MY PASSION

MY PASSION

Sunday, June 23, 2013

Episdod Haze! Haze! Hazenut?

Assalamualaikum...


hoho minggu ni pergerakan aku terhad sedikit untuk keluar kemana-mana, hal ini disebabkan jereb telah menyerang kembali Malaysia. Ini serious... masalah seperti begini acap kali berlaku. Mengapa. mengapa?



Khabarnya ia berpunca dari tanah seberang dimana terdapat pembakaran ladang secara terbuka, harap kerajaan mereka dapat tangani masalah ini secepat mungkin, jika tidak, negara2 jiran akan mengalami banyak masalah seperti keshitan, dan juga sektor perlancongan juga turut terjejas.




okay gambar ini aku amik dari timeline facebook, dimana ini tempat aku belajar. Hari ini istihar cuti bagi pelajar UiTM Puncak Alam. kualiti udara yg agak teruk  ini meyebabkan ramai mengalami masalah kesihatan. Jarak penglihatan jugak terhad. Dah la minggu depan aku start exam, harap ia selesai sebelum peperiksaan . Hendaklah kita minum air mineral banyak2 dan jgn lupa pakai mask kalau nak keluar ! 
Nak pakai mask macam ni pun tadak masalah :) 


Jadi marilah kita berdoa agar masalah ini dapat dibendung, dan mengharap hujan rahmat dapat membasahi bumi ini. Amin

p/s: Semalam aku ke KLCC, sangat teruk udaranya , mata aku pedih :(

Episod Perang Pena dan Kertas Datang Lagi

Assalamualaikum...


JADUAL FINAL EXAM. SEMESTER 11
COURSE : HEALTH ADMINISTRATION 

2.7.2013 (Tuesday) 
9am-12pm ; OHA472 

6.7.2013 (Saturday) 
9am-12pm ; OHA471 

6.7.2013 (Saturday) 
2.15Pm-5.15pm ; OHA455

9.7.2013 (Tuesday) 
2.15Pm-5.15pm ; ACC418 

14.7.2013 (Sunday) 
2.15pm-5.15pm ; OHA453 


Okay, sedar tak sedar aku dah HAMPIR selesaikan baki perjuangan dalam semester 2, tetapi itu belum bermakna perjuangan aku sampai disini sahaja, masih ada 4 semster perlu ditempuhi. 

Jadi minggu depan  merupakan minggu peperiksaan besar. Menguji kefahaman aku setelah apa yg telah diajar oleh lecturer dan harapnya aku dapat meluahkannya dengan baik diatas kertas putih.

p/s : Acap kali ditanya "Dah degree ni bila lagi nak cari teman hati?" 

Episod Expedisi Pendakian Gunung Stong 3.0

Assalamualikum.
Yosh!

Yehuuuu, kita sambung lagi cerita pasal pengembaraan aku ker Gunung Stong walaupun episod ke 3.0 ini tertangguh sudah lama, aku mintak maaf kerna sejak kebelakangan ini aku sibuk sikit dengan kerja sekolah dan test yang banyak. Baru sekarang ada sedikit masa kelapangan. 

Alrite kali ni kita berbicara pasal air terjun Gunung Stong yang menjadi kebanggaan. Memang aku akui air terjun disini cantik dan menawan hati. Sudah jatuh hati dengan alam maa.. 

 Air gunung yang bersih dan sejuk ini umpama anda minum air sejuk dari peti ais.. sejuk ooo, Rasa mineral sejati


hati2, air kat kawasan ni dalam bak hang...dalam air tu plak ada batu besar, silap2 boleh sedut masuk kebawah batu tu, mintak simpang


 Ha ini best, kalau korang perasan ada tujuh telaga kecik kat atas air terjun ni. that is why namanya air terjun telaga 7 puteri... some kind of that. 

One of Telaga Tujuh Puteri, dalam sangat lubang ni, takot pun ada... takot tenggelam terus :) 

 The most beautiful waterfall i have seen throughout ma life.. terpegun aku dengan ciptaanNya


Teka saya yang mana satu?


 Cantik kan aliran air terjun ini 

Jadi selepas mandi manda, kami teruskan lagi ndakian ke puncak Gunung Stong,Pelbaai halangan dan cabaran terpaksa ddihadapi antaranya ialah, trek yg licin, 2 3 kali jugak aku nak tergolek, sumber air terhad..dan sebagainya 

 Pria - pria hebat, bersemangat gunung haha 

 Kami terpaksa rehatkan badan buang 10 -20 minit untuk restrore energy yg sudah susut kaw2.... udara tetap segar dan nyaman 


Makan tengahari di atas puncak memberi satu pengalaman baru kepada aku dan crew expedisi yg lain 


*Beberapa photo sempat di tangkap 

Jadi dengan lengkapnya dengan episod terakhir ini maka selesai lah laporan Expedisi Pendakian Gunung Stong. Apa yg aku dapat dari ekpedisi ini ialah alam semula jadi harus dijaga supaya anak generasi kita dapat merasa ketenangan yg masih sempat ada ni. jangan lupa juga semua ini adalah kebesaran yg Maha Esa. Aku berasa sangat kerdil bila dipuncak dan melihat permandangan alam yang indah2.

p/s: minggu depan aku exam untuk sem 2 :) good luck para sahabat. selamat berperang dengan kertas exam. YOSH! 

Monday, June 3, 2013

Episod Expedisi Pendakian Gunung Stong 2.0

Assalamualaikum,
Ya seperti yang dijanjikan, episod kali ini merupakan laporan saya dan rakan dalam menyertai ekpedisi Gunung Stong minggu lepas. Hari ini baru sempat update, kejap lagi kelas ni 

27MAY2013:
Perjalanan bermula dari stesyen KL Sentral dan disertai seramai 11 orang anak muda. Kami ambil tiket economic, RM27.00 murah sikit (tapi sakit bontot weih). tetapi itu semua tidak mematahkan semangat anak muda untuk tawan gunung Stong heh! 
 



Setelah mengharungi 11jam perjalanan kami tiba di stesyen keretapi Dabong pada pukul 8 pagi, walaupun keadaan tidur yg tidak cukup kami teruskan lagi langkah. Anak muda berdarah waja!



Setelah sarapan pagi, *seriusly sarapan pagi di Kelantan tak macam ditempat aku, mereka makan nasi berlauk, dah mcm makan tengahari kan. Jam 0900 Kami pergi berjumpa dengan pemandu arah yg kami tempah tu. Orangnya peramah dan ceria, dia memberi nasihat dan pesanan ketika mendaki dan pantang larang yg perlu dipatuhi ketika expedisi. "Jangan sesekali mengambil sebarang barang dari gunung untuk dibawa pulang" aku tak tahu apa maksud pesanan ini, mungkin takut ada 'benda' ikut pulang sekali kut. 

Sebelum kami memanjat gunung Stong, kami dibawa memasuki 3 jenis gua yg tidak berapa jauh dari lokasi stesyen Dabong (kiranya ni warming up lah kot . Gua tersebut ialah, Gua Gelap, Gua Pagar dan Gua Keris. setiap gua ada cerita masing2, tapi aku tak tahu cerita tu haha. Lawatan ketiga-tiga Gua ini makan masa sejam jugak. (kepala aku terhantuk 2 3 kali jugak la.

Gua Keris. (nampak bentuk keris)

Gua Gelap (gelap betul bak hang) 

Gua Pagar  peserta dikehendaki melalui sebuah ‘terowong’ kecil bagi meneruskan perjalanan di dalam Gua Pagar.

Kanak2 riang
(bentuk gajah kan? 

0k setelah penat bergua, kami pulang ke tempat asal kami tiba tadi untuk makan tengahari dengan menaiki van yg disewa. (termasuk dalam pakej RM85). Pada jam 0100 kami mula pendakian ke kem Baha, pendakian ke kem baha makan masa sejam jugak, trek yg licin selepas hujan buat kami drag masa ke sejam setengah untuk sampai, tapi anak2 muda UiTM dari Puncak Alam  ini enjoys dengan apa yg mereka buat sebagai pencinta alam :) 

Kem Baha merupakan perhentian seketika sebelum menghabiskan pendakian ke puncak Stong yg setinggi 1420 meter dari paras air laut.Kami mengambil keputusan untuk mendaki ke puncak stong keesokkannya oleh kerana waktu sudah hampir gelap. kami bermalam di kem Baha.


 ini pintu masuk ke kem baha,

setelah camping site SIAP dan makan lagi sekali! 
MASA UNTUK MANDI AIR TERJUNNNNNN . . .

ups..
this episode TO BE CONTTINUE ... Episod Expedisi Pendakian Gunung Stong 3.0

HEH HEH HEH

p/s: Menerima teguran bukan bermakna anda telah buat salah! tetapi menerima teguran  buat anda menjadi insan yg lebih sempurna :) 
"wat peace wat rilek"