MY PASSION

MY PASSION

Saturday, April 13, 2013

Episod Rumusan Isu Panas ~


Assalammua'laikum,

Minggu ni nak tulis pasal apa eh, kejap nak pikir. Disebabkan minggu ni tiada aktiviti menarik aku, jadi aku tulis jer la apa yg terlintas di fikiran ini. Minggu ni aku lihat pelbagai kejadian atau peristiwa berlaku . 


Pertama: 
Pilihan raya sudah dekat, terasa bahangnya sehingga setiap pelosok lokasi dan antara peristiwa menarik yg aku sempat perhati sebelum hari memangkah pada 5 Mei ini ialah bendera politik pelbagai warna telah di naikkan, jentera2 parti giat berkempen itu ini, pelbagai manifesto dilaungkan yang entah bila mahu dilaksanakan (Mungkin manifesto bukan janji), ketika inilah baru nampak wakil2 adun turun meliwat melawat kawasan yang sebelum ni aku pun tak kenal, di pihak media pula seperti tiada berita lain, POLITIK sahaja menjadi sajian utama MUAK MUAK AKU MUAK , politik kedai kopi pula kadang2 lebih relavan dari politik media TV, Jalan raya yg sebelum ni tak pernah diturap tiba2 mahu diturapnya (permainan politik), Disekitar rumah atau taman pelbagai ceramah politik galak dianjurkan (kalau ceramah ugama tak per jugak). Baiklah itulah serba sedikit mengenai peristiwa yg berlaku sebelum hari memangkah. Tetapi dalam banyak peristiwa yang berlaku ada satu peristiwa yg aku kurang berkenan. Mengapa setiap kali pilihan raya perlu dedah keiaban orang dikhalayak ramai tanpa menyalurkan kepada pihak yang betul seperti polis ker, SPR ker. Aku bercerita mengenai kes pendedahan pelbagai video aksi ranjang yang pelakunya  ialah politicians kita. Satu persatu video didedahkan dan pelakunya ialah bukan org lain, org kita jua!. Tidak perlu menyebar aib org dikhalayak ramai seperti itu di laman web atau blog yang sudah tentu pelbagai umur melihatnya. Aku setuju pendedahan begitu demi kebenaran dan memastikan para pemimpin bersih dari masalah moral TETAPI biarlah salurang yg betul. Apakata beri kepada pihak polis dahulu untuk menilainya dan menyiasat sama ada benar atau sebaliknya. Dan jika keputusannya memang itu benar dan sahih 100% barulah menghukum sipelaku. Ini tak, terus saja menabur fitnah, ...haaa tak pasal2 dapat dosa fitnah "Fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh!". Aku merujuk kepada beberapa blog yang menambah 'perisa' terhadap isu ini supaya ramai pembaca ke blog mereka. Ini permainan kotor beb :) 

Kedua: 
Isu pergaduhan budak sekolah disekolah baru2 ini. Ok aku taknak mengulas mengenai cara mereka bergaduh ataupun mengapa mereka bergaduh ataupun mencari sebab mengapa Lan Todak menjadi begitu famous. Aku nak bawa pembaca ke perspektif yang berbeza. Apa yang aku nak sentuh ialah siperakam aksi pergaduhan tersebut. Inilah bahananya apabila pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit (ha amik kau skemanya bahasa, henfon sudaaa). Itu baru aksi pergaduhan yang dirakam, entah apa lagi aksi yang bakal dirakam oleh pelajar selepas ini di sekolah. Aku menentang isu pelajar dibenarkan membawa henfon, aku dullu boleh jer survive dalam alam sekolah selama 12 tahun tanpa bawa fon. Budak2 skang manja! rapuh! ngengada! Apabila siperakam memuat naik video ini ke dalam YouTube maka inilah akibatnya, satu Malaysia malah satu dunia TAHU. Ini memalukan! Membawa fon kesekolah lebih kesan buruk dari kesan baik. Aku pasti! Jadi dalam isu pergaduhan ini aku salahkan siperakam aksi 'wrestlingmania' itu, biasalah sekolah mana yang tiada kes pergaduahn sebegini, sekolah aku pun ada kes ini  malah lebih dahsyat dari ini siap ada darah2 bagai (seperti aksi Wrestling No Mercy) . Jadi biarlah cikgu disiplin dan lembaga pengawas ataupun pihak polis yg menyelesaikannya. Tengok, akibatnya reputasi sekolah itu pasti tercalar sedikit disebabkan video leaking tersebut. Maruah sibudak yang kena belasah itu pun tercalar , mungkin dia akan stress kerna telah dimalukan di khalayak ramai amnya dan khususnya Malaysia. Semuanya akibat siperakam itu yg tidak memikir kesannya! Sekali lagi aku salahkan siperakam tersebut ! ya  si perakam! 

Jadi cukuplah untuk 2 rumusan itu bagi peristiwa yang berlaku pada minggu ini , aku pun penat ini baru lepas mandi my baby (haip~ motor aku  ler) . Apapun itu pandangan dan cadangan dari aku, nak terima atau tak ikutlah. 

p/s: Adalah lebih mulia jika kau amik video panorama sekolah kau then upload , boleh jugak kami lepas rindu pada sekolah~

"Tak perlu tunjuk kita punya gangsta, orang lain punya gangsta mau taruk mana?"
"Tak perlu dedahkan aib orang, Jika aib kita lebih besar dari itu"

Monday, April 8, 2013

Episod Makan Angin Sampai Kembung

Assalammualaikum, satu lagi episod muncul... 

Aktiviti lepas semayang Jumaat: 
ok persatuan Pentadbiran Kesihatan  ada buat pogram ala2 family day. Pogram diberi nama NeoRetro.  Sepenuhnya berlangsung di UiTM Puncak Alam. Enjoys!



Minggu ni keluarga dan adik beradik dari Kedah datang ke Klang, rumah Mak Su sempena family gathering disini. Jadinya aku tidak lepaskan peluang ini dan turut serta menyertainya. Mak Su datang amik aku di rumah sewa Puncak Alam pada Jumaat malam (Selepas pogram NeoRetro selesai) dan 3 malam juga aku berada disana. Saat paling best adalah dapat lepas rindu pada mak, Mak menangis tengok aku. Mengapa?


Aktiviti : Membeli membelah di Nilai 3
*Pening kepala aku tengok karpet 'ramai' sangat

*Tempah langsuir langsi  langsir sejam sahaja

*Kaum2 ibu sedang berdiskusi, karpet mana ingin dibawa lari :P 

*Cuba menjadi BudakLembu *CowBoy

*Kaum2 ibu sebuk membeli belah, kaum anak2 pula duduk jaga diri sendiri :) 


Aktiviti :  Bermalam di Resort Teluk Kemang

*Apanama resort ni tak ingat 

*Empat budak poiyyooow bergambar


Aktiviti: Ber'banana boat" & bermandi air masin di Pantai Pork Dickson 

*luas terbentang dan angin kencang 



*Gua benci naik banana boat ketika kami diterbalikkan, tapi boleh jadi seronok :) 

Aktiviti : Selepas lotih bermain air dan pasir, lepak di R&R Dengkil, Sate Kajanggggg Haji Samuri :) 

*Sate dia terbalik terbaik der...

*Wajah sebelum datang makanan

*Wajah selepas makanan datang (bikin gumbira) 

Aktiviti : Bermandi lampu di I-City Shah Alam
*Gambar tiada, sebab my camera baterinya habis ketika ini  :( 

Begitulah aktiviti hujung minggu aku bersama ahli keluarga dan sanak sedara. Mak Su kecewa kerana tidak dapat bawa kami di tempat2 menarik lain, tidak mengapa lain masa kami hadir lagi kali ni InsyaAllah kita pegi Melaka pula ya.

p/s: adik aku tak dapat join pogram 3 hari 2 malam ni sebab dia ada Kemahiran Islamiah Insaniah di fakulti. Aku pula ponteng kelas hari Isnin tu sebab tak sempat balik malam :) Adios~ 

Sunday, March 31, 2013

Episod Mereka, Basikal, Bukit Cerakah dan Kepenatan ~

Salam.
Hujung minggu tidak tahu buat apa2, so tiba2 Ahmad Zaidin bersuara mencadangkan pergi ke Bukit Cerakah di Shah Alam. Aktiviti yang kami pilih disitu ialah berbasikal.

Tiket masuk taman itu; Dewasa RM3 Kids RM2
Berbasikal : Sejam pertama RM5 dan jam seterusnya tambah RM 1

Berbaloi !itu yang aku jaminkan...next time kami  mahu plan untuk aktiviti SkyTrecking (aktiviti panjat pokok dan berjalan atas tali). Sesiapa yang berminat boleh la buat perancangan dan ajak rakan2 baru best skit :) Cekidaout~


















Selepas penat berkayuh kami pekena ais krim di gera Fradoo ABC :)
Hari yang penat tetapi berbaloi :) 


p/s: Seminggu 1  entry. Aku mencuba :) 


Thursday, March 28, 2013

Episod Nyah Kau Virus Shortcut Giler!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kelas  habis 6.30 petang, ya aku kurang suka kelas yang tamat lewat petang begini kerana bikin otak aku seperti enjin motor yang tidak laju. Petang ni juga ada group discussion dalam kelas, bertambah slow la "enjin motor" aku tu. 

Ok selesai mukhadimah, sekarang aku nak share something yang bermanfaat kepada anda2. Kepada yg belum tahu inilah entry yg sesuai untuk anda, hal ini kerana aku akan tunjuk 1 tutorial cara mudah untuk membuang virus shorcut yang sangat berluasa tambah2 di tempat aku belajar ni. Anda2 pasti tension kan bila cucuk USB kat komputer lain pastu sedar2 fail2 anda telah dinjangkiti virus bernama Potong Pendek dalam B.Inggerisnya ShortCut. Oh My English :P

Pertama sekali saudara/i kenalah muat turun 1 sofware yang diberi nama "Virus Shortcut Remover v3" . Software ini aku dapat tahu developernya ialah pelajar/staff dari UiTM yang menggelar dirinya sebagai sYaM92x . Apa benar? Boleh jadi sebab logo pada software ini tertera logo UiTM. Itu pandangan aku sahaja, jika benar TAHNIAH!

1) Muat turun software ini dahulu--> http://www.mediafire.com/?nv62m30bkbl5bt4

2) Sudah install ? Ok  buka sistem ini dan klik Pendrive

3) Sekarang pilih lokasi pendrive anda itu sama ada ia berada di (F:),(G:) atau (H:)

4) Selesai? ok sekarang klik scan, tunggu sekejap sementara system sedang running dan mengenal pasti file yg telah kena virus shortcut.



5) Apabila siap scan, sekarang anda dikehendaki klik button DELETE , perhatian, button delete ini buka bermaksud delete file anda, ia sebenarnya akan delete virus itu sahaja .


6) Siap! Selamat mencuba. Saya sudah cuba anda bagaimana? 

p/s: I'm not a sweet talker. But a dangerous stalker. 

Wednesday, March 27, 2013

Episod Tips Sihatkan Tubuh Badan Kamu Itu

Minggu ni macam nak taruk entry pasal kesihatan pulak lah. Jom tengok beberapa tips pasal nak jaga kesihatan cara mudah :). Mengapa perlu berbelanja lebih?

1) Makan Perlahan-lahan
Jangan makan terlalu cepat sebab takut udara akan terkumpul di dalam usus perut kita dan seterusnya akan menghasilkan perut mula naik (buncit bro). Pastu bila kunyah tu biar kasi hancur kaw2 baru telan untuk kasi usus cerna dengan sempurna tanpa kegagalan. 0k bro?

2) Jangan Bersulam Air Ketika Makan
Ha ini aku selalu tengok orang kita makan sambil sulam minum air. Tidak elok tu bro. Seelok-eloknya jgn makan bersulamkan air sebab ini membuka ruang kepada perut anda untuk membuncit.  Semolek-moleknya minum selepas beberapa minit selesai makan. AWAS, minumlah air segera jika anda tiba2 tersekik tercekik tak memasal van putih datang rumah :)

3) Kurangkan Garam Dalam Makanan
Kepada yang suka suka makan makanan masin ni ingat. Terlalu banyak garam dalam makanan akan menambah ekstrak sodium dalam tubuh kita dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan (berpeluh). so bila lama-lama, buncit la jadinya bro! Tak nak jadi macam ni kannn?

4) Kuranglan Minuman Bergula Dan Soda
Ya ini memang aku tidak nafikan , rakyat M'sia khususnya memang suka ambil gula berlebihan dalam minuman. Tak sempurna minum jika tidak manis kata mereka. Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha dalam kempiskan perut anda2. So, moh la kite kurangkan gula dalam minuman dan lebihkan senyuman (terbaik). Jom kita minum air mineral 6 gelas sehari jom kakak2 dan abang2!

5) Makan Makanan Ynag Penuh Serat
Ok, serat sangat penting dalam tubuh badan kita ini, ia elemen penting dalam piramid makanan. So jangan cakap banyak, jom makan sayoq banyak2, makan banyak ulaman lagi mantop :) 

6) Tinggalkan Makanan Ringan.
HAHAHAH (terketawa pula) okayyy ini aku tewas. mana boleh tinggalkan cekedis beb, tak best la nak tengok movie nanti kan...kalau macam tu tidak mengapa, anda2 boleh kurangkan pengambilan makanan jenis ini :) . Kalori makanan ringan sangat tinggi sepeti kentang goreng dan sebagainya. Sekali sekala itu bolehh :) 

7) Henti Makan Lewat Malam
Tips ini aku sudah aplikasi dalam rutin semenjak dua menjak ini. Sebab apa beb? sebab makan waktu lewat malam menyebabkan perut kita gagal untuk membakar lemak berlebihan ketika kita tidur nyenyak. Jika saudara/i masih kekal aktiviti liwat lewat malam ini jua, maka lemak2 itu akan kekal dan perut anda2 makin membesar dan membesar dan POMMM!!! Takut ke bro? 

8) Senaman 
Ya aku kaui, ramai remaja dan golongan berumur mula sedar kepentingan beriadah dan bersukan ditaman2. Hal ini terbukti pabila setiap hujung minggu pasti sesak di taman2 rekreasi berdekatan. Bersukan akan membantu mengeluarkan cecair lebihan dalam perut melalu peluh dan membantu pemecahan peluh dalam badan kita :) :) 

9) Semangat Itu Penting
Semangat itu penting beb, tak berguna juga jika minggu ni kita amalkan diet sihat tetapi datang minggu depan hancur lebur jadinya pogram diet kita itu. Jadi, ayuh letakkan sasaran anda dan kuncikan ia ketat2. 

Haihhh dah macam pakar nutrisi pulak dah ni. Tidak mengapa aku saja nak kongsi apa yg ku tahu dan apa yang anda tidak tahu :) 

p/s: Dimana ada usaha, tawakal dan berserah, InsyaAllah kejayaan hak milik!