MY PASSION

MY PASSION

Saturday, November 3, 2012

Episod Apabila Aku Naik Darah !

Ok mood sekarang down giler, masih membara, masih panas, masih berapi,masih fedap! sebab? akanku cerita, persiapkan telingamu. zasssssss! 

Aku Saiful , dijadualkan pulang ker Puncak Alam pagi 3/11/12 jam 10.45pagi. Semua yang dirancang tidak menjadi setelah ada satu perkara berlaku distesen bas  ..... Pagi tadi aku sound mamat jual tiket bas ni, ada ke patut aku beli tiket seminggu awal dikaunter, tapi dengan senang lenang dia datang dengan salam tak kasi, suruh aku dan adik turun dari bas itu. 

Aku tanya kenapa begitu? sila perjelaskan.... dia ckp rekod tiket kami tiada dalam salinan mereka & suruh kami turun dari bas segera. REKOD TIADA???

Hoi brahder, kami beli 2 keping tiket itu di kaunter BAS KMK  iaitu di kaunter yang berdaftar, kami bukan beli dari ulat2 atau pun lalat2 atau pun dari mana2 kutu2 rayau, AKU ULANGI DARI KAUNTER BERDAFTAR! marah betol aku time tu, aku bukan boleh kalau hak kita sebagai pengguna dicabuli sesuka hati. memang pantang betol!

Apa tindakan aku time tu? Aku suruh adik aku diam jer biar aku yg fight. Aku sound direct jer mamat tu dalam bas, "Bagaimana rekod tiket kami tiada dalam tangan anda sedangkan kami beli tiket dikaunter?  korang langsung tiada sistem yang teratur,dah banyak kali aku perhati sistem korang ni, main jual jer tiket bas pada customer, so bila berlaku pertindihan  tiket mcm ni baru nak gelabah, baru nak pandai2 tukar itu ini!  nak kaut untung jer!, Apa bukti yang rekod kami tidak ada dalam salinan kaunter, sedangkan resit tiket ditangan kami?? Saya tak akan bergerak dari kerusi bas ini sebab saya rasa tindakan saya BETUL!!! Korang salah !! ***brader tu diam dan blah begitu sahaja. 

SEE? Salah siapakah sekarang ini? Yang benar harus diakatakan benar, yang salah harus diperbetulkan , dah la dalam bas tu ramai gadis2...jatuh saham "cool" aku time tu, ah ada aku kesah hak aku harus diutamakan, cool tu letak sebelah kejap hahaha . Bas yang dijanjikan bertolak pada pukul 10.45 langsung bertolak pada pukul 12.00 tghr disebabkan hal tiket bertindih dengan penumpang lain. Bukan aku sorang jer terjadi, 3 org gadis lain turut terjadi kes ini , mereka turut mempertahankan hak2 mereka. Itu aku salute springg! 

Memang silap banyak la brader tu. if i'm fight, i'm fight to the death!. Dah la bas aircond leaking! Perghhh lagi menyirap lah aku , habis basah seluar jean LEVI'S siam aku tu, tapi aku diamkan diri sebab masih ada lagi sifat sabar dalam diri !  Next time AKU AKAN BOIKOT kaunter itu. GRRRRRRRRRRRR  . Sampai di Puncak Alam pada pukul 6.00 petang. Singgah makan McD untuk tenangkan hati :) MEGA MAC kut aku beli haha

P/S: Aku bukan mudah meletup , aku berjiwa cool. Tapi kadang2 tu saper tak meletup kalau jadi mcm ni kan. Akhir sekali , aku mintak maaf pada brader tu sebab malukan dia dikhalayak ramai. (heh, mujur aku masih ada lagi sifat cool :P) 


Jangan bagi penumpang anda marah lagi yer.Sila tingkatkan kualiti sistem pengurusan jualan tiket :) T.Y

5 comments:

repairmode said...

salute la sme u bro..hoyeah2

Unknown said...

heh, terima kasih repairmode :) pertahankan hak kita sebagai pengguna :) hiihi

Anonymous said...

huh. fight same brader tu kasik lesson sikit. heeeee

Anonymous said...

good,dorang tu selagi xkena sound , rasa dorg je yg betol...bravo2..customer always right!!!

LURZAN TAZA LIMAJ said...

pernah kena mcm ni, tp bas sutera