MY PASSION

MY PASSION

Monday, December 12, 2011

Episod hilang jawatan?

salam kabare kamu...


Tanggal 10/12/11. aku yang sebelum ini bergelaran Mr, Presiden sudah pun pencen sepenuhnya dari arena birokrasi persatuan huhu...aku ingat lagi masa first time aku dilantik pada tahun 2010, time tu aku jadi MC untuk majlis Annual Grand Meeting bagi persatuan aku balajar ni. Bila datang sesi pelantikan calon Mr Presiden bagi sesi 2010/2011 nama aku di petik oleh seorang gadis ni...arghhhh mau rebah aku dibuatnya, aku memang xnak jadi apa2 pun bila masuk kolej ni, just nak jadi student liar jer hehehe
Apa kan daya beb, setelah undian akhir berlangsung...nama SAIFUL HASSAN dapat undian tertinggi hemmmm aku mengeluh panjang. Banyak soalan ada lam pala otak time tu, contohnya:
*Boleh ke aku bawa persatuan ni?
*Adakah persatuan ni akan jadi teruk kalau aku yg perintah?
*Macam mana life aku? busy jer naty?
ha itu la soalan sentiasa ada lam palaotak aku....mau sebulan jugak la aku muram pikir menda ni. Tapi setelah setahun menerajui, aku makin selesa ngan title tu...sokongan rakan2 la sgt penting time tu! aku dan 2 orang kiri kanan aku iaitu dadali nunud & akma hidayatul . Kami plan macam untuk persatuan kesayangan kami ni( yer ker :p)

So, dengan pelantika presiden baru aku harap beliau jaga bebaik la. mcm2 dah kami buat. sanggup ponteng klas selalu demi persatuan hahaha kantoi suda. Tapi aku yakin pucuk pimpinan baru ni lebih bagus n kaliber! ya aku yakin. Lepas ni aku just ley pantau dari jauh jer la..(awak dah pencen). 

p/s: nak tawu, kini gadis yg calonkan nama aku tu kan, skang dia jadi timbalan presiden baru huhu (kena jugak)

Wednesday, December 7, 2011

Episod Ha Ha Ha!!

p/s: ok aku off jap, sebab nak pegi kedai beli epal banyak2 hahahaha...

Saturday, December 3, 2011

Episod UiTM ada channel radio?

Salam berirama sekali lagi,


Hampa nak tau dak, UiTM tempat aku blaja tu kan ada channel radio sendiri! tapi uitm Arau la ...whatever,what the awesome!!!!!! hahah
tapi radio ni x la mcm radio korang dengar tu...waktu siaran pun x tentu maklum la DJ dia pun tengah balajaq agi, baca buku, wat home work la..hahah 


Anyway radio Uitm ni di cetus kan dari idea budak uitm arau perlis...first dengar lagu dia memang ikut taste pelajar la...best huhu.tapi DJ dia err....biasa la student kan huuhu baru nak blaja::


nama raido ni UITMArauFM. jom pakat dengar!


UITMArauFM


p/s: malangya frecuency xde,kena dengar kat laptop heheh, kalau ada nty aku letakkan.. ha boleh la lepas ni dak uitm tuju lagu tiap2 malam kakakka

Saturday, November 26, 2011

Episod kenali "Jenis-jenis Rambut anda"

Apa pun trimas tu sahabat skolah aku ni kerna sudi kasi aku share maklumat alah ni:) 

Makna Di Sebalik "Jenis-jenis Rambut anda"



01) RAMBUT LURUS
- bijak- seorang yang happy
- bergaya
... - cemburu
- pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

02) RAMBUT KERINTING TEBAL
- kurang bijak
- degil
- cemburu kuat
- romantic
- banyak pergaulan
- susah dalam menyelesaikan masalah diri
- tidak suka termenung

03) RAMBUT KERENTING NEGRO
- bijak
- ego
- cemburu buta
- romantic
- memilih
- mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG
- bijak
- berfikir sebelum melakukan sesuatu
- berfikiran terbuka
- banyak pergaulan
- mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu

05) RAMBUT HALUS/LEMBUT
- bijak sangat
- memilih
- pemaaf
- manja
- tegas
- cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh

06) RAMBUT SIKIT
- bijak- sentiasa berfikiran negatif pada seseorang
- ego
- pandai membuka perniagaan walaupun kecil

07) RAMBUT PERANG
- kurang bijak
- berfikiran terbuka
- pemaaf
- sosial
- bijak lari daripada masalah

08) RAMBUT TEBAL
- bijak
- degil
- cemburu
- romantic
- kasar
- banyak kawan
- pandai mengambil hati seseorang

09) RAMBUT KUSUT
- sangat bijak
- berfikiran terbuka
- banyak pergaulan
- garang
- susah nak memaafkan seseorang
- pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan
- (kalu nak nampak bijak mcm empunya pesen rambut gini.... usaha kasik kusut rambut korang.. )

10) RAMBUT BERUBAN
- kurang bijak
- suka termenung
- social sikit
- berfikiran terbuka
- pandai selesaikan masalah diri

11)TIADA RAMBUT
- (Botak)

p/s: kenapa botak xda description diri? haha adakah abg botak is unpredictable?undefined?unknown? hehe hanya tuan diri yang tau :)

Friday, November 25, 2011

'CANDID TIME CONTEST'

ASSALAMUALAIKUM, yeah! salam berirama, salam segalanya..
cuti dihujung minggu bosan siot...hemm lalu aku isi masa bosan tu dgn stalk blog2 org..jeng3 aku tersinggah jap di blog si adk manis ni Muna Rahimah, yg menariknya...dia ada wat contest taw. wat masa ni dia dah anjur 3 kontest.Perghhh what a gud effort there! so ak pun nak jadi salah sorang peserta dia hehe..contest dia menarik! 1 photo candid!!! (hadiah dia awesomeeeeee sangat beb ! ! !




syarat dia :  Syarat syarat untuk menyertai contest ini

Wajib follow blog muna supaya senang untuk mengetahui perkembangan contest ini .
#Buat satu entri tentang contest ini bertajuk 'CANDID TIME CONTEST'
#Letak banner dekat atas tu dalam entri yang korang buat .
#sertakan satu gambar 'CANDID' korang . tak kisah beramai ramai atau individu .
#Tag 2 orang dan wajib inform dekat diorang tentang contest ini
so, dengan harapan saya pertaruhkan gambar candid ini :)

* gambar ni member amik time on da way balik team building camp kat Pahang. penat sgt sampai mcm tu skali haha.Siot jer mmber letak kat fb lak tu. Org pikir kami ni pelik2 wahahaaha~

member yg betuah di tagged ialah:

I'm done! ! ! u all??

p/s: sebenaqnya ni first time join huhu nanty nak join agi contest cik adik Muna kita ni :)

Tuesday, November 22, 2011

Episod Hari mau ! ! !

Yeah harimau kenyang buat 2 tahun!!!
Kita menang jaringan!!!
kita menang perang psykologi!!!
kita pertahankan pingat kedua kali!!!!
kita menang as a team!!!!
kita menang bermaruah!!!
kita menang 2 kali di tempat lawan!!!
kita menang 100% pemain tempatan ( terboik dari ladang!!)


Satu soalan aku nak aju buat angry bird ni...






KAU ADAAAAAAA? ! ? ! ? ! ? ! ? ! ? ! ? ! ? ! ? ! ?




p/s: haishh ,makin sombong kau skang eh...dah mula lupa mmber ler tu, xpe aku xkesah 

Sunday, November 20, 2011

Episod Permulaan sekali lagi

Ahah! SALAM... aku rasa aku penah post something pasal pektikal  . ya! ada... check it out!


Betapa seksanya aku survive kat sana sorang2 laki...bosan jek.tapi Alhamdullilah kali ni aku berpektikal sekali lagi tetapi kali ni bersama teman !! walla ehhhh aku x sunyi  loo .. aku suka! kali ni kami pektikal NEURO MEDIKAL & PSYCHIATRIC (4 bulan) kat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Patient agak ramai mcm air terjun tingkat 5...tapi xper ok la tu kan dpat belajar. Hari ni first day aku . Nervous tu sure ada. Wat treatment stroke ni rupanya perlu bnyak tenaga sebab nak wat exercise kat patient.  Rumah dekat jek, blakang pintu sepital. Therapist bagus, willing to share wif student:). HOD cuti seminggu, (yayyyy!!!) hahaa.. 

First day dah ada 4 projek...xpyh la aku sebot ( ngantuk ni). Due date minggu depan x silap ( saya mmg suka tu ye puan :p ) . Ini jer kot nak type, ngantok lerr...:)

p/s: Cis, hari ni ada sorang minah indonesia ni (bibik) mintak nombo fon aku tika tengah khusyuk wat treatment kat majikan dia. Errrr aku pun wat2 tak paham hahaha padan muka. Haishhhhh jgn buat mcm tu lagi ye bibik. Naty saya repot majikan anda.

Monday, November 14, 2011

Episod hak asasi

Episod kali ni kita lepak2 jek k hehe:)

Ni ha, baru2 ni aku pegi Penang , ada urusan skit disana...kami naik Ferry Penang tu. harga tambang untuk kereta just RN 7.70 (mahal gak beb kalau ulang alik tiap2 ari?). Seronok  tengok deruman ombak dibelakang ferry...sebelah tempat aku berdiri tu ialah tandas  ( aku dah jadi trauma dengan tandas awam  menjak jadi kes aritu). So, x lama kemudian aku nampak one guy ni masuk tandas tu...then ok la kan, tapi bila pandang 2 kali jadi x ok plak hahah why? korang tengok la sendiri...hehe


xnampak? nah aku kasi zoom skit lagi :)
Tandas laki sebelah kiri la bro..lu dah melanggar hak mereka kaum wanita . kok ye x tahan pun cer rilek dlu cari pelan2 ini x main serbu jek. Dah la wanita kat situ ramai huhu. aku pun
rasa malu eih :p

Tapi bila sebut pasal lambang tandas ni, rupa2nya mcam2 lagi ada ...aku cuba google tengok..nah korang tengok sendiri ( lepas ni kena tengok betol2 takot salah paham:)
mula2 aku xpaham, lepas 2 minit baru aku paham hemmm :p

ha? yg mcm ni pun ada gak? hati2 beb

yg ni aku suka..nampak la sopan banyak
katakan la budak2 yg ada masalah visual perception , dowang faham x?
errr . . . agaknya dari perancis @ italy 

style! ! !
hemmm ok...motifnya?

p/s: Ada jek aku penah tengok tandas kat kedai minyak Shexx tu kan, tandas just 1 jek    mean that kongsi la hehehe babai c u next epis0d :p

Saturday, November 5, 2011

Episod raya qurban :)

Hari ni hari raya kebesaran umat islam yg paling meriah. mengingatkan kita tentang pengorbanan yg dilakukan untuk jalan Allah. kutbah raya pagi ni bertajuk "perpaduam ummah", menyarankan umat islam untuk bersatu padu dalm menghadapi hari yg makin mencabar kaimanan umat islam. semakin hari umat islam di kecam dengan pelbagai aspek, perang saraf mahupun fizikal . kutbah yg disampaikn agak menyusuk kalbu, membakar semangat jemaah, yg paling penting mesej yg disampaikan!


ok raya qurban mesti la bnyak korban yg dilakukan, nama jer dok kampung tapi aku x pernah tengok binatang korban di semelih (sebenarnya ada jer peluang tu, tapi nak x nak jer kot) huhu takot tengok.


skang  ni dalam perut aku ada bihun sup, laksa, tapai, kuih muih, laksam kedah, ketupar pergghhh perut mmbuncit lagi ahaha


p/s: haishhhh ada satu perkara yg runsing skang, ah lupakan, raya tetap raya! :)

Sunday, October 30, 2011

Episode malu :p

Salam berirama petang :) satu memori nak di share...

Dalam  keadaan maha kelam kabut aku bergegas dengan pantas ke tandas. Sampai  jer dalam tandas rasa nak buang air dah xder ceyh penat jer aku lari...then aku basuh muka jer sebelom kelas lab mula konon xnak kasi ngantuk la ( tidur jugak  naty)... senyum kat cermin 2 3 minit sambil ckp lam haty “ kacak ker aku”

Pastu aku dengar makcik cleaner ketawa terbahak2 kat luar..apa agaknya citer lucu tu, ah lantak lah. Lepas lap muka aku kuar tandas. . .then okayyy.... ketika itu baru aku tahu apa la yg lucu sgt tu. Dengar perbualan ringkas ini yang sempat dirakamkan

“ kenapa adik masuk tandas pompuan? Silap ehh hahahhaah!”
Aku mula gelabah dan perlahan2 pusing belakang tengok kat pintu tu...dan lambang ituuu ialah

“Dammit! @f# # @*$% %& *!&$#” 
YES AKU MEMANG SUKA MASUK TANDAS GADIS! ARRGHHHHHHHHHHHH TIDAKKKKKKKKKKKK. tahap malu aku time tu amat la tinggi, ADUYAII kenapa jadi kat aku haha. Mak cik cleaner pun satu, len kali pintu tandas tu biar tutup baru saya perasan simbol gadis tu huuu~~
nak cakap apa lagi, jalan wat budus jer la sambil wat muka kerang busuk lalala...

p/s: incase la rasa nak terkencing aku tadi tu x ilang, then aku guna tandas tu, nak lagi sedap citer ada plak gadis dalam tandas tu.amacam? satu persoalan aku tinggalkan kat situ hahah!

Saturday, October 29, 2011

Episod Politik pulak?

Entah la..semenjak dua menjak ni aku suka baca blog2 politik. bukan nak cuba interrupt masalh mereka tu. x berminat pun...

Sekadar nak tawu apa isu2 yg menjadi hangat sekarang...terbaru, pelajar UiTM jurusan LA* menentang kerajaan...aku jejak blog  dia smpai jumpa.hehe ate kamu ni stalker mesti la jumpa ye x? aku baca setiap entry dia..memang x bukan anti gov.. seyes aku baca jer ok! blog2 lain aku baca jgk ( mksud aku blog kedua2 pihak, pembankang dan pencadang hehe) . tak salah aku amik tau isu2 yg berlaku sekeliling aku ni kan? xnak jadi katak bawah lu pikir sendiri....aku nak jadi org yg ada otak dan berpikir diluar kotak huhuhu lagi mulia:)

k lah nak sambung baca lagi:)

p/s: bila dah sampai masanya , aku sendiri yg tentukan pilihan mana yang layak untuk aku pangkah :)

Episod "PAPAN IKLAN BERTULISAN JAWI & GADIS BERTUDUNG

Wazzap2...salam berirama~
sehari merayau di bandar sendiri, ada satu benda yg nak dishare bersama

"PAPAN IKLAN BERTULISAN JAWI & GADIS BERTUDUNG"

ya itu tajuk episode kali ni, aku setuju sgt la apa yg tlah dilakukan oleh pimpinan kerajaan negeri. AWAS! aku x tulis pun aku pihak bulan ke, timbang ke, roket soyuz ke, ataiu bulan sakit. kat sini kita neutral k?:) cuma aku setuju jer..sebab apa?

yerla, bayangkan anda setiap pagi pegi keja n berhenti di trafic light dan didepan anda ada gambar gadis besar bertudung sambil melemparkan satu senyuman manis. kepada yg laki mesti terpegun dan lebih bersemangat diawal pagi tu huhu. dosa lihat aurat wanita pn dpt dikurangkan kan :)

satu lagi, ni la masanya kalau aku/kita nak tengok artis bertudung setiap hari hehe .kan cantik mcm tu. tp aku xnak sentuh soal akhlak dowang kat sini. tajuk episode kita ialah "PAPAN IKLAN BERTULISAN JAWI & GADIS BERTUDUNG"

nah...tiap2 hari aku dapat tengok MAYA K. bertudung :)

kalau2 hari tengok, aku rasa gadis yg free hair pun dapat nur pakai tudung InsyaAllah:)

kan ayu mcm tu FARAH F. sambil minum necafee di awal pagi :)

lagi satu, pasal tulisan jawi lak. huuhu memang bawak manfaat. bayangkan kalau someone tu xpernah blaja baca tulisan jawi , korang agak2 apa reaksi dia bila cuba nak baca tulisan jawi tu...aku pun rasa tersentap, masih merangkak lagi baca jawi..so, ia dah buat someone sedar pentingnya ia (jawi) dan satu kerugian jika org kita sendiri x reti baca :)

agak2 apa yg ditulis tu hehehe kantoi sudah anda...
nahhh iklan cina pun di jawikan :)

pihak bank pun langkah yg sama
sekali lagi apa yg ditulis tu? hehe so ada kesedaran x walaupn sedikit? 

p/s: xsilap idea mcm ni mula kat klantan....pastu dijadikan contoh kepada negeri lain:) 



Episod Cakap bila perlu !

sekarang ni,  hal kechik jer pun, dah melatah sakan.
sekarang ni, belum tentu berita tu pasti ke tak, dah merepek bukan2.
sekarang ni, belum soalan di aju , dah berderet2 jawapan.
sekarang ni, sepatah di bicarakan, berpatah-patahlah dia bebelkan
sekarang ni, yang tua pulak kena hormat yg muda, dah terbalik dunia ni


Itulah realiti masyarakat kita skang ni, ini semua berdasarkan pemerhatian aku jer :)...betul la org lelama ckp, diam2 ubi tu berisi...xperlu la nak bertekak sana sini untuk pekara yang x mmbawa perubahan. bawak2 berenti la .
apa-apa pun . . .


~cakap bila perlu!
~bukan xda otak cuma xberfikir diluar kotak!
~diam x bermakna dumb!


p/s: suka jadi pemerhati and x lupa stalker hehehe  . . .

Episod Pelangi depan umah!

~asal nak kecoh lak..org lain pun penah ada pelangi depan umah what? 
~hey ni episode aku la, sesuka aty la huhu
~okaayyyy :)


time ni x muncul lagi hehe




selepas brapa minit , aku sukaaaa:)
lokasi: depan umah
waktu: lepas semayang jumaat

p/s: bnyak nama kuih/ makanan diambil sempena pelangi.sebab? pelangi cantik kan:) antaranya:

Agar2 lapis pelangi, kek butter pelangi , puding pelangi ayu , 

bubur pelangi ,  Omelet kepiting pelangi ( okayy menda ni aku xpenah mkn pun) , 

apa lagi??



Episod Kecantikan Abadi:)

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya." 



by Hamka, Sasterawan dan Ulama'. 
Woo0wwww what a nice citation there:)

p/s: Dewasa ini, insani hanya sekadar pandang kecantikan yang belum pasti asli atau "plastik"...

Friday, October 28, 2011

Episod Tarikan Baru Alor Setar ")

Keindahan lampu yang bergemerlapan di bandar I-City, Shah Alam memang menjadi sebutan ramai. pelbagai warna lapu menghiasi bandar tersebut. menyedari konsep pengcahayaan kian mendapat sambutan , pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mengambil inisiatif mewujudkan suasana yang hampir sama di bandar Alor Setar. Dengar citer, idea asal untuk hidupkan suasana malam bandar Alor Setar sempena sambutan hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang ke brapa tah? ha ke 83! 

Lokasinya amat strategik terletak di Medan Bandar di tengah pusat bandarraya alor setar. tempat dia pun menarik, ia dikelilingi bangunan bersejarah macam Balai Seni , Blai Nobat, Menara Jam Besar, dan Masjid Zahir.bangunan2 ni membuatkan lagi cantik pemandanganya :) 

Aku setuju sangat la benda lelampu macam ni ada kat setiap bandar..sebab family yg lepas mkan or shopping boleh siar2 dibawah lampu2 neon yg cantik ni hilangkan kepenatan. Kepada rakyat jelapag padi yg belum berpeluang jejak kai ke I-City Shah Alam( terbesar) marilah kita reramai bersantai bersama family di "Mini I-City" sambil menghayati keindahan cahaya pokok lampu yang menyinari bandar A.S di malam minggu :)

Untuk ke mini i- city ni . pengunjung luar jelapang padi (Kedah la) boleh menggunakan lebuh raya utara selatan dan exit kat tol Plaza Tol  Alor Setar Selatan dan terus ke Bandar Alor Setar.

p/s: dari pandangan jauh nampak mcm pokok gula2 kapas...sedap dimakan hahahaha

Thursday, October 27, 2011

Episod Déjà vu

aku baru nonton film ni..walaupn dah 2006...tapi still fresh
(sebenarnya aku tengah bosan tu yg aku tngok movie ni, x mengecewakan aku la citer ni:)

Kadang2, Deja Vu slalu jgak berlaku lam hidup ni....kita rasa kita pernah jumpa org tu / berada kat situ / pernah berlaku kejadian tu...tapi sebenarnya sebaliknya....:) rasanya kalian pun pernah jadi camni jgk kan:)


p/s: result dah dekat...harap azam tercapai:)


Wednesday, October 26, 2011

rasa ringan

Alhamdulillah....
hampir semua pogram tahunan PPPCK dah disempurnakan:)....aku rasa tenang dan gembira sebab aku dapat hidup bebas kembali. tak terikat dengan birokrasi bla bla bla. aku besyukur :)

Friday, September 23, 2011

stalker x penah tidur:)

huh semalaman jugak awk wat sy x tidur di sebabkn entry awk "ramai" sgt huhu...
tapi nak wat cane dah sy suka bace :)






p/s: sidia yg selalu mengalami masalh , harap besabar selalu InsyaAllah ada jalanya:)

Di penhujung syawal:)

Di penhujung bulan syawal ni masih sempat kut untuk aku mohon kemaafan ...
walaupun aku tawu ramai dok post pasal salam raya di FB, TWEETER mahupun BLOQ...aku tetap baca jugak .


So di hujung bulan sesyawal ni..aku MOHON SERIBU, 2 RIBU, MAHUPUN 3 RIBU  kemaafan kepada kalian sahabat. Aku tawu dan aku pun x tawu apa salah aku kat sahabat kalian. tapi harap dimaapin:)


Mungkin ini pertemuan kita yg terakhir, membawa haluan masing2..jadi kita masih SAHABAT bukan? UHUHU dwet reraya sory laa..dwet pokai skang..


so ni unreleased photos special for the stalker hahaha:

maseh lagi siteruna dgn ank buah kesayngan: Aqib Muhammad Firash
never see my sista? this is it! ups sory dah berpunya wekk
(LOKASI:tepi umah aku, mak memang suka tanam bunga)
ni pun unreleased photos..my mak ( aku rasa dah penah post gamba mak ni hhehehe)
beraya di rerumah kampung :)

p/s: kenapa tahun ni ramai tema purple? layannn jerrk..:)


balik kampung + masalah?

semalam aku balik kedah walaupun paper x abis agi.
alasan~ nak amik ketenangan..kat tempat blaja mcm2 masalah datng baik aku balik kejap hirup udara kedah jap
aku balik sorang~ adik paper dia bnyak so cuti xder~ 


aku sampai kmpung rerupanya ada mslh! haha 
"masalah tu xkan hilang selagi kita hidup? setuju?"


1) kampung aku ada kes pecah rumah. rumah jiran 25 ribu lesap + barang kemas (takziah)
2) kes bunuh yg masuk brita baru2 ni...DEKAT DENGAN UMAH AKU LA DOWH!!! ( 2 kes bunuh berasingan)
3)ubat mak aku habis stok kat klinik! masuk akal ke ubat abis stok? betol kutt...


org ckp mslah ni kita x cari pun dia dtng sendiri, so siap siagalah untuk hadapinya..
moga doa dimakbulkan Nya. amin.


p/s: kekawan aku dok ckp aku dah berubah? x mcm dulu? kenapa? dah berubah sgt kew? aku rasa x...aku masih dulu kekawan...rindu selalu:)

Monday, September 19, 2011

still no post. blog stalker:)

Saturday, August 27, 2011

suasana hari kemuncak yg ditunggu

berlalu la sudah ramadan sebulan berpuasaaaaaa
 tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembiraaaa:)

ha sape tawu bait lagu kat atas angkat hidung wahahha

ohkayyy, sedar da x sedar dah sebulan kita puasa kan, dah sampai kemuncak hari yg dituggu2 umat islam untuk menyambut kemenangan ! aku pun skali !
* dahh malas nak bermadah2 kat sini aku bukan la sastrawan mahupun pembaca beritaa lalala:)

apa yg aku nak share ialah kisah si perantau yg hampir ketinggalan bas !! wahaha dah bolehh agak sape ler yg malang tu huhu. aku ngan adik aku mmg balik kedah naik bas tiap2 tawun tapi ini kali pertama jadi huhuhu .suma ni adik aku laa, marah tol la aku....dah tawu nak balik hari tu boleh lak dia tidur sampai pkul 11!!! bas pkul 12...hahaah yg aku pun x kol dia maklum la aku ni duduk luar dia duduk kolej, ha memang mengamuk ar aku coz kol berbelas kali x jawap, pastu sbgai jln terakhir  aku kol mak...huhhu ( klau dalam kesusahan mana pun, dengat suara mak rasa tenang:) .  huhu pastu mak kol adik, pehhh nasib dia jawap, ha kalut la dia bila tengok jam 11 , bas kul 12.  jalam MERU jam gila damnnn hahaha pada muka .....pastu kol pihak bas sruh delay jap pejalanan dia..." adik sya beri 2 minit jer lagi, bas dah nak gerak ni" arghhhhhhhh 
diringkaskan, smpai jgk kat klang sentral dengan termengah2....muka panas jgk lar driver tuuu, sory la brader jlan jam la..sempat aku perli adik aku " lain kali kita raya kat sini boleyh?!" ...pejalanan balik kedah dari klang sentral 10 jam siott...jalannn jammm aku x suka, bye!

jalan jam...apa lagi ZZZzzZzZ lah ! uhuhuhu

p/s: kami bebuka atas bas dengan roti dan air mineral jer,,,huuuuu taper itu la cabaran di bulan romdan huhu.
SAYA SAIFUL ABG KEPADA FAIZAL MENGUCAPKAN SALAM LEBARAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM YG MENYAMBUT KEMENANGAN INI. SEMOGA BERBAHGIA HIDUP AMAN SENTOSA BLA..BLA... HAHAHA ~OUT:)

Tuesday, August 2, 2011

BULAN RAMDAN TIBA LAGI

ahaa bulan mulia tiba lagi kali niii,,syukur pada ilahi. dapat aku bertemu sekali lagi di bulan yg mulia ni

bulann RAMADHAN kali ni paling mencabar bagi aku....ia menguji kesabaran, keimanan, dan segalanya lah
dengan kelas yang "ramai" sangat membuatkan aku makin menulang lagi...
"ramai" pogram kena attend...
assigment yang lagi "ramai" 
presentation yang makin "ramai"
huuuhhhhhh

 tapi aku amik hadapi suma ni dengan penuh kesabaran kerna aku tahu ini suma ada hikmahnya..tambah2 lagi di bulan RAMDAN....
mak kol pada malam pertama ramadhan tapi aku x jawap...abg ada meeting mak. maaf ya, naty lepas tarawih abg kol balik. lepas terawih aku sambung buat assigment dan presentation..pkul 2 pagi ak tidur....xjugak kol mak hmmm esok lah kol..episod semalam sekali lagi berlaku pada hari esoknya..sampai hari ketiga puasa aku masih x kol mak..hmmmmm sebok sgt kew aku ni?

setiap kali ramadahan, aku suka denga lagu raihan  HARAPAN RAMADHAN ..."kumengharap ramadhan kali ini penuh makna"

p/s: aku post entry ni pun dalam kelas MJ..hahah.. ini je kot masa yg aku sempat huhuu ssshhhh diam2 suda.
sebelah aku skang  pamai  , dia tengah berfb dengan androidnya ...ish3

Tuesday, July 19, 2011

VCSP : 5 PILLAR ATTRIBUTES TO UiTM GRADUATE

Masih ingat lagi entry minggu lepas? yang pasal aku pegi kursus kak uitm shah alam tu? ha ini laporannya..kursus ni under UiTM vice cancelor special project (VCSP) DATO SAHOL...pogram ni not bad, bagus!!! amat baguss beb...apa yang aku nampak UiTM ni amat komited dalam memajukan dan memartabatkan destini  anak bangsa kita.YEAHHH!!

"5 PILLAR ATTRIBUTES TO UiTM GRADUATES"
" 5 teras utama penyumbang kepada graduat UiTM"

Apa yang 5 teras tu?
1) LEADERSHIP
2) CRITICAL THINKING
3) EFFECTIVE COMMUNICATION
4) INTREPENEUR(KEUSAHAWANAN)
5) TEAMWORK

ha, lima teras ni la yang di tekankan dalam kursus ni..UiTM yang dulu dikenali sebagai ITM kini mengorak langkah kedepan  jauh dari U lain dalam memastikan maruah, warisan, dan destini anak bangsa dipertahankan daripada pihak yang mahu ambil kesempatan . macam2 ilmu aku dapat kat sini, insyaALLAH akan ku share dengan rakan2 perjuangan di kampus Puncak Alam.  


Salah satu modul yg menarik bagi aku, kami sebagai "CHANGE AGENT" diberi tugasan untk menyiapkan case study keusahawanan. cer korang bayangkan aku ni background dari HEALTH SCIENCES, mana la tahu sangat pasal2 bisnes ni...it's a real case study u know.. kami kena selesai satu masalah  company dan kena cari company di area shah alam untuk jadi benchmark. huh kena gi interview lak sana sini kat PKNS tu..aku rasa aku ni mcm budak busnies lak haha, anyway, pengalaman baru tu..mujur ada budak bisness dalam grup aku, thank Cindy (UiTM Sabah) bantu sya :)

aku post entry ni ketika DR AZNI, our PNC tengah berucap untuk closing ceremony program ni haah ups kantoi . anyway ini link official website program VCSP ni yang baru jer dirasmikan 2 3 minit lepas oleh PNC...

web: http://5psca.uitm.edu.my
fb:  not publish yet...soon

p/s: Now i;m Mohd Saiful Bin Hassan, President of Occupational Therapy Student Association from Faculty of  Health Sciences has been  known as UiTM CHANGE AGENT!!!. 


Friday, July 15, 2011

org sebok kemas balik ,aku?

mcm ni la bila dah ada tanggungjawab besar, tu bukan jadi suami lagi hemmmm
org sebok kemas2 barang nak balik kampung jmpa mak ayah...aku pun kemas barang jugak, tapi ..
aku x balik kmpung ... cuti seminggu sem break ni terpaksa aku korbankan demi persatuan tersayang.



aku dan lima org prsatuan lain  trpilih untuk jadi wakil FSK fakulti sains kesihatan untuk join kem kat shah alam sana. heemmmmm mau x mau , kena aku daftarkn diri jugak sebab ni arahan PNC

baru cadang nak balik mkn durian, rambutan ..terpaksa la aku lupakan..kawan2 aku suma  pulak balik rumah ajak kwan2 dowang gi tgok HARRY POTTER huk3:( sebak beb...ak  xdpt join..adik aku dah plan nk tengok ngn aku sem break ni..maap la dik,abg ada hal, pegi la tengok ngn akak dulu ya..kau kan suka sgt citer tu.

xpa la, aku wat ni suma untuk persatuan kita jgk...( ayt nak sedap diri je) :( 
aku check in kat kolej mawar dalam 5 6 hari gitu. dah boleh agak dah..pogram dia mesti bosan lah.LDK bla..bla...


p/s : menangis tak berirama...

Monday, June 27, 2011

yes aku jelez

Ye la sapa tak jeles tengok org lain gumbira je ngan "teman" masing2 maksud aku couple2 ni ha.

Macam mana x jeles beb, kawan2 aku ni ha buat aku jelez...geram jer, dari makan, berjalan, bersembang, duduk sentiasa berhubung dengn BF masing2. Boleh diakatakan henset tu sentiasa ber"vibrate"lah. Henset aku pun selalu jgak ber"vibrate apa, tapi dapat msg dari awek MAXIS  jelah "tempoh aktif akaun anda hampir tamat,sila tambah jumlah..." aku dah relpy tapi dia taknak reply balik.sedih kan?

Aku hanya duduk dan perhati jerlah org tengah bergayut n bersms nih.
nak ajak bersembang pun tak boleh cuz takut ganggu kan.. dah takda GF tu duduk diam2lah jgn ganggu org!!!



Panggilan dan msg tu tak la penting pun aku rasa, just nak tanya "wak dah mam lom ni?" "kat mane tu wak?" " "take care tau syg"  tapi ia cukup buat seseorang tu terasa disayangi bukan? wahhhh sweet ar
Kadang2 tu aku tengok kan, cam seronok jer call sambil tersenyum2, SMS pun tersenyum2...tempoh bergayut tu bkannya 2 3 4 minit..hemmmm lama lagi kalau boleh la. Aku perhati suma tu.

Kadang2 tu aku tengok kan, dalam perjalanan nak ke kafe semua kawan aku tu tengah bergayut n ada yang bermsg dengan org trsayang. Hemmm aku time tu memang diam jer lah, trasa JELEZ tau ark!!!!! nak jgak AKU bergayut n msg mcm tu. Dengan sapa? hantu? again aku jeles  .. . .

kadang2 aku rasa mcm korang tak perasan aku kat sebelah korang, tapi kita slalu jalan bersama bukan? oh terlupa korang tengah bergayut dan sms hmmmm

 kredit hanset aku makin bertambah jer, tak berkurang pun. asal tamat tempoh aku topup asal tamat tempoh aku topup begitulah....


p/s : kepada rakan2 aku ni aku ucap trima kasih kerna kasi aku JELESZ selama 7 minggu bersama korang. Perasaan tu sentiasa muncul. Aku masih suka waktu sunset yang indah ni

Sunday, June 12, 2011

kisah si wallpaper yang indah

setiap kali aku buka page ni . .  rasa tenanggggg je.
wallpaper ni mmg aku suka lah...
aku tenung sampai boleh berangan aku berada dalam hutan indah ni...

satu pagi hari. . .

aku berangan aku berjalan dalam hutan tu sambil ditemani kicauan burung kedidi...
perghhhh . . .

waktu pagi memang best, cuz embun  still ada...terasa nyaman jer

penat aku berjalan, aku bersandar sebentar di sebatang pokok ketapang...aku lihat awan biru terang, mataku bersinar dek kerna kilauan cahaya matahari yang muncul dari celahan daun2 pokok ..
hati aku rasa makin tenang....
dengutan nadi aku berdenyut selari denyutan jantung

tetiba sehelai daun kering luruh dan jatuh di dahi aku...
aku tenung daun tersebut dan ku nilai ia...beginilah kitaran kisah hidup dedaun yang muda akan berada diatas, dedaun tua akan berada di tanah siap sedia untuk dimamah tanah...

ku pejam mata rapat2 . . . hemmmmmm...indahnya ciptaan tuhan

pabila aku buka mata...ah demm tul lah..slide presentation aku x siap lagi lah!!!
spoil tol lahh org tengah berangan ni...haishhhhhh

p/s: apa2 pun aku mmg suka wallpaper blog aku ni..tat's y aku x nak tukar, boleh berangan macm tu slalu kan..next time aku nak mcm tadi jugak..harap x da gangguan lagi...plezzzz:)

Tuesday, June 7, 2011

sepi seketika , , ,

wassap wassap ! salam berirama . . .


"hmmmmm lama rasanya kau x tulis something kat sini Pul?? aku dok tunggu episode baru kau ni...bajet x ckup ke nak buat episode baru...? ate kau ckp episode semalam lebih best hari ni kan..."


"ehem, bkan pasal bajet ler kawan oi..."


"so, why, human being?"




"buka mata jam 6.15 pagi - lihat kalendar kejap buang seminit dua - amik tuala kat pintu dan mandi - pastu mengadapNya - then bancuh milo+makan biskut xsedap - pakai baju uniform praktikal+pasang aksesori (punchcard,pen,dompet bla3 thing) - buka gate umah dan bejalan ke Hospital  7.30 pagi - sampai pukul 7.55 pagi letak beg - buka komputer tengok diagnose patient+wat revision skit - masuk bilik peadriatic sambung buat daily log book yang xsempat siap semalam - siap, tunggu patient datang sambil mengeluh "huhhhh patient hari ni 17 orang jugak termasuk child physical n psychiatric - aku handle child psychiatric, ika kawan aku handle physical - patient psychiatric serius penat layan, malas aku nk crita karenah mereka - rehat sejam umpama nikmat sementara yang akan di tarik balik, sambung layan patient untuk sesi petang - sapa tengok muka aku dapat tahu betapa lotihnya - supervisor kasi keja lagi due date minggu depan - sambung buat projek lagi - tambah projek lagi - dan lagi - badan aku makin menulang dek serabut - punch card pulang jam tepat 5.00 petang - pulang dengan muka tiada senyuman ikhlas - sampai umah sambung buat projek, cari maklumat, siap patient report, siapkan school visit report, siapkan daily log, buat slide presentation( kes Turner Syndrome) - jam 10.00 mata separuh tutup ,jam 10.30 mata tutup -ZZzZzzz . . - buka mata jam 6.15 pagi - lihat kalendar kejap buang seminit dua - amik tuala kat pintu dan . . . ."


"wo wo wooo ! ! kalau mcm ni sampai raya korban taun depan pun x abis citer nih .. "


"ha itu la jawapan kepada soalan kau tadi sahabat, bayangkan itu la rutin aku 7 minggu beb haa...xda masa nak post episode baru...."


"ohhh .. . xpa2 kau rilaks ja beb.. didalam kesempitan manaskali  pun, kita  masih ada ruang untuk bernafas"


"ok2 tenk, tapi aku cuba usahakan post episode2 terbaru yang panas hehe..."


p/s: ujung minggu bersama phamily sekitar SP tenangkan fikiran...dengan makannnnnnn  hahah