MY PASSION

MY PASSION

Sunday, August 23, 2015

Episod Career Builder KLCC 2015

Hari Sabtu bertarikh 23/8/15 member ajak aku teman dia pegi KLCC sebab kat situ ada expo kerjaya dan postgraduate. So aku pun free on that day apa lagi jom la kita ke pameran tu.

Ramai pulak orang yang datang sampai sesak dalam convention centre tu. Sedang khusyuk melawat booth tetiba datang sorang pelawa aku jadi stuntman untuk company animasi. HA HA HA. Kelakar sangat. Dia cakap company dia memang sedang mencari stuntman. Terima kasih akak sudi pelawa.

Pameran ni bertujuan untuk membantu para postgraduate mencari haluan untuk sambung dan pelawa para graduate mencari kerja yang mereka minat. Member aku bawak 10 resume untuk di 'drop'kan dalam resume box. Moga kau dapat bro.

Dah setel urusan terus balik rumah dan macam biasa aku singgah gym jap lakukan rutin. Hari ni chest day. Dan paling best sekali owner gym pasang lagu motivation yang aku kasi. Thanks bro.

Malam pulak member ajak berbadminton. Dah lama tak melibas ni, badan pula makin berat, performance merudum teruk dan sambil diketawakan member sebab pancit cepat.


p/s: Biggest dilemma.

Friday, August 21, 2015

Episod #dontjudgechallenge

Penah dengar pasal #dontjudgechallenge ni? Haah yang dah jadi trending kat twitter tu. Tak terniat di hati pun nak join challenge tu sebab kebanyakkan aku tengok macam nak promote diri je. Conteng muka kasi buruk pastu dapat pujian sebab memang kau dah cantik/kacak pun.

Harini aku kat office ni bosan tak tahu nak buat mende, so aku create #dontjudgechallenge versi aku sendiri. Nak dijadikan cerita aku check dalam beg aku ni ada 1 lighter hijau. So aku bawak la lighter ni ke hulu ke hilir dalam office tu. Just nak tengok reaksi dorang.


Selepas 1 rondaan aku buat dalam office, ni respon yang aku dapat dari mak cik cleaner sampai la ke staff lain:

"oi kau hisap rokok rupanya, aritu cakap tak hisap rokok"
"Saiful hisap rokok ek?"
"Rokok ape ko hisap? boleh la lepak sekali"

..dan soalan ni terus berulang2 ditanya. So, asal pegang lighter je memang di anggap sebagai perokok ke ape??? Lighter ni macam2 boleh guna kan. Nak nyalakan lilin, nak bakar sate ke, nak goreng ikan ke, nak tanak nasi ke, kan?

p/s: Sebenarnya lighter tu aku beli sebab nak bakar lebihan benang baju jer. Orang suka menilai, tapi penilaian mereka ke arah negatif. Say no to smoking


Thursday, August 20, 2015

Episod Antara Hari Ini & Semalam

Kerinduan bersama di iringi doa sepi,
Kau tetap ku ingati...
Kenangan yang terbina bersama,
Diabadikan dalam hidup,
Mengusik, mencuit, menyentuh hati,
Mencoret, mengukir diari dalam mimpi.

Dulu-dulu macam tak ada apa,
Dulu-dulu macam ada mesra,
Hari-hari ada kisah suka,
Sekarang macam ada beza,
Esok baru tahu apa cerita,
Mungkin kau bahagia mungkin aku derita?

Antara hari ini dan semalam,
Hari ini sangat sedih
Semalam lebih pedih,
Jadi aku pilih esok,
Belum pasti hujan atau pelangi.

Hati ni macam tulisan kan?
Macam mana nak fahamkan orang lain,
Sedangkan kita pun tak faham apa ditulis,
Kesudahannya terbiar keliru.

p/s: Dalam banyak2 hari, aku suka hari cutiiiii...boleh pegi gym

Saturday, August 1, 2015

Episod Aku Punya Kawan

Aku punya kawan,
Kecil sedikit paras bahu,
Comel tapi buat tak tahu,
Instinct kuat itu yang ku tahu,
Dari jauh nampak sedikit pemalu.

Aku punya kawan,
Petah berkata bijak berteka teki,
Manis senyuman terus ke mimpi,
Punya rancangan kemas dan rapi,
Ego dalam diam kuatkan hati.

Dulunya kuku dan isi,
Kini langit dan bumi,
Dulunya gula dalam air,
Kini minyak bersama air
Bina kerjaya disana,
Sudah ada masa depannya,
Moga berjaya moga bahagia,
KepadaNya ku mohon berdoa.

Aku punya kawan,
Berjanji teman ke akhirnya,
Mendung nampak pada warnanya,
Hujan datang selepas pokoknya,
Hari ini kita berjauhan selamanya

p/s: Salam lebaran & salam kemaafan buat kawan.