MY PASSION

MY PASSION

Monday, June 3, 2013

Episod Expedisi Pendakian Gunung Stong 2.0

Assalamualaikum,
Ya seperti yang dijanjikan, episod kali ini merupakan laporan saya dan rakan dalam menyertai ekpedisi Gunung Stong minggu lepas. Hari ini baru sempat update, kejap lagi kelas ni 

27MAY2013:
Perjalanan bermula dari stesyen KL Sentral dan disertai seramai 11 orang anak muda. Kami ambil tiket economic, RM27.00 murah sikit (tapi sakit bontot weih). tetapi itu semua tidak mematahkan semangat anak muda untuk tawan gunung Stong heh! 
 



Setelah mengharungi 11jam perjalanan kami tiba di stesyen keretapi Dabong pada pukul 8 pagi, walaupun keadaan tidur yg tidak cukup kami teruskan lagi langkah. Anak muda berdarah waja!



Setelah sarapan pagi, *seriusly sarapan pagi di Kelantan tak macam ditempat aku, mereka makan nasi berlauk, dah mcm makan tengahari kan. Jam 0900 Kami pergi berjumpa dengan pemandu arah yg kami tempah tu. Orangnya peramah dan ceria, dia memberi nasihat dan pesanan ketika mendaki dan pantang larang yg perlu dipatuhi ketika expedisi. "Jangan sesekali mengambil sebarang barang dari gunung untuk dibawa pulang" aku tak tahu apa maksud pesanan ini, mungkin takut ada 'benda' ikut pulang sekali kut. 

Sebelum kami memanjat gunung Stong, kami dibawa memasuki 3 jenis gua yg tidak berapa jauh dari lokasi stesyen Dabong (kiranya ni warming up lah kot . Gua tersebut ialah, Gua Gelap, Gua Pagar dan Gua Keris. setiap gua ada cerita masing2, tapi aku tak tahu cerita tu haha. Lawatan ketiga-tiga Gua ini makan masa sejam jugak. (kepala aku terhantuk 2 3 kali jugak la.

Gua Keris. (nampak bentuk keris)

Gua Gelap (gelap betul bak hang) 

Gua Pagar  peserta dikehendaki melalui sebuah ‘terowong’ kecil bagi meneruskan perjalanan di dalam Gua Pagar.

Kanak2 riang
(bentuk gajah kan? 

0k setelah penat bergua, kami pulang ke tempat asal kami tiba tadi untuk makan tengahari dengan menaiki van yg disewa. (termasuk dalam pakej RM85). Pada jam 0100 kami mula pendakian ke kem Baha, pendakian ke kem baha makan masa sejam jugak, trek yg licin selepas hujan buat kami drag masa ke sejam setengah untuk sampai, tapi anak2 muda UiTM dari Puncak Alam  ini enjoys dengan apa yg mereka buat sebagai pencinta alam :) 

Kem Baha merupakan perhentian seketika sebelum menghabiskan pendakian ke puncak Stong yg setinggi 1420 meter dari paras air laut.Kami mengambil keputusan untuk mendaki ke puncak stong keesokkannya oleh kerana waktu sudah hampir gelap. kami bermalam di kem Baha.


 ini pintu masuk ke kem baha,

setelah camping site SIAP dan makan lagi sekali! 
MASA UNTUK MANDI AIR TERJUNNNNNN . . .

ups..
this episode TO BE CONTTINUE ... Episod Expedisi Pendakian Gunung Stong 3.0

HEH HEH HEH

p/s: Menerima teguran bukan bermakna anda telah buat salah! tetapi menerima teguran  buat anda menjadi insan yg lebih sempurna :) 
"wat peace wat rilek"

No comments: