Helmet Putih bertemu Puteri Gunung Santubong? Pelik bonar bunyi eh?
Tetapi itu la hakikatnya, sebelum itu, post in tiada kaitan antara yang masih hidup, tengah nazak ataupun yang sudah meninggal dunia. Post ini juga tiada kaitan dengan cerita hikayat atau pun dari mana2 mitos. Bukan sama sekali [haha].
Sebenarnya, cuti semester ni aku dapat jua aku beli motor sendiri dengan duit hasil titik peluh. Maaf aku tak mampu beli motor kuasa tinggi sekadar mampu motor Honda EX5 sahaja, aku ni bukan la dari keluarga berada, itu sudah memadai untuk ku ulang alik ke kolej di sem hadapan. [duduk luar sem 2 ni]
*Gambar belas kasihan dari PokCikGoogle
Imbau kembali disaat aku tiada kenderaan, sangat sukar bagi aku untuk bergerak sana sini,pergerakkanku terbatas dan tersekat , tak kan la nak pinjam motor orang tiap2 hari, kawan pun nak guna kan, Aku ni dah la segan nak pinjam kenderaan orang, takot org tak kasi . Mujur la time diploma Izzul kasi pinjam motor skooter dia tu [thanks weh, jasa BJR akan dikenang].
Oh, oh, so apa kaitan Helmet Putih dengan Puteri Gunung Santubong beb?
haha sebenarnya Helmet Putih tu ialah helmet yang pertama aku beli sebelum beli motor, kebiasaannya orang akan beli motorsikal dahulu baru helmet kan? Tapi aku pelik sikit, beli Helmet dulu lepas 3 tahun baru dapat beli motor [pelik bukan?]
HelmetPutih MS88 kesukaan remaja rempit
Yang 'Puteri Gunung Santubong' tu ialah merujuk kepada nombor pendaftaraan motor Honda EX5 tu. [PGS 1526].
p/s: Bersusah-susah dahulu, bermudah-mudah kemudian.
7 comments:
tajuk gempak,,,,ingt betoi2 pnya...haha,,
selamat atas kejayaan memiliki kenderaan sendiri yg pertama.
=)
jgn merempit kat puncak alam sudah...
Anonymous: hehe tajuk jer gempak habis tapi isinya hampeh [sori]
Cik Gadis Desa: hihi thnk you :) saya Belia Benci Rempit :)
nice la bro! leh rempit!
Hojikuzai : hehe bereh2 ada geng rempit :)
kata 'belia benci rempit' . . . hahaha, ni awal2 da wat appoinment rempit ngn izzul...
Post a Comment