MY PASSION

MY PASSION

Saturday, November 16, 2013

Episod Insan Bernama Kamil?

Assalamualaikum,

Hari ni ada pogram kemahiran insaniah di fakulti, pogram yang MEWAJIBKAN pelajar menyertainya, hemm  pogram yang pada dasarnya ingin melahirkan pelajar yang memiliki sifat2 murni dalam sahsiah diri dan bla bla bla...hari ni hari sabtu ermmmm tahu je lah memang wajah pelajar2 datang pogram ni pun kesemuanya muka nampak tak ikhlas (termasuk aku). 

Hari sabtu bro,  aku terpaksa dikorban untuk hadiri pogram macam ni,terpaksa cancel dating hari ni (bajet mcm ada awk jer)  tapi apakan daya ini semua wajib kalau tak pergi tak dapat grad katanya. so aku pun datang lah :P. seperti biasa macam modul2 yang lepas, pagi2 mesti ada 2 slot ceramah dan petangnya sesi LDK. dari modul diploma sampai la modul degree ni itu jerlah  pengisiannya. Tapi dari segi intipatinya sudah tentu berbeda. 

Modul kali ini tajuk dia Melahirkan Pelajar berinsan kamil. Pekebenda tuh? first time dengaq aku ingatkan kamil tu nama orang, tah aku pun tak tau...dari pagi sampai lah tamat sesi LDK, aku termenung dan terfikir apa yang facilitator dan penceramah ingin sampaikan ni ek? memang tak faham sepatah haram ler...saat yang lebih teruk, aku tidur time ceramah dalam dewan. nahh haiii~ memang zero la.

tama LDK jam 5 petang tapi faci kasi pulang awal jam 4.30. aktiviti yg dijalankan malas nak cerita sebab BOSANGGGGG~ Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, dalam kotak fikiran aku masih tertanya2, apa yang penceramah dan facilitator ingin sampaikan sebenarnya? hemmm sekali lagi aku berkelana. Sampai rumah, rehat, lepas solat maghrib aku duduk atas kerusi dan SEKALI lagi aku bermonolog! dan kali soalan dalam kotak fikiran aku bertukar sedikit. Aku bertanya dalam diri...

"Apa sebenarnya intipati yang aku dapat dari penceramah dan facilitator hari ini?"

YES , itu soalan yang tepat yang patut aku tanya dalam diri! bukannya menyalahkan penceramah dan faci...aku tak faham apa itu insan kamil sebab aku tak mencuba memahaminya. itulah dia! Jadi aku duduk diam2 dan memaksa otakku memproses kembali apa yang diperkatakan hari ini. Dan alhamdulillah aku memahaminya dengan kembali ... Insan Kamil menurut pemahaman aku ialah manusia yang sempurna dari segi sifat2nya sepeti ilmu dan amalan2 mahmudahnya. Salah satu contoh sifat mulia insan kamil ialah menghiasi diri dengan sifat-sifat ketuhanan, berakhlak mulia dan berjiwa seimbang. Maklumat selanjutnya krang google sendiri. aku bukan penceramah :P

Jadi kesimpulannya disini, tak rugi aku datang pogram modul hari ni, walaupun malumat yang nak disampaikan oleh penceramah tu datang lepas solat maghrib heh heh alhamdulillah sampai jugak daripada tak sampai2 langsung~ 

p/s: Tak semestinya input/ilmu yang diberi dapat diserap oleh minda dengan serta merta, menuntut ilmu memerlukan keihklasan dan hati yang lapang. 





No comments: