MY PASSION

MY PASSION

Monday, April 22, 2013

Episod Bukit Tinggi Kami Becuti

Assalamu'alaikum ,

Yeah, pada Sabtu 21 April lalu, rakan2 dari Degree in Occupational Therapy dan Degree in Health Administration  telah mengadakan day trip ke Bukit Tinggi. Seramai 12 orang dan 3 buah kereta telah terlibat dalam percutian ini. Walaupun ianya day trip tetapi pengalaman bersama2 rakan adalah kemuncak segala keseronokan dalam aktiviti ini. Kos dalam pecutian ini sekitar RM70 per person (termasuk tol, minyak, makan dan bayaran tiket2 masuk). Pasal duit aku tak kesah berapa yg dikenakan yg penting keseronokkan tu :). Jom tengok gambar2 menarik dalam day trip ini yang sempat aku snap: 

Kami sampai di lokasi jam 11.30 pagi 

Lokasi pertama ialah Japanese Village :)

Gerai warung yg familiar di Japan

Aura kampung Jepun itu aku dapat rasa disini

Seni bina rumah dari buluh masih dikekalkan

Kami disambut oleh makcik jepun ini dengan pakaian rasmi mereka

Kolam ikan dia cantik dan aku mcm nak terjun jer :) 

Air tejun disebelah rumah, memang tenanggg~

Pokok2 teduh yang mewujudkan lagi suasana keJepunan disini

keindahan alam dan bungaan


bunga2an


tenang~

konsep Jepun

Kami menceroboh rumah Jepun

Cantiknyer~

Yang ni pun~

Taman~


Sedap tengok~

Dilarang petik yer!


Entrance masuk ke rumah Jepun *klasik
 =

Lokasi seterusnya kami ke sini. Masuk adalah percuma

Konsep seperti di Rio Brazil

Ala-ala bandar cowboy pun ada

Ada 2 ekor itik angsa sedang dating

Itik tak sudi layan mereka bhahaha

siki2 posing! haha

Jam lama~

Rumahnya cantik2 belake~

3 budak poiyoo

pelancong pun nak snap!~

kami semua~

Struktur jambatan yg menarik~

Seterusnya kami ke Pusat Konservasi Gajah, Masuk RM 10


Hajatnya nak ingin mandikan gajah

Tapi waktu kami sampai gajah sudah pun mandi pagi


Jadi kami berikan dia makan jer :) 

Seronok di sini:) 


Kena pakai stiker ni untuk masuk :) 


Lepas kasi gajah makan kami pergi ke Colmar Tropicale. Masuk RM12

Kasi rusa makan adalah pengalaman amat menyeronokkan

Jinak2 belaka rusa disini

Yang ada tanduk ini ialah rusa jantan

tetba ada burung besar ini haha

Jadi itulah program day trip yang amat ohsemm yang dianjurkan oleh rakan2 dari Deg OT. Nextime harap dapat anjur lagi yer, Walaupun ianya adalah day trip tetapi keseronokkan berbaloi. Dapat juga aku menikmati keindahan alam hijau yang cantik dan damai. So banyak lagi gambar nak diupload tetapi mata dah tak tahan ngantuknya, jadi malassss bahhahaha ~ selamat malam sahabat~

P/s: Hujung bulan 5 @ cuti mid sem ke-2 ni pula aku akan mendaki gunung Stong di Klate dengan rakan2 dari kos Medical Imaging.Ekpedisi disertai seramai 15 orang. Gambatte Epulllll~




Thursday, April 18, 2013

Episod Aku Berkaca Mata Hitam Di Majlis Konvokesyen Lepas?


Asssalamualaikum, 

Ketemui lagi , Minggu ni bersepah quiz ada...serabut kepala memikirkan, ditambahnya pula dengan 'kerja sekolah' (assignment) yang banyak. Ok seperti sedia maklum cuti semester pertama UiTM telah pun bermula pada hari sabtu ini, seperti biasa cuti sekadar seminggu sahaja. Hujung minggu ini juga aku akan join trip rakan2 dari degree Occupational Therapy  pergi ke Kuantan. Ini adalah day trip dan khabarnya ramai juga pergi. Ini seronok! Apapun akan kusediakan laporannya setelah sekembalinya ke sini :). 

Episod kali ini tak ada kejadian menarik yang nak dikongsikan jadi aku nak unveiled sedikit cerita dari episod lepas, cerita berkenaan "Mengapa Aku Berkaca Mata Hitam Di Majlis Konvokesyen Lepas?" . Aku bukan saja2 nak pakai kaca mata hitam dimajlis rasmi begitu cuma ada satu kejadian kurang enak telah berlaku pada aku pada malam sebelum majlis konvokesyen UiTM ke-77 (Diploma in Occupational Therapy). Nak tahu apa telah terjadi? Jeng Jeng~ 

Mata aku telah di 'cium' oleh seekor  Charlie. Korang tahu tak apa itu Charlie? Kepada yang belum tahu, serangga ini sangat famous dikalangan pelajar universiti kerana kebolehan beliau meninggalkan bekas yg sangat pedih selepas memberi satu 'ciuman' maut kepada mangsa yang bertuah. Dan akulah antara yang bertuah dapat 'ciuman' maut itu.  Inilah gambar Charlie yg cium aku pada malam sebelum majlis penting dalam hidup aku itu. 



Mengapa mata aku yang diciumnya? Kenapa tidak ditempat lain???? Kan dah sepet sebelah sebelah mata aku ini, Charlie tak kesiankan aku :( . Pada pagi majlis penting itu aku tebalkan muka jugak untuk pakai cermin mata gelap walaupun aku tahu memakai kaca mata seawal pukul 7 pagi adalah perkara yg tidak diterima masyarakat sekeliling. Ramai kata aku ni poyo la, pelik la...tapi aku sekadar nak cover mata sepet ini :) . Jadi ini gambar mata aku selepas kena cium oleh itu Charlie...

:( ini pun puas aku bukak mata luas2 tanak kasi nmpak sepet. Tapi nampak jua :( 
Aku hanya mampu menundukkan kepala ketika berjalan (Malu)

Mata sepet aku dapat di'cover'kan dengan kaca mata hitam ini huhu 


Hemmm jadi itulah dia... berkaca mata hitam didalam majlis konvokesyen sangat pelik dan janggal bagi aku. Tapi apakan daya, ini adalah sejarah dalam hidupku. Selepas ini akan ku pastikan tiada serangga diatas katil sebelum tidur. (Tanak kena cium dengan Charlie lagi) 

P/s: Apabila nak naik pentas nak amik  sijil, aku tak bleh pakai kaca mata hitam naik kepentas. lalu  kupinjam cermin mata orang sebelah untuk naik ke pentas. (Pening jugak kepala aku pakai cermin mata dia sebab 'power' cermin mata dia  tinggi sangat. :)