MY PASSION

MY PASSION

Wednesday, May 22, 2013

Episod Expedisi Pendakian Gunung Stong 1.0

Assalamualaikum,


Ya, minggu depan, tak lama dah lagi , aku dan bersama rakan2 dari persatuan Medical Imaging dan Fisioterapi akan mengadakan satu expedisi mendaki gunung yang tinggingya 1,444 meter iaitu Gunung Stong di Kelantan. Jadi sebagai permulaan, entry kali ni aku bercerita dahulu pasal kelengkapan atau persedian untuk kesana. 

Sedikit fakta mengena expedisi kali ini: 
-Ekpedisi ini melibatkan seramai 12 peserta lelaki. Melibatkan Fisioterapi, Medical Imaging dan Health admin (aku) dan jua penyertaan dari luar.
-Expedisi ini makan masa 3 hari 2 malam. 28~30 May 2013
-Kos kasar, bawah RM200.
-2 pemandu arah profesional terlibat.
- Dari Puncak Alam ke Lokasi, naik van dan kereta

Fakta Gunung Stong:
-Air terjun paling tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara!!! . air terjun Jelawang (setinggi 3 tingkat bangunan)
-Ketinggian 1433 dari paras laut
-Panorama cantik lagi menawan dan tenang
-dan banyak lagi keistimewaannya

Persedian sebelum expedisi: 

1) Pakaian pergi & balik 
2) Pakaian trekking(jgn plak pakai mcm nk pegi konsert...)
3) Pakaian kering utk tidur/solat/makan(nak pkai baju yg sama pn xdehal kalau tahan sejuk..)
4) Pakaian & peralatan mandi(nak mandi bogel pn bole je...badan plak gosok2 pakai daun)
5) Beg yg sesuai(faham2 la...jgn bawak beg balik kampung pulak...
6) Sleeping beg/karimat(kalau ada...kalau xde pn xpe tp sejuk je la:)
7) Headlamp/lampu suluh(kalau rasa ada mata kucing, x payah bawak...
8)Pinggan, cawan, sudu dan garfu(pinjam nak basuh x nak...lempang nak?)
9) Air minum sepanjang treking(kalau rasa diri tu mcm unta...x payah bawak...
10) Makanan sampingan peribadi(paw sket2 xdehal tp paw lebih2 tu yg kena kumpaw)
11) Ubat-ubatan asas(stanby la pe yg patut...)
12) Baju sejuk / sweter(kalau rasa kulit tu tebal...xpayah!)
13) Kasut@Sandal yg sesuai(kaki ayam pn xdehal...)
14) Selipar

Tentatif Pogram:

Sebagai kenang-kenangan, baju expedisi ada jugak :) 




Dalam expedisi ini, ramai jugak otai2 kaki gunung terlibat, salute semangat mereka. banyak jugak ilmu kehutanan yg aku sempat amik dari mereka. Kalau nak dikutkan pengalaman, aku sekadar biasa dengan bukit2 saja, tetap kali i ini merupakan pengalaman kali pertama aku menjadi seorang pendaki gunung :) Gambatte!. 

p/s: Aku nak tatapi keindahan ciptaanNya yg indah ini sepuas-puasnya. Melihat selagi mampu melihat sebelum pejam selamanya.

No comments: