MY PASSION

MY PASSION

Thursday, February 28, 2013

Episod Rutin Cuti

Ya sedar tak sedar dah sebulan lebih aku bercuti di kampung halaman sempena cuti semester pertama. Jadi, dalam cuti yg tak berapa panjang ini aku manfaatkan ia sepenuhnya dengan rutin harian yg juga bermanfaat. Oh ya sebelum tu, result semester pertama aku hurmmmm... [Alhamdulillah, sasaran capai]. 

So, malas nak celoteh panjang sebab aku bukan jenis buat entry panjang...jom tengok apa yg aku buat waktu cuti :) 

1) Setiap petang selepas Solat Asar, akanku ke taman rekreasi feveret untuk berjoging. 

2) Setiap hujung minggu pula akan aku mandikan 3 gadis ni hihihi..

3) Ya seterusnya aku jadi babysitter kepada budak ni...[memang letih beb]

 4) Seterusnya membaca novel & menonton movie 


5) Selain itu, setiap hujung minggu juga aku main badminton bersama anak jiran.

6) Menolong bapak memotong rumput dan membersih halaman rumah

7) Lepak dirumah atok 2 3 malam, tempat ini aku suka sebab jauh dari bingit kotaraya dan manusia. Tempat aku mencari ketenangan.

8) Dikampungku, jiran2 selalu buat majlis makan2 dan ia sudah jadi budaya disini..kami berkelah di tepi padang bersama2 keluarga jiran yang lain. Seronok dan gembira.

9) Ya apabila ada kenduri di kampung, aku juga turut mengambil bahagian menjadi mentara. Seronoknya merewang :) 
10) Bila waktu malam pula, kami sekeluarga akan ke gerai makan sekitar Sungai Petani untuk makan malam. 

Ya hampir bnyk aktiviti yg aku luangkan Pada cuti ini bersama keluarga dan masyarakat kampung. Harus diingat selain bersosial sesama rakan sebaya, kena juga kita bersosial dengan masyarakat sekeliling kerana kita bukan di zaman kanak2 lagi. Sekian.

p/s: Mood nak balik Puncak Alam belum mai, macam mana ni. esok lusa kuliah dah nak start. Adeih~

Thursday, February 21, 2013

Episod Seorang Demi Seorang

Yeah episod kali ni kita bercerita berkenaan gadis pula, awas entry ni aku bukan nak cerita pasal ciri2 gadis idaman aku ker apa. Tapi cerita pasal bini orang haha [sound weird rite?] 

Hangpa semua mesti sudah sedia maklum kan yang Dato' Siti Nurhaliza a.k.a isteri kepada Dato' K sudah menutupi kepalanya dengan sehelai kain lembut dengan sempurna [berudung litup la senang, ayat berbelit2 haih]. Ya orang lain dah bersepah tahu tapi aku baru jer tahu ni :) [so tak salah kan kalau aku buat entry khas ni demi penyanyi yg terkenal dengan lagu Cendol, eh silap "Cindai"

So, take a look at this.. new image by her


Ok yang ni rasa macam cute la plak, awas dia tetap isteri Dato' K ok! 

Yang ni aku tengok macam nak seiras Ustazah Bahiyah la pulak 
[Semanis karma kurma]

Dan banyak lagi la gambar2 manis beliau bertudung litup ini. Sejak dua menjak  ni ramai artis Melayu yang sudah mendapat seru, kita doakan artis lain turut sama mendapat hidayah ini & berubah. Kan manis kalau begini umpama  tak perlu tambah gula dalam air kosong, minum begitu sahaja. Bertudung bukan untuk fesyen, seluar atas lutut bukan untuk tunjuk eksyen,  tetapi tutupilah ia sebelum ia 'ditutupi' dengan api neraka.

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka merendahkan pandangan mereka dan memelihara kemaluan. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan.'' 
(An-Nur 24:30).



P/s: Heliza Helmi ni tak pernah balas mesej aku, haih aku cuma risaukan dia, harap dia baik2 sahaja (Dalam mimpi aku bermimpi)

Monday, February 18, 2013

Episod Aku Lihat Orang kita...[siri 1]

Minggu ni rasa nak taip sesuatu berkenaan dengan orang kita. Teks ini bukanlah bertujuan nak malukan atau menjatuhkan bangsa sendiri cuma ingin meluahkan apa yg terbuku dihati sekian lama. Entry ini berdasarkan pemerhatian aku terhadap suasana masakini.



Aku lihat orang kita...tak boleh tengok orang lain berjaya dengan cemerlang, mesti ada yg cuba jatuhkan dari belakang. Tidak kiralah dalam apapun situasi. Lebih sedih lagi orang yg jatuhkan kita itu ialah orang terdekat kita. Bukan sepatutnya kita membantu sesama sendiri? Mengapa begitu wahai orang kita?



Aku lihat orang kita...sangat mudah percaya pada pandangan pertama. Maaf aku bukan  sentuh pasal isu cinta pandang pertama no no not here. Apa yg aku nak katakan ialah orang kita mudah percaya dan menerima bulat-bulat sesuatu berita  tanpa tahu samaada ia benar atau tidak. Lihat bertapa daifnya pemikiran kita ini, terus menghukum tanpa budibicara,  berfikiran tidak rasional dan prejudis! Mengapa begitu wahai orang kita?



Aku lihat orang kita...masih jahil budi bahasa. Perkara ini yg sangat menyedihkan kerna kita sudah berada di era globalisasi dimana tamadun manusia sudah mencapai tahap hidup yang sempurna. Kadangkala aku jijik melihat orang kita di tempat awam, perlukah meludah dikawasan awam? perlukah memaki hamun orang kerna kesilapan kecil? perlukah rosakkan perkhidmatan awam? dan perkara jijik lain2 yg aku malas nak taip.  Mengapa begitu wahai orang kita?



Aku lihat orang kita...terlalu selesa dengan status "Hak Melayu" sehingga kita terlupa orang lain sedang merancang rencana merampas hak itu.Kita terlalu selesa! Aku teringat bait2 lagu Malique yg berbunyi "Tak kan Melayu hilang didunia, Ya, apa guna tak hilang didunia jika kewujudan tidak dirasa..." . Aku khuatir pada suatu hari nanti orang lain akan kata orang kita orang 'manja'. Mengapa begitu wahai orang kita?



Jadi cukuplah hari ni , banyak lagi perkara2 yg perlu disentuh tetapi aku cuma sentuh beberapa perkara yg aku rasa perlu disentuh. Aku berpesan pada semua dan jugak AKU! ingat kita boleh berubah!




P/S: 'Aku percaya pada cinta pandang pertama dan aku menunggunya pada setiap saat setiap minit setiap jam dan setiap hari'

Friday, February 1, 2013

Episod Helmet Putih bertemu Puteri Gunung Santubong

Helmet Putih bertemu Puteri Gunung Santubong? Pelik bonar bunyi eh?
Tetapi itu la hakikatnya, sebelum itu, post in tiada kaitan antara yang masih hidup, tengah nazak ataupun yang sudah meninggal dunia. Post ini juga tiada kaitan dengan cerita hikayat atau pun dari mana2 mitos. Bukan sama sekali [haha]. 

Sebenarnya, cuti semester ni aku dapat jua aku beli motor sendiri dengan duit hasil titik peluh. Maaf aku tak mampu beli motor kuasa tinggi sekadar mampu motor Honda EX5 sahaja, aku ni bukan la dari keluarga berada, itu sudah memadai untuk ku ulang alik ke kolej di sem hadapan. [duduk luar sem 2 ni]

*Gambar belas kasihan dari PokCikGoogle

Imbau kembali disaat aku tiada kenderaan, sangat sukar bagi aku untuk bergerak sana sini,pergerakkanku terbatas dan tersekat , tak kan la nak pinjam motor orang tiap2 hari, kawan pun nak guna kan, Aku ni dah la segan nak pinjam kenderaan orang, takot org tak kasi . Mujur la time diploma Izzul kasi pinjam motor skooter dia tu  [thanks weh, jasa BJR akan dikenang].

Oh, oh, so apa kaitan Helmet Putih dengan Puteri Gunung Santubong beb?
haha sebenarnya Helmet Putih tu ialah helmet yang pertama aku beli sebelum beli motor, kebiasaannya orang akan beli motorsikal dahulu baru helmet kan? Tapi aku pelik sikit, beli Helmet dulu lepas 3 tahun baru dapat beli motor [pelik bukan?]

HelmetPutih MS88 kesukaan remaja rempit

Yang 'Puteri Gunung Santubong' tu ialah merujuk kepada nombor pendaftaraan motor Honda EX5 tu. [PGS 1526].

p/s: Bersusah-susah dahulu, bermudah-mudah kemudian.