MY PASSION

MY PASSION

Monday, February 18, 2013

Episod Aku Lihat Orang kita...[siri 1]

Minggu ni rasa nak taip sesuatu berkenaan dengan orang kita. Teks ini bukanlah bertujuan nak malukan atau menjatuhkan bangsa sendiri cuma ingin meluahkan apa yg terbuku dihati sekian lama. Entry ini berdasarkan pemerhatian aku terhadap suasana masakini.



Aku lihat orang kita...tak boleh tengok orang lain berjaya dengan cemerlang, mesti ada yg cuba jatuhkan dari belakang. Tidak kiralah dalam apapun situasi. Lebih sedih lagi orang yg jatuhkan kita itu ialah orang terdekat kita. Bukan sepatutnya kita membantu sesama sendiri? Mengapa begitu wahai orang kita?



Aku lihat orang kita...sangat mudah percaya pada pandangan pertama. Maaf aku bukan  sentuh pasal isu cinta pandang pertama no no not here. Apa yg aku nak katakan ialah orang kita mudah percaya dan menerima bulat-bulat sesuatu berita  tanpa tahu samaada ia benar atau tidak. Lihat bertapa daifnya pemikiran kita ini, terus menghukum tanpa budibicara,  berfikiran tidak rasional dan prejudis! Mengapa begitu wahai orang kita?



Aku lihat orang kita...masih jahil budi bahasa. Perkara ini yg sangat menyedihkan kerna kita sudah berada di era globalisasi dimana tamadun manusia sudah mencapai tahap hidup yang sempurna. Kadangkala aku jijik melihat orang kita di tempat awam, perlukah meludah dikawasan awam? perlukah memaki hamun orang kerna kesilapan kecil? perlukah rosakkan perkhidmatan awam? dan perkara jijik lain2 yg aku malas nak taip.  Mengapa begitu wahai orang kita?



Aku lihat orang kita...terlalu selesa dengan status "Hak Melayu" sehingga kita terlupa orang lain sedang merancang rencana merampas hak itu.Kita terlalu selesa! Aku teringat bait2 lagu Malique yg berbunyi "Tak kan Melayu hilang didunia, Ya, apa guna tak hilang didunia jika kewujudan tidak dirasa..." . Aku khuatir pada suatu hari nanti orang lain akan kata orang kita orang 'manja'. Mengapa begitu wahai orang kita?



Jadi cukuplah hari ni , banyak lagi perkara2 yg perlu disentuh tetapi aku cuma sentuh beberapa perkara yg aku rasa perlu disentuh. Aku berpesan pada semua dan jugak AKU! ingat kita boleh berubah!




P/S: 'Aku percaya pada cinta pandang pertama dan aku menunggunya pada setiap saat setiap minit setiap jam dan setiap hari'

3 comments:

Anonymous said...

cinta pandang pertama? sape2? **sebok nak tahu. haha

Unknown said...

haha mana ada , itu statement biasa jer :P

Cik Gadis Desa said...

bab p/s tuh terlari dr topik asal apa?