MY PASSION

MY PASSION

Thursday, April 18, 2013

Episod Aku Berkaca Mata Hitam Di Majlis Konvokesyen Lepas?


Asssalamualaikum, 

Ketemui lagi , Minggu ni bersepah quiz ada...serabut kepala memikirkan, ditambahnya pula dengan 'kerja sekolah' (assignment) yang banyak. Ok seperti sedia maklum cuti semester pertama UiTM telah pun bermula pada hari sabtu ini, seperti biasa cuti sekadar seminggu sahaja. Hujung minggu ini juga aku akan join trip rakan2 dari degree Occupational Therapy  pergi ke Kuantan. Ini adalah day trip dan khabarnya ramai juga pergi. Ini seronok! Apapun akan kusediakan laporannya setelah sekembalinya ke sini :). 

Episod kali ini tak ada kejadian menarik yang nak dikongsikan jadi aku nak unveiled sedikit cerita dari episod lepas, cerita berkenaan "Mengapa Aku Berkaca Mata Hitam Di Majlis Konvokesyen Lepas?" . Aku bukan saja2 nak pakai kaca mata hitam dimajlis rasmi begitu cuma ada satu kejadian kurang enak telah berlaku pada aku pada malam sebelum majlis konvokesyen UiTM ke-77 (Diploma in Occupational Therapy). Nak tahu apa telah terjadi? Jeng Jeng~ 

Mata aku telah di 'cium' oleh seekor  Charlie. Korang tahu tak apa itu Charlie? Kepada yang belum tahu, serangga ini sangat famous dikalangan pelajar universiti kerana kebolehan beliau meninggalkan bekas yg sangat pedih selepas memberi satu 'ciuman' maut kepada mangsa yang bertuah. Dan akulah antara yang bertuah dapat 'ciuman' maut itu.  Inilah gambar Charlie yg cium aku pada malam sebelum majlis penting dalam hidup aku itu. 



Mengapa mata aku yang diciumnya? Kenapa tidak ditempat lain???? Kan dah sepet sebelah sebelah mata aku ini, Charlie tak kesiankan aku :( . Pada pagi majlis penting itu aku tebalkan muka jugak untuk pakai cermin mata gelap walaupun aku tahu memakai kaca mata seawal pukul 7 pagi adalah perkara yg tidak diterima masyarakat sekeliling. Ramai kata aku ni poyo la, pelik la...tapi aku sekadar nak cover mata sepet ini :) . Jadi ini gambar mata aku selepas kena cium oleh itu Charlie...

:( ini pun puas aku bukak mata luas2 tanak kasi nmpak sepet. Tapi nampak jua :( 
Aku hanya mampu menundukkan kepala ketika berjalan (Malu)

Mata sepet aku dapat di'cover'kan dengan kaca mata hitam ini huhu 


Hemmm jadi itulah dia... berkaca mata hitam didalam majlis konvokesyen sangat pelik dan janggal bagi aku. Tapi apakan daya, ini adalah sejarah dalam hidupku. Selepas ini akan ku pastikan tiada serangga diatas katil sebelum tidur. (Tanak kena cium dengan Charlie lagi) 

P/s: Apabila nak naik pentas nak amik  sijil, aku tak bleh pakai kaca mata hitam naik kepentas. lalu  kupinjam cermin mata orang sebelah untuk naik ke pentas. (Pening jugak kepala aku pakai cermin mata dia sebab 'power' cermin mata dia  tinggi sangat. :) 


2 comments:

Anonymous said...

haha,dia kasi congrat kiss sbb nk konvo la 2..

Unknown said...

haha sampai hati Charlie tu :(... kasi la lepas konvo ker kan hurmmmm