Assalamu'alaikum ,
Yeah, pada Sabtu 21 April lalu, rakan2 dari Degree in Occupational Therapy dan Degree in Health Administration telah mengadakan day trip ke Bukit Tinggi. Seramai 12 orang dan 3 buah kereta telah terlibat dalam percutian ini. Walaupun ianya day trip tetapi pengalaman bersama2 rakan adalah kemuncak segala keseronokan dalam aktiviti ini. Kos dalam pecutian ini sekitar RM70 per person (termasuk tol, minyak, makan dan bayaran tiket2 masuk). Pasal duit aku tak kesah berapa yg dikenakan yg penting keseronokkan tu :). Jom tengok gambar2 menarik dalam day trip ini yang sempat aku snap:
Kami sampai di lokasi jam 11.30 pagi
Lokasi pertama ialah Japanese Village :)
Gerai warung yg familiar di Japan
Aura kampung Jepun itu aku dapat rasa disini
Seni bina rumah dari buluh masih dikekalkan
Kami disambut oleh makcik jepun ini dengan pakaian rasmi mereka
Kolam ikan dia cantik dan aku mcm nak terjun jer :)
Air tejun disebelah rumah, memang tenanggg~
Pokok2 teduh yang mewujudkan lagi suasana keJepunan disini
keindahan alam dan bungaan
bunga2an
tenang~
konsep Jepun
Kami menceroboh rumah Jepun
Cantiknyer~
Yang ni pun~
Taman~
Sedap tengok~
Dilarang petik yer!
Entrance masuk ke rumah Jepun *klasik
=
Lokasi seterusnya kami ke sini. Masuk adalah percuma
Konsep seperti di Rio Brazil
Ala-ala bandar cowboy pun ada
Ada 2 ekor itik angsa sedang dating
Itik tak sudi layan mereka bhahaha
siki2 posing! haha
Jam lama~
Rumahnya cantik2 belake~
3 budak poiyoo
pelancong pun nak snap!~
kami semua~
Struktur jambatan yg menarik~
Seterusnya kami ke Pusat Konservasi Gajah, Masuk RM 10
Hajatnya nak ingin mandikan gajah
Tapi waktu kami sampai gajah sudah pun mandi pagi
Jadi kami berikan dia makan jer :)
Seronok di sini:)
Kena pakai stiker ni untuk masuk :)
Lepas kasi gajah makan kami pergi ke Colmar Tropicale. Masuk RM12
Kasi rusa makan adalah pengalaman amat menyeronokkan
Jinak2 belaka rusa disini
Yang ada tanduk ini ialah rusa jantan
tetba ada burung besar ini haha
Jadi itulah program day trip yang amat ohsemm yang dianjurkan oleh rakan2 dari Deg OT. Nextime harap dapat anjur lagi yer, Walaupun ianya adalah day trip tetapi keseronokkan berbaloi. Dapat juga aku menikmati keindahan alam hijau yang cantik dan damai. So banyak lagi gambar nak diupload tetapi mata dah tak tahan ngantuknya, jadi malassss bahhahaha ~ selamat malam sahabat~
P/s: Hujung bulan 5 @ cuti mid sem ke-2 ni pula aku akan mendaki gunung Stong di Klate dengan rakan2 dari kos Medical Imaging.Ekpedisi disertai seramai 15 orang. Gambatte Epulllll~
No comments:
Post a Comment