MY PASSION

MY PASSION

Thursday, February 28, 2013

Episod Rutin Cuti

Ya sedar tak sedar dah sebulan lebih aku bercuti di kampung halaman sempena cuti semester pertama. Jadi, dalam cuti yg tak berapa panjang ini aku manfaatkan ia sepenuhnya dengan rutin harian yg juga bermanfaat. Oh ya sebelum tu, result semester pertama aku hurmmmm... [Alhamdulillah, sasaran capai]. 

So, malas nak celoteh panjang sebab aku bukan jenis buat entry panjang...jom tengok apa yg aku buat waktu cuti :) 

1) Setiap petang selepas Solat Asar, akanku ke taman rekreasi feveret untuk berjoging. 

2) Setiap hujung minggu pula akan aku mandikan 3 gadis ni hihihi..

3) Ya seterusnya aku jadi babysitter kepada budak ni...[memang letih beb]

 4) Seterusnya membaca novel & menonton movie 


5) Selain itu, setiap hujung minggu juga aku main badminton bersama anak jiran.

6) Menolong bapak memotong rumput dan membersih halaman rumah

7) Lepak dirumah atok 2 3 malam, tempat ini aku suka sebab jauh dari bingit kotaraya dan manusia. Tempat aku mencari ketenangan.

8) Dikampungku, jiran2 selalu buat majlis makan2 dan ia sudah jadi budaya disini..kami berkelah di tepi padang bersama2 keluarga jiran yang lain. Seronok dan gembira.

9) Ya apabila ada kenduri di kampung, aku juga turut mengambil bahagian menjadi mentara. Seronoknya merewang :) 
10) Bila waktu malam pula, kami sekeluarga akan ke gerai makan sekitar Sungai Petani untuk makan malam. 

Ya hampir bnyk aktiviti yg aku luangkan Pada cuti ini bersama keluarga dan masyarakat kampung. Harus diingat selain bersosial sesama rakan sebaya, kena juga kita bersosial dengan masyarakat sekeliling kerana kita bukan di zaman kanak2 lagi. Sekian.

p/s: Mood nak balik Puncak Alam belum mai, macam mana ni. esok lusa kuliah dah nak start. Adeih~

2 comments:

fazillatul najla said...

jeles nyer dh boleh baca novel setia hujung nyawa tu. diri ini masih mencari merata2 tempat nk bli novel tu, tp, still x jumpa2. =(

Unknown said...

huhu ye ker? tak beli pun, kakak order kak kawan dia :) anway novel lebih best dari drama tv :)