MY PASSION

MY PASSION

Monday, September 3, 2012

Episod : 9 Fakta Bila Lelaki Memasak

1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la

2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk

3) Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.

4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju. Yang lebih seksi hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil menghisap rokok.

5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.

6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.

7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam

8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. .

9) Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat makwe. Tak pun dalam proses nak mengorat.

kredit to http://faisalabdullah.com

ok fakta tambahan dari helmet putih lak ;

10) Kebanyakan rumah kenduri yg aku tengok ( kat kampung aku la) keramaianya dari kaum adam yg akan masaka memasak, sebab apa aku tak tau . . .adakah disebabkan kuantiti yg banyak ?

p/s : sebut pasal kenduri kendara ni....mula serabut pasal duit hantaran hahaha MAHAL LOO sekarang :p

2 comments:

Anonymous said...

betui2..lelaki RAJIN masak, MALAS basuh,,positif dgn negatif tetap negatif...so, xla rajin sgt...hahaha

Unknown said...

hahahahahhhaha bab membabsuh ni FAILED kit lalal