MY PASSION

MY PASSION

Friday, March 15, 2013

Episod Pemikiran Kelas Bawahan

Ya ketika entry ini di layangkan telah  sudah 2 minggu tepat aku masuk 'sekolah' setelah tamat cuti sem sebulan. Baiklah seperti biasa, awal2 ni kelas tiada kelas ganti lagi n kerja sekolah pun belum ramai. So kita enjoys!!!!


Entry ni maleh nak cerita pasal sekolah sangat, muak laah...so aku nak celoteh sedikit pasal benda lain. Setiap hari selepas kelas aku ke taman rekreasi terdekat untuk mandi peluh. Lokasi baru ni just nice, ada 2 biji kolam n trek yang agak luas. Sambil2 kau penat berlari tu boleh la layan permandangan tasik tu kejap.


Dari sudut berbeza.. aku agak kurang selesa pabila ada mulut2 longkang yang senantiasa cemburu dengan apa yg kita lakukan. 

"Alaaaah...badan kau dah kurus sekeping kenapa perlu berjoging?" "Alaaaahhh, joging ni poyo jer lebih,bajet hot kot" 

"Alaaaahh kau senam kat rumah jer lebih baik"
"Alaahhh zaman sekarang main gym la, apa cer pergi joging kat taman"

Adakah anda2 pernah dapat ayat sebegini? Bagi aku berjoging BUKAN untuk kurus!Tidak semestinya! Aku berjoging kerna kesihatan dan untuk cardio. Aku bukan orang kaya nak bayar yuran bulanan gym tu, aku just gunakan kemudahan yg percuma ini. Ah pedulikan mulut2 longkang tersebut. Mereka sebenarnya super loser dan tahap pemikiran kelas bawahan. Haih marah betul ni. Betul kata orang, perkara baik kita lakukan mesti ada orang yang tidak terima. 


Dari sudut berbeza lagi, selain dapat menyihatkan badan , minda kita juga akan sihat. Apabila di taman rekreasi, aku dapat lepaskan stress atau masalah yang dihadapi. Jadi aku nak buat promotion sikit, marilah, marilah kita bersenam dilokasi yang sesuai untk bersenam :) Jangan bila tua dah banyak penyakit baru mula nak bersenam. Think about it bro!



*Aku perlukan kasut sukan baru. Yang lama sudah haus tapaknya :( 



p/s: Ditaman rekreasi juga dapat cuci mata hehe... mana tahu jodoh ketemu di taman rekreasi nanti :) .Perhaps.

No comments: