MY PASSION

MY PASSION

Thursday, March 28, 2013

Episod Nyah Kau Virus Shortcut Giler!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kelas  habis 6.30 petang, ya aku kurang suka kelas yang tamat lewat petang begini kerana bikin otak aku seperti enjin motor yang tidak laju. Petang ni juga ada group discussion dalam kelas, bertambah slow la "enjin motor" aku tu. 

Ok selesai mukhadimah, sekarang aku nak share something yang bermanfaat kepada anda2. Kepada yg belum tahu inilah entry yg sesuai untuk anda, hal ini kerana aku akan tunjuk 1 tutorial cara mudah untuk membuang virus shorcut yang sangat berluasa tambah2 di tempat aku belajar ni. Anda2 pasti tension kan bila cucuk USB kat komputer lain pastu sedar2 fail2 anda telah dinjangkiti virus bernama Potong Pendek dalam B.Inggerisnya ShortCut. Oh My English :P

Pertama sekali saudara/i kenalah muat turun 1 sofware yang diberi nama "Virus Shortcut Remover v3" . Software ini aku dapat tahu developernya ialah pelajar/staff dari UiTM yang menggelar dirinya sebagai sYaM92x . Apa benar? Boleh jadi sebab logo pada software ini tertera logo UiTM. Itu pandangan aku sahaja, jika benar TAHNIAH!

1) Muat turun software ini dahulu--> http://www.mediafire.com/?nv62m30bkbl5bt4

2) Sudah install ? Ok  buka sistem ini dan klik Pendrive

3) Sekarang pilih lokasi pendrive anda itu sama ada ia berada di (F:),(G:) atau (H:)

4) Selesai? ok sekarang klik scan, tunggu sekejap sementara system sedang running dan mengenal pasti file yg telah kena virus shortcut.



5) Apabila siap scan, sekarang anda dikehendaki klik button DELETE , perhatian, button delete ini buka bermaksud delete file anda, ia sebenarnya akan delete virus itu sahaja .


6) Siap! Selamat mencuba. Saya sudah cuba anda bagaimana? 

p/s: I'm not a sweet talker. But a dangerous stalker. 

No comments: