MY PASSION

MY PASSION

Sunday, October 30, 2011

Episode malu :p

Salam berirama petang :) satu memori nak di share...

Dalam  keadaan maha kelam kabut aku bergegas dengan pantas ke tandas. Sampai  jer dalam tandas rasa nak buang air dah xder ceyh penat jer aku lari...then aku basuh muka jer sebelom kelas lab mula konon xnak kasi ngantuk la ( tidur jugak  naty)... senyum kat cermin 2 3 minit sambil ckp lam haty “ kacak ker aku”

Pastu aku dengar makcik cleaner ketawa terbahak2 kat luar..apa agaknya citer lucu tu, ah lantak lah. Lepas lap muka aku kuar tandas. . .then okayyy.... ketika itu baru aku tahu apa la yg lucu sgt tu. Dengar perbualan ringkas ini yang sempat dirakamkan

“ kenapa adik masuk tandas pompuan? Silap ehh hahahhaah!”
Aku mula gelabah dan perlahan2 pusing belakang tengok kat pintu tu...dan lambang ituuu ialah

“Dammit! @f# # @*$% %& *!&$#” 
YES AKU MEMANG SUKA MASUK TANDAS GADIS! ARRGHHHHHHHHHHHH TIDAKKKKKKKKKKKK. tahap malu aku time tu amat la tinggi, ADUYAII kenapa jadi kat aku haha. Mak cik cleaner pun satu, len kali pintu tandas tu biar tutup baru saya perasan simbol gadis tu huuu~~
nak cakap apa lagi, jalan wat budus jer la sambil wat muka kerang busuk lalala...

p/s: incase la rasa nak terkencing aku tadi tu x ilang, then aku guna tandas tu, nak lagi sedap citer ada plak gadis dalam tandas tu.amacam? satu persoalan aku tinggalkan kat situ hahah!

Saturday, October 29, 2011

Episod Politik pulak?

Entah la..semenjak dua menjak ni aku suka baca blog2 politik. bukan nak cuba interrupt masalh mereka tu. x berminat pun...

Sekadar nak tawu apa isu2 yg menjadi hangat sekarang...terbaru, pelajar UiTM jurusan LA* menentang kerajaan...aku jejak blog  dia smpai jumpa.hehe ate kamu ni stalker mesti la jumpa ye x? aku baca setiap entry dia..memang x bukan anti gov.. seyes aku baca jer ok! blog2 lain aku baca jgk ( mksud aku blog kedua2 pihak, pembankang dan pencadang hehe) . tak salah aku amik tau isu2 yg berlaku sekeliling aku ni kan? xnak jadi katak bawah lu pikir sendiri....aku nak jadi org yg ada otak dan berpikir diluar kotak huhuhu lagi mulia:)

k lah nak sambung baca lagi:)

p/s: bila dah sampai masanya , aku sendiri yg tentukan pilihan mana yang layak untuk aku pangkah :)

Episod "PAPAN IKLAN BERTULISAN JAWI & GADIS BERTUDUNG

Wazzap2...salam berirama~
sehari merayau di bandar sendiri, ada satu benda yg nak dishare bersama

"PAPAN IKLAN BERTULISAN JAWI & GADIS BERTUDUNG"

ya itu tajuk episode kali ni, aku setuju sgt la apa yg tlah dilakukan oleh pimpinan kerajaan negeri. AWAS! aku x tulis pun aku pihak bulan ke, timbang ke, roket soyuz ke, ataiu bulan sakit. kat sini kita neutral k?:) cuma aku setuju jer..sebab apa?

yerla, bayangkan anda setiap pagi pegi keja n berhenti di trafic light dan didepan anda ada gambar gadis besar bertudung sambil melemparkan satu senyuman manis. kepada yg laki mesti terpegun dan lebih bersemangat diawal pagi tu huhu. dosa lihat aurat wanita pn dpt dikurangkan kan :)

satu lagi, ni la masanya kalau aku/kita nak tengok artis bertudung setiap hari hehe .kan cantik mcm tu. tp aku xnak sentuh soal akhlak dowang kat sini. tajuk episode kita ialah "PAPAN IKLAN BERTULISAN JAWI & GADIS BERTUDUNG"

nah...tiap2 hari aku dapat tengok MAYA K. bertudung :)

kalau2 hari tengok, aku rasa gadis yg free hair pun dapat nur pakai tudung InsyaAllah:)

kan ayu mcm tu FARAH F. sambil minum necafee di awal pagi :)

lagi satu, pasal tulisan jawi lak. huuhu memang bawak manfaat. bayangkan kalau someone tu xpernah blaja baca tulisan jawi , korang agak2 apa reaksi dia bila cuba nak baca tulisan jawi tu...aku pun rasa tersentap, masih merangkak lagi baca jawi..so, ia dah buat someone sedar pentingnya ia (jawi) dan satu kerugian jika org kita sendiri x reti baca :)

agak2 apa yg ditulis tu hehehe kantoi sudah anda...
nahhh iklan cina pun di jawikan :)

pihak bank pun langkah yg sama
sekali lagi apa yg ditulis tu? hehe so ada kesedaran x walaupn sedikit? 

p/s: xsilap idea mcm ni mula kat klantan....pastu dijadikan contoh kepada negeri lain:) 



Episod Cakap bila perlu !

sekarang ni,  hal kechik jer pun, dah melatah sakan.
sekarang ni, belum tentu berita tu pasti ke tak, dah merepek bukan2.
sekarang ni, belum soalan di aju , dah berderet2 jawapan.
sekarang ni, sepatah di bicarakan, berpatah-patahlah dia bebelkan
sekarang ni, yang tua pulak kena hormat yg muda, dah terbalik dunia ni


Itulah realiti masyarakat kita skang ni, ini semua berdasarkan pemerhatian aku jer :)...betul la org lelama ckp, diam2 ubi tu berisi...xperlu la nak bertekak sana sini untuk pekara yang x mmbawa perubahan. bawak2 berenti la .
apa-apa pun . . .


~cakap bila perlu!
~bukan xda otak cuma xberfikir diluar kotak!
~diam x bermakna dumb!


p/s: suka jadi pemerhati and x lupa stalker hehehe  . . .

Episod Pelangi depan umah!

~asal nak kecoh lak..org lain pun penah ada pelangi depan umah what? 
~hey ni episode aku la, sesuka aty la huhu
~okaayyyy :)


time ni x muncul lagi hehe




selepas brapa minit , aku sukaaaa:)
lokasi: depan umah
waktu: lepas semayang jumaat

p/s: bnyak nama kuih/ makanan diambil sempena pelangi.sebab? pelangi cantik kan:) antaranya:

Agar2 lapis pelangi, kek butter pelangi , puding pelangi ayu , 

bubur pelangi ,  Omelet kepiting pelangi ( okayy menda ni aku xpenah mkn pun) , 

apa lagi??



Episod Kecantikan Abadi:)

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya." 



by Hamka, Sasterawan dan Ulama'. 
Woo0wwww what a nice citation there:)

p/s: Dewasa ini, insani hanya sekadar pandang kecantikan yang belum pasti asli atau "plastik"...

Friday, October 28, 2011

Episod Tarikan Baru Alor Setar ")

Keindahan lampu yang bergemerlapan di bandar I-City, Shah Alam memang menjadi sebutan ramai. pelbagai warna lapu menghiasi bandar tersebut. menyedari konsep pengcahayaan kian mendapat sambutan , pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mengambil inisiatif mewujudkan suasana yang hampir sama di bandar Alor Setar. Dengar citer, idea asal untuk hidupkan suasana malam bandar Alor Setar sempena sambutan hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang ke brapa tah? ha ke 83! 

Lokasinya amat strategik terletak di Medan Bandar di tengah pusat bandarraya alor setar. tempat dia pun menarik, ia dikelilingi bangunan bersejarah macam Balai Seni , Blai Nobat, Menara Jam Besar, dan Masjid Zahir.bangunan2 ni membuatkan lagi cantik pemandanganya :) 

Aku setuju sangat la benda lelampu macam ni ada kat setiap bandar..sebab family yg lepas mkan or shopping boleh siar2 dibawah lampu2 neon yg cantik ni hilangkan kepenatan. Kepada rakyat jelapag padi yg belum berpeluang jejak kai ke I-City Shah Alam( terbesar) marilah kita reramai bersantai bersama family di "Mini I-City" sambil menghayati keindahan cahaya pokok lampu yang menyinari bandar A.S di malam minggu :)

Untuk ke mini i- city ni . pengunjung luar jelapang padi (Kedah la) boleh menggunakan lebuh raya utara selatan dan exit kat tol Plaza Tol  Alor Setar Selatan dan terus ke Bandar Alor Setar.

p/s: dari pandangan jauh nampak mcm pokok gula2 kapas...sedap dimakan hahahaha

Thursday, October 27, 2011

Episod Déjà vu

aku baru nonton film ni..walaupn dah 2006...tapi still fresh
(sebenarnya aku tengah bosan tu yg aku tngok movie ni, x mengecewakan aku la citer ni:)

Kadang2, Deja Vu slalu jgak berlaku lam hidup ni....kita rasa kita pernah jumpa org tu / berada kat situ / pernah berlaku kejadian tu...tapi sebenarnya sebaliknya....:) rasanya kalian pun pernah jadi camni jgk kan:)


p/s: result dah dekat...harap azam tercapai:)


Wednesday, October 26, 2011

rasa ringan

Alhamdulillah....
hampir semua pogram tahunan PPPCK dah disempurnakan:)....aku rasa tenang dan gembira sebab aku dapat hidup bebas kembali. tak terikat dengan birokrasi bla bla bla. aku besyukur :)