MY PASSION

MY PASSION

Wednesday, December 3, 2014

Episod Kerja Jururawat Kerja Mulia

Assalamualaikum,

Pekerjaan jururawat sungguh mulia. Pekerjaan jururawat sungguh diperlukan. Bekerja sebagai jururawat suatu ibadah umum yang boleh menuai banyak pahala. Berkerja sebagai jururawat juga suatu perjuangan.

Tidak dapat bayangkan betapa sukarnya meniti hari-hari di hospital tanpa jasa dan pengorbanan seorang jururawat. Dr. Yusuf al-Qaradhawi sendiri mengiktiraf betapa berhajatnya masyarakat kepada tenaga wanita berupa jururawat.

Tanpa jururawat, siapa yang akan menjaga jutaan muslimah di hospital lebih-lebih di wad-wad OnG? Tanpa jururawat, siapa yang akan memudahkan urusan doktor untuk menyiapkan kerja-kerja teknikal? Kerja-kerja teknikal ini pula biasanya lebih diteliti diuruskan oleh seorang perempuan. Tanpa jururawat yang berkesedaran Islam seperti ukhti, siapa yang akan bangkit memperjuangkan pakaian jururawat yang mesra syariah?

Tanpa jururawat berjiwa seperti ukhti, siapa yang akan memimpin usrah dan halaqah untuk para jururawat di sana lebih-lebih lagi yang sangat berhajatkan kefahaman Islam? Islam milik semua.

Semoga Allah memudahkan urusan keluarga semua jururawat di dunia ini yang banyak berjasa mengorbankan masanya demi masyarakat. Semoga lebih banyak institusi-instusi sokongan keluarga yang akan bangun mengasuh anak-anak dengan lebih efektif agar para jururawat ini dapat terus menabur jasa.

P/s: Ramai saudara dan sepupu kerja sebagai jururawat. Mohon tabah harungi rutin harian dan InsyaAllah rezeki anda diberkati. Amin.

Tuesday, December 2, 2014

Episod Kadangkala...

Assalamualaikum,

Kadangkala,
Allah sukarkan jodoh kita,
Tetapi apabila sudah selamat berumahtangga,
Dia mudahkan rezeki menimang cahaya mata.

Kadangkala,
Sukar mencari jodoh yang sesuai dengan kita,
Tetapi Allah dah tentukan orang yang baik untuk orang yang lagi baik

Kadangkala,
Allah sukarkan kita menimang cahaya mata,
Tetapi Dia rezekikan suami /isteri yang memahami serta menerima kita apa adanya.

Kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan suami/ isteri yang sering membuat hati menjeruk rasa,
Tetapi Allah mudahkan dengan kehadiran anak-anak penyejuk mata.

Kadangkala,
Allah payah dan sukarkan kita dalam mendidik cahaya mata,
Tetapi Dia mudahkan dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang membuatkan anak-anak tidak derhaka.

Dan kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan perkara-perkara yang ada (di atas),
Tetapi Allah mudahkan kita dalam kerjaya juga beramal kepadaNya.

Dan ada juga ketikanya,
Allah sukarkan kita dengan segala-galanya,
Tetapi Allah mudahkan kita menjadi hamba-Nya yang Dia redha.

P/s: Jangan tanya aku pasal jodoh. Bukan aku tentukan. Tapi Dia dah tetapkan. 💕

Monday, October 13, 2014

Episod Menang Tapi Kalah

Assaamualaikum sahabat,

Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.

Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang

Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...

P/s: Bergaduh bergaduh, lama lama bertemu jodoh, aduh!

Friday, September 19, 2014

Episod Jom Jangan Bersedih

Ada 8 kisah antaranya yang melibatkan Nabi kita yang boleh kita ambil dan jadikan sebagai pedoman dan iktibar untuk kita menghadapi ujian dariNya. Jangan bersedih wahai teman.

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yang mempunyai talian kekeluargaan dengan kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yang dikhianati oleh saudara2nya.

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yang kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yang dihumban ke dalam api oleh ayahandanya.

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yang terperangkap di dalam perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yang ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yang tidak dapat bertutur dengan sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yang sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yang membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yang diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yang tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal.

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat.

***Allah mewujudkan personaliti yang hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia seperti saya dan kamu, bilamana berhadapan dgn sebarang musibah, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"

P/s: Kita boleh tipu orang, tapi kita tak boleh tipu hati.

Sunday, August 31, 2014

Episod Tabahlah Wahai Hati

Hati,

Kerapuhan hati kian meningkat,

Dek kerana memori lama yang menyelinap dan bersembunyi dihatiku,

Terasa begitu sakit dan pedih apabila ia kian merebak merapuhkan hati ini,

Sungguh sukar untukku bina benteng baru,


Hati,

Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku,

Ku tetapkan hati ,

Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi,

Tidak boleh untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih,


Hati,

Ku cuba jadi kuat untuk pertahankan dari sebarang usikan,

Agar kau sentiasa terpelihara,

Namun, terlalu lemah untukku memeliharanya, aku tewas.


Ya Allah,

Sesungguhnya aku mengerti ,

Hati ini hanya untukMu,


Ya Allah,

Hanya padaMu aku berserah,

Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali ,

Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi,

Ya Allah kepadaMu aku bersandar agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu


p/s: Everytime you read your old conversation..you relized how close you used to be. Yes used to be...now you are stranger

Saturday, August 30, 2014

Episod Jom Jadi Buah-Buahan?

Assalamualaikum.

Ada sesuatu nak share minggu ni. Jom baca...

1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.


3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.

4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.

5. Jadilah setangkai petai bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.

6. Jadilah kelapa
Semakin tua semakin pekat santanya
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.

7. Jadilah manggis.

Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu jugalah ulas isi di dalam. Maksudnya: kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.

p/s: Rindu itu fitrah dan rindu buat kita tidur susah.

Wednesday, August 27, 2014

Episod Jika Kau Sedih

Ketika kamu berasa sedih,
Pejamkan matamu dan katakan dalam hatimu ,

" inilah perjalanan hidupku .. Allah Ta'ala yang letakkan aku disini .. Semua ini perancangan Allah .. Jadi , aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya diatas setiap ketetapan-Nya .. Dan aku terima Qada dan Qadar diriku .. Sesungguhnya , setiap sesuatu itu ada hikmah-Nya .. Terima kasih Ya Allah , kerana mengasihaniku " .

Selepas itu , buka matamu dan senyumlah 

p/s: Dihati ini hanya Tuhan yang tahu, Dihati ini ada rasa rindu

Monday, April 14, 2014

Episod Kau Rasa Kau Bahagia Tak? (part ll)

Assalamualaikum,

Mari, minggu ni aku akan habiskan lagi 5 sebab mengapa hati kita tak bahagia. 

1) Tidak Sabar
Orang tidak sabar selalunya cepat naik marah. Bila lambat sikit jer terus melenting, kalau rasa nak marah tu anggap la ia sebagai ujian untuk melatih diri kita menjadi lebih sabar dan tenang. kalau kau tenang orang lain pun tenang, tapi kalau kau tak sabar, orang lain akan hilang sabar dengan kau. OK?

2) Ego
Okay, manusia mana tak ada ego, tambah2 kaum adam, dia punya ego tinggi melangit. Ego ni tejadi bila kau rasa kau dah perfect dan tak mahu terima teguran. Silelaki pembina ego, siwanita pemusnah ego. Tapi kalau dah dua2 ego kan dah tak bahagia :)

3) Riak
Riak dengan kebolehan diri sendiri, ingat Allah boleh tarik sekelip mata sahaja apa yang kau miliki tu. Jadi jangan riak, orang tak nak kawan. Apa kata kau share kebolehan kau tu dengan orang lain. Orang suka, pahala pun dapat :)

4) Cinta dunia
Masa kini, orang lebih suka kejar kebendaan. Memang dunia kini perlu berdaya saing tapi biar seimbang, baru cantik :) Bila terlalu banyak hutang, kau fikir kau bahagia? ***aku pun dah banyak hutang ni,PTPTN

5) Pencuri Masa
Sejahat-jahat pencuri ialah pencuri masa. Ada dua perkara yang akan sentiasa mencuri masa kita. Pertama, orang yang terlalu memikirkan perkara yang telah berlaku. Kedua, orang terlalu memikirkan perkara yang bakal berlaku. Jadi jangan terlalu berfikir, hadapi dengan tenang


Tahniah pada Paklong dan Maklong, dapat menantu lagi :) 

p/s: Jangan buat fitnah, fitnah itu lebih kejam dari membunuh. Kata2 kau boleh membunuh maruah orang. Kau nak jadi pembunuh?

Saturday, March 29, 2014

Episod Kau Rasa Kau Bahagia Tak? (part l)

Assalamualaikum,

Secara jujur, pernah tak korang bermonolog sedemikian?

"Kenapa orang lain bahagia tapi kenapa aku tak bahagia?"

Kalau ya, anda normal. Tak semua orang bahagia dan tak semua orang tak bahagia. Kadang2 Allah beri kebahagian dahulu kepada kita , kadang2 pula Allah beri ujian yang besar dahulu kemudian baru kebahagian. Jadi minggu ni aku nak cerita 5 sebab mengapa hati kita tak bahagia, asyik gundah gelana jer kan. Jadi mari kita tengok satu per satu.


Gambar kelas , kami bahagia sebab kami BAHAGIA ler :P

1) Pemarah
Orang yang ada sifat ni sentiasa rasa gelisah dan tidak tenang, ada saja perkara yang tak kena pada mata kasarnya, riwayat dari Bukhari dan Muslim menyatakan orang yang kuat ialah orang yang boleh mengawal kemarahannya, jadi orang kuat pemarah ni lemah lah yer :) Jangan nak marah2 sangat bro, pergi amik wudhuk dan solat sunat 2 rakaat. Jangan tunjuk sangat kemarahan pada orang, orang lain punya kemarahan  nak letak mana? 

2) Pendendam
Bagi orang pendendam, memang sukar menghilangkan dendamnya, apatah lagi kawan baik yang buat kita jadi pendendam. Dendam selalunya terjadi bila orang yang kita percayai telah tikam belakang kita satu kali, malah berkali2, islam tak mengajar kita untuk bermusuhan, jadi sebab itulah kita perlu maafkan orang lain walaupun ianya bukan salah kita. Barangsiapa meninggalkan pertengkaran, padahal dia yang salah, maka akan dibangunkan untuknya rumah di sekitar syurga. 

3)Hasad dengki
Aku rasa aku ada terang pasal benda ni dalam entry yang lepas2. Jadi  senang cerita hasad dengki ni datang bila kau fikir kau ni mulia dari orang lain, sebab tu tak bahagia bro. Jadi jom kita bersangka baik, buang hasad dengki tu, mungkin hari ni bukan tuah kau, mana tahu esok lusa tuah datang kat kau dengan taming sari sekali. Amacam? challenge accepted!

4) Bakhil/kedekut
Anda seorang yang jenis kedekut? sukar untuk berkongsi dengan orang lain? Takut harta anda habis jika bersedekah? Jika ya, maaf anda memang tak bahagia, Allah suka orang yang suka berkongsi harta benda/ilmu dengan orang yang memerlukan. Kalau kau kedekut dengan orang yg perlu pertolongan, kemungkinan orang pun akan kedekut dengan kau, jadi bila kau dalam kesusahan, kau pikir orang yang tadi tu akan tolong kau ker? tak bahagia brooo..kan?

5) Tamak
Jadi kedekut pun salah, jadi tamak pun salah jadi nak jadi yg macam mana? jadi biasa2 ja bro...teori dia mudah jer, jika hari ni kau dapat RM100, esok kau nak RM1000 dan seterusnya, jadi sifat tamak tu mula menguasai diri kau, syaiton apa tah lagi, bukan main syok la. syaitan yang gembira, kau yang tak bahagia. Apa cer?

So, itu jer buat santapan minda minggu ni, thanks atas lawatan ke blog murahan ni. jadi minggu depan aku akan habiskan lagi 5 mengapa hati kita tak bahagia. 

p/s: Bahagiaku Deritamu, Hatiku Hatimu, Siapa tahu, Kau tahu?

Saturday, March 8, 2014

Episod Kenali 10 Jenis Perangkap (part ll)

Yosh, 

Amacam dengan hidup kau sekarang, ada ok? hope better la noh. Alrite minggu ni aku nak habiskan lagi 5 jenis perangkap syaitan. Hopefully, lepas korang baca ni jangan  cuba2 nak jadi syaitan plak, xbaik perdajalkan orang...ok. 

6) Suka Pandang Rendah pada orang
Pandang rendah ni bukan bermaksud kau pandang orang yang ukurannya rendah, tapi kau pandang rendah pada kebolehan orang lain. Perangkap ini terjadi bila kau rasa diri kau perfect dari orang lain, again syaitan win! Ok kau pandang rendah pada orang, tapi ada kau pikir orang pandang tinggi pada kau? Think man

7) Tak Suka Terima Teguran
Ok perangkap ni sama la dengan yang atas, bila rasa diri ni dah sempurna, bila ilmu penuh didada, bila sudah berada diatas, bila kau besar kuasa tetapi bila ada seseorang tegur perubuatan kau, terus melenting. Syaitan akan berbisik ditelinga kau supaya memaksa kau mengakui apa yang kau buat tu semua benar belaka, walhal ianya tak!!! Sekali lagi kau tewas pada setan, setan!!

8) Bangga diri
Antara penyakit yang menimpa orang-orang yang dikurniakan kelebihan oleh Allah ialah ujub. Kadang-kadang kelebihan itu tidaklah seberapa mana, tapi kalau ada penyakit dalam hati, timbullah ujub. Again syaitan winnnnn totally. Jangan bangga diri, kelak kau lupa diri, merana diri.

9) Suka berangan
Yang ni memang aku akui, aku pun tewas dengan perankap ni, berangan ni dah sebati dalam diri kita tapi satu jer masalah berangan ni...terlalu banyak imaginasi bikin kau leka siapa diri kau sebenar. Tak salah berangan, cuma apa kata letak sedkit usaha dalam berangan kau, kelak tak la sia2 berangan kau tu....nak berangan dapat bini lah, jadi apa usaha nya ? masuk la meminang kah3

10) Buruk sangka
Ni lagi satu perangkap baik punya. Tipikal orang kita lebih cenderung untuk berfikiran buruk sangka daripada berprasangka baik. Apa kata kita tukar sikit, jom berprasangka baik dahulu sebelum ia tukar menjadi buruk. stay away from seytan okeh.

okeh ni selesai sudah 10 perangkap syaitan yang mangsanya sudah tentu kau, eh  kita! so stay safe stay alive. AL-Fatihah buat keluarga mangsa yang beragama islam yang terlibat dalam nahas pesawat MAS terhempas. Takziah diucapkan, aku sedih dan bersimpati sangat :(

p/s: Terlalu mengharap sesuatu hingga terlupa untuk berusaha, Terlalu leka berdunia hingga terlupa ia hanya sementara.

p/s 2.0: sekarang ni kalau cakap 'yes i'm still single' memang kena bahan ke? Memang satu kewajipan ke untuk berkapel? kalau tak kapel memang dicop sebagai kolot ker? hey aku memang tanya kau!

Wednesday, February 12, 2014

Episod Kenali 10 Jenis Perangkap (part l)

Assalamualaikum

Pelbagai jenis perangkap/trap yang dok ada dalam dunia ni seperti booby trap, foothold trap, deadfall trap dan trap paling femes sekali ialah 'speed trap'. Tapi sebelum tu apa fungsi perangkap? perangkap adalah bertujuan untuk menangkap sesuatu dengan helah sama ada atas niat baik atau buruk. Dah kenapa pulak aku berceloteh pasal perangkap ni? yela satu peringatan kepada kita supaya berhati-hati ketika berada diluar.

Okay itu semua perangkap yang dicipta oleh manusia, yang aku nak terangkan sebenarnya ialah perangkap yang dicipta oleh syaiton laknatullah! Hah syaiton pun ada perangkap ker? YES brado, ada jer...ha jom kenali perangkap puak seytan ni, seytan sungguh!

1) Sombong & Angkuh
Perangkap jenis ni sangat terkenal dan selalunya manusia akan tewas pada perangkap ni sebab kita sangat mudah lupa diri. Bila dikurniakan sesuatu kelebihan kita mulalah mendada dan jalan pun hidung pacak kelangit dan ketika itu jugalah kita sudah terkena perangkap syaitan. Padan muka kau manusia


2) Kedekut
Syaitan akan terus menghasut dan menghasut sebab itulah matlamat kewujudannya. Untuk itu mereka akan pasang perangkap sifat kedekut kedalam diri manusia supaya kita tidak menjadi pemurah dan tidak bersedekah kepada yang memerlukan. Jangan dok kedekut sangat, Allah tak kedekut dengan kau pun. 

3) Bongkak
Ya, bongkak. Menurut kamuih dewan dan pustakaq bongkak dapat didefinisikan sebagai berperasaan tinggi diri, sombong dan bangga diri. sebagai contoh bongkak dengan kepandaian yang dimiliki. Oh ya bongkak tidak ada kena mengena dengan bongok. sekian.

4) Khianat
Perangkap jenis ni aku berani kata sangat femes dalam kalangan orang kita, orang kita tak boleh tengok orang lain berjaya, mesti nak perdajalkan. Macam2 bentuk khianat dilakukan demi untuk menjatuhkan orang lain. Kepada orang yang suka khianati orang ni, cuba la khianat diri kau sendiri dulu. Ada bran?

5) Hasad Dengki
Perangkap seytan seterusnya ialah hasad bin dengki. Apa yang aku faham, dengki ni ialah satu perasaan dimana sifat cemburu yang disertai dengan niat jahat. Hasad dengki ni jugak boleh membawa kepada khianat. Hati2 dengan perangkap ni bro. Jangan dok dengki dengan orang sangat, orang yang dengki ni selalunya tak berjaya pun.


“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam,
supaya kamu jangan menyembah syaitan?
Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!”

[Yasin 36:60]


p/s : Kawan dengan seytan, kau jadi seytan. Kawan dengan manusia, kau jadi orang lain. Jadi lah diri sendiri kerana diri kau begitu mahal. It's your call

Tuesday, February 4, 2014

Episod 10 Jenis Orang di Gym (part 2)

Assalamualaikum,

Ya kita sambung lagi dari episod lepas berkenaan 10 jenis orang yang kita boleh lihat di gym. Minggu lepas aku dah terangkan  5, so kali ni aku nak perabih lagi 5. Siap sedia mental dan fizikal , kita baca yok!

5) 'Window Shopping"
Golongan yang jenis ni datang gym sekadar jadi pemerhati jer. Tengok sana tengok sini. Kasi semak gym. Golongan yang macam ni jugak kurang berminat dengan bina otot dan hanya gemar melihat abang2 sado beraksi didepan cermin gym, dah kau tak minat bina badan,so apa motif kau datang gym? *vongok. Balik rumah layan K-Pop la


6) Pengejar "like"
Orang yang macam ni pulak suka ambil gambar then upload, lepas tu tunggu berapa orang akan like gambar dia. pfffftttt nak jadi retis sado ler ni...hentikan aktiviti vangang ini. Tak salah nak upload photo sado kau tu dalam lama sosial, tapi kalau dah timeline tu penuh dengan gambar kau jer. Mau tak muntah kami. Kau ingat kami log in FB semata-mata nak tengok kau? pfffftt


7) Stay cool, stay low profile
Brado2 sado yang cool ni pulak jenis yang tak hiraukan orang lain dalam gym. Fokus pada rutin mereka dan gemar buat aktiviti sensorang daripada berkumpulan. Tak segan berkongsi ilmu pada orang lain. Golongan ni lah yang memberi inspirasi kepada orang lain untuk membina otot. 


8) Hak milik persendirian
Ha golongan macam ni pun ada, kalu boleh semua alatan dalam gym tu dia sorang jer main. Orang yang macam ni eloklah diajarin gimana untuk berkongsi barang dengan orang lain. Orang lain pun bayar yuran gym jugak beb, bukan kau sorang jer nak pakai. Orang yang jenis tak reti nak berkongsi ni senang jer, humban keluar.

9) Bajet macam ada orang gaji
Konsep disiplin dalam gym sangatlah diutamakan, konsep dia simple jer. "Lepas Guna Letak Semula di Tempat Asal". Mudah bukan? tapi ada segolongan yang bajet ada orang gaji yang akan simpan alatan yang dia guna tu. Puihhh. Kesian kat brado yang jaga gym tu nak kemaskan balik.

10) 'Fact' man
Orang yang macam ni suka memberi keterangan yang begitu mendalam sehinggakan bikin orang serabut. Setiap aktiviti yang dilakukan mesti berdasarkan evidence based dan fakta. Kalau kau suka sangat kasi lecture, better kau jadi pensyarah la beb. haihh.

Ha setel sudah 10 jenis orang yang kita boleh lihat di gym. Walaubagaimanapun, 10 golongan diatas lebih bagus dari kau yang tengah baca ni haha, sebab mereka ada jugak keinginan untuk bersukan di gym. Kau? hehe ngadap lappy jer..

p/s: Sejak dua menjak ni, udara angin sejuk lain macam. Terpaksa selimut dengan berlapis2 selimut. Tak payah pi oversea, kat M'sia pun dah cukup der :)

Thursday, January 30, 2014

Episod 10 Jenis Orang Di Gym (part 1)

Assalamualaikum,

Minggu ni aku nak celoteh skit pasal 10 jenis orang yang boleh kita lihat di gym. Gym merupakan tempat dimana kita buang peluh dengan menggunakan apparatus yg disediakan. Selalunya kaum adam lah yang selalunya memonopoli tempat ni tapi sekarang ni gadis pun dah makin ramai turun gym. 

Selalunya waktu malam menjadi pilihan ahli gym sebab waktu petang sibuk dengan kerja. Aku pi kadang2 ja, kadang2 tu hujung minggu ja. Yuran gym mahal beb, gua tak mampu macam lu! So sepanjang aku dok pi gym aku dapat la perati perangai ahli2 gym ni, macam perangai ada. jom kita tengok 10 jenis orang di pusat gym.


1) Orang lama yang tunjuk hebat pada budak muda
Selalunya golongan ini datang sekadar sembang lebat dengan tahu serba sebi. Kononnya mereka tahu segalanya dalam hal gym. Geng muda2 layan jer. Otai katakan.



2) Ahli gym yang terlalu obses
Golongan yang macam ni pulak semua produk  yang dijual di gym dia sapu. Aksesori yang diguna pakai jugak branded. Dalam beg sentiasa ada suplement. Sanggup berbelanja besar untuk kasi badan nampak cantik. Orang ada duit, biar la dia nak beli apa pun.

3) Newbie Super Noob
Ha golongan ni plak jenis yang kadang2 datang gym, (macam aku). Nak guna apparatus pun tak reti, buat malu jer. Orang yang jenis ni dah la salah teknik tapi tak reti nak mintak sifu ajarkan. Belagak hebat. Ingat, setiap apparatus yang digunakan harus digunakan dengan cara yang betul. Baru nampak keberkesanannya.



4) Berborak Ketika Exercise.
Geng ni pulak jenis tak reti nak beza apa tu kedai kopi dan gym. Nak borak politik ke apa ker pegi mamak la. Gym ni tempat mandi peluh. Golongan ni jugak suka sembang kuat dari lagu yang dipasang di gym. Sabo jerla!

5) Orang Yang Kuat Berpeluh
Seriusly, berhati2 dengan orang yang macam ni.  Mau taknya baru 5 minit guna apparatus dah basah lencun alat gym tu. Lepas dia guna, kau sanggup nak pegang? So pada bro jenis duduk pun berpeluh, better bawak tower sendiri ke gym. Mungkn orang lain tak tegur, sebab takut lu makan hati nanti. Bro2 gym pun berhati perut tak macam lu.


Alrite setakat tu ja kot aku terangkan 5 jenis orang yang boleh kita tengok di gym. Lagi lima aku sambung next entry minggu depan. Stay tuned der~


p/s: Bahagian lemak paling degil nak hilangkan....belly fat. Degil sungguh!

Monday, January 27, 2014

Episod Aktiviti Purnama Pertama

Assalamualaikum,

Yeah, bulan January merupakan bulan yang aku suka, bulan yang bikin aku tenanti-nanti saban tahun. WHY? Ahah! sebab bulan January merupakan bulan pertama kali aku melihat keindahan dimuka bumi, bertapa luasnya dunia ini. Tanggal 10 Januari 1991 maka lahirlah aku kemuka bumi Allah ini. 

Weh, minggu ni bukan aku nak berceloteh pasal kelahiran ka apa. Aku nak cakap benda lain iatu aktiviti aku dalam bulan pertama dalam tahun 2014 ni. 2 Minggu lepas aku dan rakan2 bermandi manda di air terjun sungai gabai dekat hulu selangor. 

Aktiviti merupakan macam reunion kecil2 lan  sebab dah lama tak berjumpa, al maklumlah  masing2 sibuk dengan kerjaya dan belajar :) Jom belek gambar yg ayen ambil ni. Peluang ni pun aku rembat laju2 sebab nak  lepas stress lepas tamat exam heh3.

Antara yang datang hari tersebut. Geng ni dari dulu dan kini sentiasa HAVOC!

Air sejuk macam ais. Aku ni dah lah alah dengan sejuk.

Sebenarnya aku kurang sehat hari tu, demam n suara takda. Tapi untuk member apa ada hal. Memang best dapat mandi sungai walaupun badan aku dah  menggigil kaw2 punya. Sure balik rumah lagi teruk lah demam aku ni. Oh lupa nak gitau, kitaorang ada buat jugak BBQ kat tepi sungai tu. Best! out~

p/s: Akibat dari mandi sungai ni, nah 3 hari aku demam teruk and suara tiada. Mak marah kaw2 punya sebab dia tau anak dia ni lemah antibodi. Berdarah jugak telinga aku dengar ceramah free dari mak. Sori mom, abg degil.



Monday, January 13, 2014

Episod Tahun Lama vs Tahun Baru

Assalamualaikum,

Sudah lama tak menjenguk disini, maaflah sejak hujung2 tahun ni aku agak sibuk dengan urusan pengajian yang sudah pun melabuhkan tirainya untuk semester 3.  ups sudah terlupa bahawa sudah berada di tahun baruuuuu 2014! selamat tahun baru yo! apa azam kau? 



Hari ni hari last paper exam aku , paper customer service princples dan apa yang dapat aku rumuskan dari 5 paper yang telah aku lalui, alhamdulillah semua berjalan dengan lancar hasil titik peluhku dan doa IBUBAPA . Terima kasih jugak pada pensyarah2. Pensyarah FBM ohsemm dowh.

So, apa plan aku untuk tahun baru ni? Eh kejap, perancangan untuk tahun lepas pun belum kesampaian lagi..apa cer? Hemm nampaknya kena continue dengan azam lama lagi la hendaknya yakni nak naikkan BERAT BADAN!!!! Berat badan merupakan masalah utama bagi aku, yer la makan banyak mana pun badan kau asyik macam tu jer. Apa cer? InsyaAllah tahun 2014 ni aku berazam tak nak skip breakfast. Oyeah!

Tahun 200013  2013 jugak mengajarku bahawa erti persahabatan sejati yang terjalin sesama kita. Persahabatan yang akrab tidak dapat diputuskan melainkan dengan kematian. Kepada kawan yang aku sayangi... 

-Kawan tu bukan macam main BOLA. Mula-mula kejar, Dah dapat sepak JAUH…
-Kawan tu bukan mcm GULA2 GETAH, bila habis kemanisannya, puih buang
-Kawan tu bukan mcm PAMPERS. Dah pakai pastu buang…
-Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadaikan…
-Kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul…
-Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit jual …Beli baru…
-Kawan tu bukan macam CHIPSMORE . Kejap ade kejap takde…
-Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit baru nak cari…
(tapi kalau dah terdesak apa salahnya heh heh heh)


photo credit to Siti Hawa. 

TETAPI rakan2 sekalian, jadilah KAWAN seperti jejari tangan dan kaki, senantiasa bersama disebelah tika saat jatuh dan kecewa.  Ukhuwah fillah abadan abada fil jannah. InsyaAllah

p/s:  Tahun 2013 menyaksikan ramai rakan taulan sudah mendirikan rumahtangga. Tahniah kawan! Kau bila lagi? Ku tunggu kau kahwin dulu