebelom ni xda ler nak tengok sebab aku memang bawak lelaju... kadang2 bila berenti ada jugak sedikit masa untuk usha gadis kat sebelah haha

5) kalau korang pasan, kat traffic light la paling banyak puntung rokok bersepah ! aku pun taktau kenapa kat situ tempat buang puntung rokok haha

6) Aku rasa hebat bila main cilok2 dengan kereta sebab nak berebut duduk di lane depan hahaha ( sekali tu penah terkena side mirror keta org lain, buat buduss jer) 

7) Langgar lampu merah ni biasa la bila bermotor ni...tapi awas kena tengok dulu depan belakang, takot dikejar pakcik pepolis plak naty hahaha

8) Aku paling meluat bila motor mampuih kat traffic light...damnn! rasa tebal muka gila. tapi bila kena kat org lain aku gelak dalam hati...haha teruk

9) Sehebat mana mat motor dijalan raya, bila turunnya hujan , tewas jugak. kena berenti bawah jambatan sebab x bawak baju hujan..(ada jer yang redah semacm je)

10) hampa tau dak, 9 fakta kat atas ni penah x jadi pada diri anda? kalau penah...it's normal as a rider hahah

p/s: apapun aku dok kutuk2 SP ni, tempat tu la aku membesaq sampai 21 tahun ni....i'm proud wif my hometown beb!...tempat aku kenal erti berdikari:)

Friday, January 20, 2012

Episod Trivia pasal aku


10 TRIVIA PASAL GUA huhuu

~ masa kechik2 aku dulu kan, aku suka kumpul menda2 ni:
1) kad topup : dulu kan klau nak topup kena beli kad kan, mcam2 gambar ada kat kas tu..klau musim bola, bnyak la kad player bola aku ada
2) melukis : dulu aku minat melukis kartun, bukti dia? nah...hanya mampu masuk majalah sekolah jerkkk...femes kot tu
3) kumpul tiket wayang: aku nak wat kenangan bila dah tua2 naty hahaha WTPak
4) kumpul komik : kat umah ni mcam2 komik ada, yg terbaru aku beli KEMBAR THE BEST :) 


~Dulu time kat sekolah MENENGAH akU aktif, tapi x ler dalam sukan...aku join mcm2 aktiviti kat sekolah antaranya :
Pengawas sek, Ketua kelas, Naib Pengerusi Kelab Kewangan, Pengerusi Kadet Polis, Kooperator sekolah, AJK kelab PingPONG. Tu dia semua sapu habis haha. Seyes walaupn bnyk jawatan time tu, spM aku x lupakan...aku rindu time sekolah:)


~Kisah cinta lak heh3..aku mula main cintan bila time form 3 hahaha tapi aku ni hampeh, sekadar syok sendiri jer..dak pompuan tu pandai, saja nak wat dia sebagai penaik semangat belajar haahah alasan. 
*ehem smpai skang kot aku still clap with 1 hand side . Nak tengok fb dia? oohhh cari ar sendiri hahaha 


~ Dari kechik  lagi aku memang suka makan sambal...xkesah la apa pun asalkan dalam pinggan aku tu ada kaler merah hehehe,


~Aku ingat lagi, pernah mak kejar aku satu bendang sebab campak anak mengasuh ke sungai umah aku hahaha, sadis beb, aku nyorok dalam pokok pisang hahaha.


~ Aku penah tanya mak, "kenapa nama kami dua lansung xda kaitan?" kalau taruk faisal & faizal ok jgak...mak ak ckap...nama saiful & faizal yg terlintas di kepala mak time lahir tu..itula nama hangpa la ni:)


~ Aku mula kenal erti main game bila masuk sem 1 tahun 2009!!! ye la sebelom ni aku ngn sekolah jerk , apabila tengok roomate main counter strike. pastu aku mula menjinakkan diri hehehe teruk betol!


~Jadi kembar ada yg xbestnya, apa yg aku  buat dia pasti tahu hahha damn!


~ Mak selalu marah aku, kenapa asyik beli pakaian warna putih ni, cepat kotoq! sebab....cek suka warna putih:) sampai helmet aku pun warna putih hehehe


~ Cita2 asal aku sejak bangku sekolah rendah lagi, aku nak berkhidmat dalam bidang penguatkuasa undang2 iatu nak jadi abg polis hehehe.


p/s: ckup la kot tu trivia pasal aku ...kauorang lak....huhuhu