MY PASSION

MY PASSION

Friday, November 22, 2013

Episod Berucap

Assalamualaikum,

Isnin ni aku merupakan orang ke-4 untuk berucap dihadapan kelas dalam kelas Organization Communication, tajuk yang aku pilih kali ni ialah Uniqueness of Silat in Term Of Its Movements, Costumes And Also Musical Instruments. Macam menarik kan? 

Ok sejujurnya aku  ni bukan jenis suka berucap di khalayak ramai, buat bising dalam kelas tu tahu lah dan aku jugak bukanlah org yang pandai ber'public speaking'. Tapi apakan daya ianya wajib bagi setiap pelajar. 



Text and slide semua dah siap,cuma masalahnya ialah nak hafal tu... bukan main banyak pulak aku nak kena hafal. Itulah sapa suruh buat text panjang2 kan, padan muka sendiri. Tapi tak mengapa aku ambil cabaran ni, yer la bukan selalu pun nak berucap depan orang kan, lagi pun depan kawan2 sendiri jer nih, apa la sangat kan, (heh cakap besar plak)

ok nah aku kasi sikit conclusion pasal speech aku nanti, 
"As a conclusion, silat performances are accepted as cultural entertainment by society, especially in Malay traditional ceremonies. Watching such performance helps to take us back to the past era of Hang Tuah and Hang Jebat. I hope that silat associations such as Silat Cekak Hanafi and others will continue to promote the skills as well as the artistic values of silat especially among teenagers. After all, i want to remind the main point again,  silat is very unique because of its movements, costumes and musical instruments. Thank you."

p/s: suka hafal introduction dan conclusion dahulu, sebab pendek heh heh heh~ 

Saturday, November 16, 2013

Episod Insan Bernama Kamil?

Assalamualaikum,

Hari ni ada pogram kemahiran insaniah di fakulti, pogram yang MEWAJIBKAN pelajar menyertainya, hemm  pogram yang pada dasarnya ingin melahirkan pelajar yang memiliki sifat2 murni dalam sahsiah diri dan bla bla bla...hari ni hari sabtu ermmmm tahu je lah memang wajah pelajar2 datang pogram ni pun kesemuanya muka nampak tak ikhlas (termasuk aku). 

Hari sabtu bro,  aku terpaksa dikorban untuk hadiri pogram macam ni,terpaksa cancel dating hari ni (bajet mcm ada awk jer)  tapi apakan daya ini semua wajib kalau tak pergi tak dapat grad katanya. so aku pun datang lah :P. seperti biasa macam modul2 yang lepas, pagi2 mesti ada 2 slot ceramah dan petangnya sesi LDK. dari modul diploma sampai la modul degree ni itu jerlah  pengisiannya. Tapi dari segi intipatinya sudah tentu berbeda. 

Modul kali ini tajuk dia Melahirkan Pelajar berinsan kamil. Pekebenda tuh? first time dengaq aku ingatkan kamil tu nama orang, tah aku pun tak tau...dari pagi sampai lah tamat sesi LDK, aku termenung dan terfikir apa yang facilitator dan penceramah ingin sampaikan ni ek? memang tak faham sepatah haram ler...saat yang lebih teruk, aku tidur time ceramah dalam dewan. nahh haiii~ memang zero la.

tama LDK jam 5 petang tapi faci kasi pulang awal jam 4.30. aktiviti yg dijalankan malas nak cerita sebab BOSANGGGGG~ Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, dalam kotak fikiran aku masih tertanya2, apa yang penceramah dan facilitator ingin sampaikan sebenarnya? hemmm sekali lagi aku berkelana. Sampai rumah, rehat, lepas solat maghrib aku duduk atas kerusi dan SEKALI lagi aku bermonolog! dan kali soalan dalam kotak fikiran aku bertukar sedikit. Aku bertanya dalam diri...

"Apa sebenarnya intipati yang aku dapat dari penceramah dan facilitator hari ini?"

YES , itu soalan yang tepat yang patut aku tanya dalam diri! bukannya menyalahkan penceramah dan faci...aku tak faham apa itu insan kamil sebab aku tak mencuba memahaminya. itulah dia! Jadi aku duduk diam2 dan memaksa otakku memproses kembali apa yang diperkatakan hari ini. Dan alhamdulillah aku memahaminya dengan kembali ... Insan Kamil menurut pemahaman aku ialah manusia yang sempurna dari segi sifat2nya sepeti ilmu dan amalan2 mahmudahnya. Salah satu contoh sifat mulia insan kamil ialah menghiasi diri dengan sifat-sifat ketuhanan, berakhlak mulia dan berjiwa seimbang. Maklumat selanjutnya krang google sendiri. aku bukan penceramah :P

Jadi kesimpulannya disini, tak rugi aku datang pogram modul hari ni, walaupun malumat yang nak disampaikan oleh penceramah tu datang lepas solat maghrib heh heh alhamdulillah sampai jugak daripada tak sampai2 langsung~ 

p/s: Tak semestinya input/ilmu yang diberi dapat diserap oleh minda dengan serta merta, menuntut ilmu memerlukan keihklasan dan hati yang lapang. 





Wednesday, November 13, 2013

Episod 'Dalam'

Dalam hutan
Ada taman

Dan dalam taman
Ada puterinya

Dalam baju
Ada cinta

Dan dalam cinta
Ada segala-galanya

Dalam awan
Ada hujan

Dan dalam hujan
Ada lautan

Dalam aku
Ada dia

Dan dalam dia
Ada kita ada semua

M. Nasir's Ada (1993)

p/s :kecelaruan minda, sejak 2 minggu kebelakang