MY PASSION

MY PASSION

Monday, August 26, 2013

Episod 10 Karakter Sahabat Sejati

Assalamualaikum, 

Yeah, minggu ni aku nak share lagi 10 karakter sahabat yang baik, yok sambil2 buang masa tu meh baca sikit.....

1. Hargai masa bersama
Menghargai setiap masa anda bersama dengan sahabat agar dia dapat sentiasa merasa dirinya dihargai dan disayangi.

2 Ikhlas hati
Bersahabat kena la ikhlas, seikhlas hati menerima kekurangan dan kecacatan tak kira sama ada sahabat kita itu anak orang kaya atau sebaliknya. 

3. Berikan sokongan 
Bila waktu kawan kita tu dalam keadaan kesusahan, berilah sokongan agar dia tau ada orang disampingnya yang ingin menolong. 

4. Tak pentingkan diri
Jika kawan kita itu perlukan bantuan kita, segeralah membantu dirinya secepat mungkin ketika dia memerlukan pertolongan kita. Mana tahu nanti kelak dia pulak yang membantu kita.

5. Ingat-ingat tarikh penting
sebagai seorang sahabat yang baik, mengingati tarikh lahir sahabat adalah satu cara mudah untuk eratkan lagi hubungan. Kebiasaanya aku akan set semua tarikh lahir kawan dalam fon sebagai reminder. 

6. Tak burukkan nama sahabat
Sahabat baik tidak samasekali memburukkan nama kawan dia, walaupun telah melakukan kesalah besar atau sesuatu yang tidak diterima sahabat lain. Selalunya kita lihat ramai rakan talam dua muka. 

7. Pendengar setia
Jadilah pendegar yang setia, bukan cinta jer kena setia tau! Jika kawan kita tu menceritakan masalahnya, dengarlah dengan tekun supaya kawan kita itu merasa senang hati dapat meluahkan masalahnya. Tapi jangan pula kita memburukkan lagi masalah dia dengan kata2 yang meremukkan hatinya.

8. Tak minta balasan
Yeah, kawan yang baik tidak mengharap jasanya dibalas dengan serta merta atau dengan wang. Sahabat yang baik menolong dengan ikhlas. Aku lihat ia sudah menjadi trend kawan akan memaksa rakannya memberi habuan selepas memberi pertolongan. Kalau kawan kita tu loaded tak apalah, buatnya dia sekadar kais pagi makan pagi macam mana pula tu?

9. Saling memahami
Sahabat yang baik memahami sifat masing2, sebagai contoh kalau kawan kita tu tak suka makan masakan kari, jangan pula korang belikan dia kari...ini korang faham2 sendirilah, maleh nak cerita lebih

10. Saling percaya mempercayai dan kuat amanah
Ha, bagi yang duduk ramai2 dalam satu rumah tu sifat ini sangat perlu diaplikasikan supaya tidak berlaku situasi yang tidak diingini contohnya, korang cari sendiri buahahaha~!

p/s: Kadang-kadang sahabat pun boleh jadi jodoh kita  heh heh heh heh heh heh heh *senyum lebar :}

Sunday, August 18, 2013

Episod Sahabat Sebagai Teman Rapat

Assalamualaikum, 

Kadang-kadang aku lihat . . . mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga dari memiliki seribu teman yang mementingkan diri sendiri. 

Kadang-kadang aku lihat . . . bila masa datangnya kejayaan, teman-teman mengenali kita. Bila datangnya kesusahan pula, teman-teman tidak mengenali kita. 

Kadang-kadang aku lihat . . . persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan  proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, begitulah juga sahabat mempercayai sahabat.

Kadang-kadang aku lihat . . . persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihiburkan dan disakiti, diperhatikan dikecewakan, namun semua ini perlu diharungi setiap insan untuk menjadi seorang sahabat yang rapat.

Kadang-kadang aku lihat . . . seorang sahabat akan mendiamkan diri daripada menegur kesalahan rakannya , ini bahaya! sepatutnya sahabat menegur sahabat 

Kadang-kadang aku lihat . . .sahabat 'plastik' itu lebih ramai dari sahabat realistik. Baik hanya didepan sahabat, dibelakang kita hentam kawan kita sendiri. Plastik kah kita?

Kadang-kadang aku lihat . . . sahabat yang jahat itu lebih ramai dari sahabat yang baik, namun sahabat yang jahat boleh berubah kepada sahabat yang baik.

Kadang-kadang aku lihat . . . sahabat tidak memahami kata-kata ini' What Goes Around Comes Around".

Kadang-kadang aku lihat . . . sahabat yang pendendam itu lebih bahaya dari sahabat yang pemarah. Sahabat pendendam sukar di ubati, ia seperti virus...semakin hari semakin merebak semakin teruk.


p/s: Jadilah sahabat yanng sempurna kepada sahabat kita :)

Episod Ciri-ciri Sahabat Yang Baik

Assalamualaikum, 

Minggu ni aku nak share ciri-ciri sahabat yang baik , mudahnya kita mencari sahabat yang ramai, sekadar dihujung jari, tapi sedar atau tak sahabat yang baik itu sukar kita cari. Jadi mari kita menjadi sahabat yang baik dahulu sebelum kita mencari sahabat baik untuk peneman kita :)

  • Apabila kamu berbakti kepadanya, dia akan melindungimu
  • Apabila kamu merapatkan persahabatan bersamanya, dia akan membalas balik persahabatan tersebut
  • Apabila meminta pertolongan daripadanya, dia akan membantumu
  • Apabila kamu menghulurkan kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik

  • Apabila kamu memohon bantuan daripadanya, dia akan menghargai atau menyebut akan kebaikanmu

  • Apabila dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya

  • Apabila kamu memohon bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya

  • Apabila kamu berdiam diri kerana malu hendak meminta, dia akan menanyakan kesusahanmu

  • Apabila datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu

  • Apabila kamu berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu

  • Apabila kamu berdua berselisih faham, dia akan lebih senang mengalah untuk menjaga persahabatan

  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawap dan melarang melakukan perkara buruk serta maksiat

  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan juga akhirat
p/s: Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihiburkan dan disakiti. Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendir