MY PASSION

MY PASSION

Sunday, June 23, 2013

Episdod Haze! Haze! Hazenut?

Assalamualaikum...


hoho minggu ni pergerakan aku terhad sedikit untuk keluar kemana-mana, hal ini disebabkan jereb telah menyerang kembali Malaysia. Ini serious... masalah seperti begini acap kali berlaku. Mengapa. mengapa?



Khabarnya ia berpunca dari tanah seberang dimana terdapat pembakaran ladang secara terbuka, harap kerajaan mereka dapat tangani masalah ini secepat mungkin, jika tidak, negara2 jiran akan mengalami banyak masalah seperti keshitan, dan juga sektor perlancongan juga turut terjejas.




okay gambar ini aku amik dari timeline facebook, dimana ini tempat aku belajar. Hari ini istihar cuti bagi pelajar UiTM Puncak Alam. kualiti udara yg agak teruk  ini meyebabkan ramai mengalami masalah kesihatan. Jarak penglihatan jugak terhad. Dah la minggu depan aku start exam, harap ia selesai sebelum peperiksaan . Hendaklah kita minum air mineral banyak2 dan jgn lupa pakai mask kalau nak keluar ! 
Nak pakai mask macam ni pun tadak masalah :) 


Jadi marilah kita berdoa agar masalah ini dapat dibendung, dan mengharap hujan rahmat dapat membasahi bumi ini. Amin

p/s: Semalam aku ke KLCC, sangat teruk udaranya , mata aku pedih :(

No comments: