MY PASSION

MY PASSION

Saturday, April 13, 2013

Episod Rumusan Isu Panas ~


Assalammua'laikum,

Minggu ni nak tulis pasal apa eh, kejap nak pikir. Disebabkan minggu ni tiada aktiviti menarik aku, jadi aku tulis jer la apa yg terlintas di fikiran ini. Minggu ni aku lihat pelbagai kejadian atau peristiwa berlaku . 


Pertama: 
Pilihan raya sudah dekat, terasa bahangnya sehingga setiap pelosok lokasi dan antara peristiwa menarik yg aku sempat perhati sebelum hari memangkah pada 5 Mei ini ialah bendera politik pelbagai warna telah di naikkan, jentera2 parti giat berkempen itu ini, pelbagai manifesto dilaungkan yang entah bila mahu dilaksanakan (Mungkin manifesto bukan janji), ketika inilah baru nampak wakil2 adun turun meliwat melawat kawasan yang sebelum ni aku pun tak kenal, di pihak media pula seperti tiada berita lain, POLITIK sahaja menjadi sajian utama MUAK MUAK AKU MUAK , politik kedai kopi pula kadang2 lebih relavan dari politik media TV, Jalan raya yg sebelum ni tak pernah diturap tiba2 mahu diturapnya (permainan politik), Disekitar rumah atau taman pelbagai ceramah politik galak dianjurkan (kalau ceramah ugama tak per jugak). Baiklah itulah serba sedikit mengenai peristiwa yg berlaku sebelum hari memangkah. Tetapi dalam banyak peristiwa yang berlaku ada satu peristiwa yg aku kurang berkenan. Mengapa setiap kali pilihan raya perlu dedah keiaban orang dikhalayak ramai tanpa menyalurkan kepada pihak yang betul seperti polis ker, SPR ker. Aku bercerita mengenai kes pendedahan pelbagai video aksi ranjang yang pelakunya  ialah politicians kita. Satu persatu video didedahkan dan pelakunya ialah bukan org lain, org kita jua!. Tidak perlu menyebar aib org dikhalayak ramai seperti itu di laman web atau blog yang sudah tentu pelbagai umur melihatnya. Aku setuju pendedahan begitu demi kebenaran dan memastikan para pemimpin bersih dari masalah moral TETAPI biarlah salurang yg betul. Apakata beri kepada pihak polis dahulu untuk menilainya dan menyiasat sama ada benar atau sebaliknya. Dan jika keputusannya memang itu benar dan sahih 100% barulah menghukum sipelaku. Ini tak, terus saja menabur fitnah, ...haaa tak pasal2 dapat dosa fitnah "Fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh!". Aku merujuk kepada beberapa blog yang menambah 'perisa' terhadap isu ini supaya ramai pembaca ke blog mereka. Ini permainan kotor beb :) 

Kedua: 
Isu pergaduhan budak sekolah disekolah baru2 ini. Ok aku taknak mengulas mengenai cara mereka bergaduh ataupun mengapa mereka bergaduh ataupun mencari sebab mengapa Lan Todak menjadi begitu famous. Aku nak bawa pembaca ke perspektif yang berbeza. Apa yang aku nak sentuh ialah siperakam aksi pergaduhan tersebut. Inilah bahananya apabila pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit (ha amik kau skemanya bahasa, henfon sudaaa). Itu baru aksi pergaduhan yang dirakam, entah apa lagi aksi yang bakal dirakam oleh pelajar selepas ini di sekolah. Aku menentang isu pelajar dibenarkan membawa henfon, aku dullu boleh jer survive dalam alam sekolah selama 12 tahun tanpa bawa fon. Budak2 skang manja! rapuh! ngengada! Apabila siperakam memuat naik video ini ke dalam YouTube maka inilah akibatnya, satu Malaysia malah satu dunia TAHU. Ini memalukan! Membawa fon kesekolah lebih kesan buruk dari kesan baik. Aku pasti! Jadi dalam isu pergaduhan ini aku salahkan siperakam aksi 'wrestlingmania' itu, biasalah sekolah mana yang tiada kes pergaduahn sebegini, sekolah aku pun ada kes ini  malah lebih dahsyat dari ini siap ada darah2 bagai (seperti aksi Wrestling No Mercy) . Jadi biarlah cikgu disiplin dan lembaga pengawas ataupun pihak polis yg menyelesaikannya. Tengok, akibatnya reputasi sekolah itu pasti tercalar sedikit disebabkan video leaking tersebut. Maruah sibudak yang kena belasah itu pun tercalar , mungkin dia akan stress kerna telah dimalukan di khalayak ramai amnya dan khususnya Malaysia. Semuanya akibat siperakam itu yg tidak memikir kesannya! Sekali lagi aku salahkan siperakam tersebut ! ya  si perakam! 

Jadi cukuplah untuk 2 rumusan itu bagi peristiwa yang berlaku pada minggu ini , aku pun penat ini baru lepas mandi my baby (haip~ motor aku  ler) . Apapun itu pandangan dan cadangan dari aku, nak terima atau tak ikutlah. 

p/s: Adalah lebih mulia jika kau amik video panorama sekolah kau then upload , boleh jugak kami lepas rindu pada sekolah~

"Tak perlu tunjuk kita punya gangsta, orang lain punya gangsta mau taruk mana?"
"Tak perlu dedahkan aib orang, Jika aib kita lebih besar dari itu"

No comments: