MY PASSION

MY PASSION

Wednesday, March 27, 2013

Episod Tips Sihatkan Tubuh Badan Kamu Itu

Minggu ni macam nak taruk entry pasal kesihatan pulak lah. Jom tengok beberapa tips pasal nak jaga kesihatan cara mudah :). Mengapa perlu berbelanja lebih?

1) Makan Perlahan-lahan
Jangan makan terlalu cepat sebab takut udara akan terkumpul di dalam usus perut kita dan seterusnya akan menghasilkan perut mula naik (buncit bro). Pastu bila kunyah tu biar kasi hancur kaw2 baru telan untuk kasi usus cerna dengan sempurna tanpa kegagalan. 0k bro?

2) Jangan Bersulam Air Ketika Makan
Ha ini aku selalu tengok orang kita makan sambil sulam minum air. Tidak elok tu bro. Seelok-eloknya jgn makan bersulamkan air sebab ini membuka ruang kepada perut anda untuk membuncit.  Semolek-moleknya minum selepas beberapa minit selesai makan. AWAS, minumlah air segera jika anda tiba2 tersekik tercekik tak memasal van putih datang rumah :)

3) Kurangkan Garam Dalam Makanan
Kepada yang suka suka makan makanan masin ni ingat. Terlalu banyak garam dalam makanan akan menambah ekstrak sodium dalam tubuh kita dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan (berpeluh). so bila lama-lama, buncit la jadinya bro! Tak nak jadi macam ni kannn?

4) Kuranglan Minuman Bergula Dan Soda
Ya ini memang aku tidak nafikan , rakyat M'sia khususnya memang suka ambil gula berlebihan dalam minuman. Tak sempurna minum jika tidak manis kata mereka. Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha dalam kempiskan perut anda2. So, moh la kite kurangkan gula dalam minuman dan lebihkan senyuman (terbaik). Jom kita minum air mineral 6 gelas sehari jom kakak2 dan abang2!

5) Makan Makanan Ynag Penuh Serat
Ok, serat sangat penting dalam tubuh badan kita ini, ia elemen penting dalam piramid makanan. So jangan cakap banyak, jom makan sayoq banyak2, makan banyak ulaman lagi mantop :) 

6) Tinggalkan Makanan Ringan.
HAHAHAH (terketawa pula) okayyy ini aku tewas. mana boleh tinggalkan cekedis beb, tak best la nak tengok movie nanti kan...kalau macam tu tidak mengapa, anda2 boleh kurangkan pengambilan makanan jenis ini :) . Kalori makanan ringan sangat tinggi sepeti kentang goreng dan sebagainya. Sekali sekala itu bolehh :) 

7) Henti Makan Lewat Malam
Tips ini aku sudah aplikasi dalam rutin semenjak dua menjak ini. Sebab apa beb? sebab makan waktu lewat malam menyebabkan perut kita gagal untuk membakar lemak berlebihan ketika kita tidur nyenyak. Jika saudara/i masih kekal aktiviti liwat lewat malam ini jua, maka lemak2 itu akan kekal dan perut anda2 makin membesar dan membesar dan POMMM!!! Takut ke bro? 

8) Senaman 
Ya aku kaui, ramai remaja dan golongan berumur mula sedar kepentingan beriadah dan bersukan ditaman2. Hal ini terbukti pabila setiap hujung minggu pasti sesak di taman2 rekreasi berdekatan. Bersukan akan membantu mengeluarkan cecair lebihan dalam perut melalu peluh dan membantu pemecahan peluh dalam badan kita :) :) 

9) Semangat Itu Penting
Semangat itu penting beb, tak berguna juga jika minggu ni kita amalkan diet sihat tetapi datang minggu depan hancur lebur jadinya pogram diet kita itu. Jadi, ayuh letakkan sasaran anda dan kuncikan ia ketat2. 

Haihhh dah macam pakar nutrisi pulak dah ni. Tidak mengapa aku saja nak kongsi apa yg ku tahu dan apa yang anda tidak tahu :) 

p/s: Dimana ada usaha, tawakal dan berserah, InsyaAllah kejayaan hak milik!

No comments: