MY PASSION

MY PASSION

Saturday, October 27, 2012

Episod Berhabuk Berdebu Bersawang

Assalammualaikum:)

Rasa lama tak datang melawat Helmet Putih ni. Sebuk sangat ker kau ni :) hehe maafkan aku helmet putih :)

Status aku sekarang seperti dulu seperti dahulu aku ulang seperti dulu. Keep single . (Perlu ke?)

0k aku sambung pengajian aku di peringkat seterusnnya di UiTM Puncak Alam, Selangor. Dengan mengambil Bachelor in Heath Administration (HONS). Yer aku tukar bidang pengajian aku . sebelum ni kan amik kos lain . Nak buat macma mana jodoh aku dengan OT tidak lama. Aku ditawarkan ke kos baru ni H.A , aku terima seadanya kerana memang niat aku nak sambung degree walau mcm mana sekali pun :) Perjalanan cita-cita aku hampir lengkap sekarang . Cita2 yang aku idamkan sejak dari bangku sekolah rendah . Cita2 yang hanya tinggal satu step lagi utuk direalisasikan .

Aku ada buat rayuan jugak untuk masuk OT , aku dan rakan hantar pada KJ , Yer la saper tak nak sambung degree dalam jurusan yang sama kan. Tapi keputusannya negatif :(. Sehinggalah baru2 ini aku terserempak KJ OT dalam lif. Aku diamkan diri sebab bajet dia tak kenal aku. Tapi dia sapa aku dulu, "awk ni presiden OT yg lamakan?" .Aku waktu tu fuhhhh masih ingat lagi yer saya. "errr haah".
Dia cakap "asal tak masuk OT? saya dah terima rayuan awak tu"  aku "errrrrrrrrrrrrrrrrr" what!!! aku tidak tahu punnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn~! Then baru aku sedar yg aku dah diserap masuk ke fakulti lain dan tidak dapat ditukar lagi. Oh sedihnya ketika itu:( . Tapi tak mengapa lah Encik, saya dah 1 bulan lebih bersama ngan keluarga baru ni, saya selesa dan bersyukur :) mungkin ada hikmahnya disitu:) .Jurusan baru aku ni senang cakap untuk jadi manager, dah tu jer. Malas nak citer lebih :)

 Ok semalam hari raya qurban , masih x lambat lagi aku ucapkan selamat hari raya qurban pada semua:) Raya Idul Adha adalah raya terbesar bagi umat islam selepas raya AidilFitri:). OK aku termakan lebih  daging qurban , harap tiada masalah kelak:)

Aku cuba untuk jadi seorang lelaki yang lebih bersifat terbuka dan matang . Aku cuba  tak cepat melatah jika ada sesuatu berlaku tanpa fakta dan usul periksa. Tidak mahu jadi prejudis dan bias:) . Sejak dua menjak ni aku acapkali diuji dengan pelbagai cara. Aku hadam ia dengan tenang:)

Ok sebut pasal kewangan , hutang aku akan bertambah kelak hal ini disebabkan aku baru sahaja mendatangani perjanjian dengan PTPTN untuk pinjaman kewangan. Hutang  diploma belom lagi aku setelkan dah datang hutang baru :)

 Pada bulan ni aku dikejutkan tok wan aku jatuh sakit tiba2. Aku terkejut sebab setahuku tok wan tiada sebarang  penyakit , mugkin itu ujian Allah kepadanya. Karakternya sangat berbeza dengan sebelum ini . dahulu dia seorang pandai berjenaka, tegas, suka bercakap, Garang dan sebagainya. sekarang dia hanya mampu baring dan diam seribu kata :(  . Raya qurban ni, wan aku sambut diatas katil sahaja :( so sad.

p/s: By the end of this month aku bercadang nak gantikan henpon aku yang lama tu. Yer la dah uzur dah pun, tapi mak larang sebab membazir hemmmm camon mak, itu duit gaji saya :)  Doakan aku dapat beli yer. 



4 comments:

ChEnTa ZeDa said...

untung lah dh berada pd level degree.. gud luck fren.. study leklok. :)

Unknown said...

eh zeeda, ko pun huntung dah bekerja, dapat duit untuk simpan :) tahniah :)

Unknown said...

anyway gudlak senior..xtau la kteorg ni ade peluang ke x sambung degre ot...

Unknown said...

cik mun- InsyaAllah boleh :) . terus berusaha! :)