MY PASSION

MY PASSION

Monday, September 3, 2012

Episod ayuh kita fikir sejenak . . .

Assalamualaikum readers. . .(ADA READER KER NI HAHAH)

ok post kali ni tak la heavy mane pun, just nak kongsi sikit apa yg aku rasa dapat share....ok episod kali ni aku nak ajak hampa semua fikir sejenak apa yg disekiling kita ni,,,, malas nak tulis banyak jom baca...

1)  Jadi lah pengguna berhemah di jalan raya, ok ni salah satu gambar yg aku sempat snap dalam keta tempoh hari raya aritu.. banyak lagi gambar salahguna dari pengguna jalan raya tapi yg ni paling gangster aku rasa haha...hampa rasa muatan lori ni dah overload lom? ayuh fikir sejenak  apa kesannya  . . .?


2) ok gambar kedua yg aku dapat snap ni dari kedai cyber cafe berhampiran rumah aku. apa yg menariknya dalam kedai cc ni ialah pada dinding ada sedikit nota tegas yg owner kedai letak. ak rasa tindakan owner kedai ni bagus dan prihatin terhadap gejala sosial sekarang...jom tengok !
korang dapat baca tak? meh aku tulis balik ayt dia : 
" BERKAPEL TIDAK DIBENARKAN DUDUK SEKALI KECUALI SUDAH BERSUAMI ISTERI !!!!!!! KALAU TAK PUN AMBIL KERUSI DUDUK BERASINGAN~~~" 

3) ok gambar seterusnya ni teruk! ada satu hari tu aku lepak ngn mmber aku kat kedai makan. tiba2 mamat ni ajar aku cara hisap  benda tak elok haha,, teruk btol mmber ako ni, ok aku ada sound dia ..dia ckp benda ni just syok2 ja...ayuh kita fikir sejenak . hati2 ketika berkawan jgn smpai kita terikut perkara keji mereka. nasihat lah mereka :)


4)  gambar seterusnya ni pasal org yg sukar langgar peraturan walaupun papan tanda dah pun di depan mata dowang, gambar ni aku amik kat salah satu pejabat kerajaan ...aku pun tak tau apa masalah org kita ni, selalu ja nak buat apa yg orang larang..sebagai contoh korang tengok la sendiri.. ayuh fikir sejenak, mengapa kita perlu bigini? !?

"DILRANG LETAK MOTOSIKAL"

5) ok next, gambar ni ak amik kat taman dekat rumah aku...apa la salah tuan rumah ni sampai dinding rumah dia jadi sasaran vandal. kesian ja aku tengok.  budak2 ni ada bakat seni  sebenarnya cuma tak reti kat mana tempat sepatutnya diluahkan !! ayuh fikir sejenak, kalau jadi kat rumah anda bagaimana?

ok cukup lah tu setakat ni aku paparkan 5 gambar dulu. letih bhai ari ni, apapun ayuh kita fikir sejenak, kalau orang lain boleh berubah mengapa kita tidak??? 

p/s: saya prihatin anda pula bagaimana? ( ayat dari sinar.fm )

Episod : 9 Fakta Bila Lelaki Memasak

1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la

2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk

3) Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.

4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju. Yang lebih seksi hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil menghisap rokok.

5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.

6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.

7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam

8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. .

9) Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat makwe. Tak pun dalam proses nak mengorat.

kredit to http://faisalabdullah.com

ok fakta tambahan dari helmet putih lak ;

10) Kebanyakan rumah kenduri yg aku tengok ( kat kampung aku la) keramaianya dari kaum adam yg akan masaka memasak, sebab apa aku tak tau . . .adakah disebabkan kuantiti yg banyak ?

p/s : sebut pasal kenduri kendara ni....mula serabut pasal duit hantaran hahaha MAHAL LOO sekarang :p