MY PASSION

MY PASSION

Wednesday, November 4, 2015

Episod Dulu, kini & selamanya kawan

Dulu kawan,
Tapi kini macam kau dah tak anggap aku kawan.
Boleh aku tahu kenapa?
Oke aku tahu. Aku.

Dulu kawan,
Makin lama aku rasa makin kita hilang rasa kawan.
Aku rasa kita dah putus kawan.
Boleh aku tahu apa punca?
Oke aku tahu. Aku.

Kini kawan,
Tak tahu apa khabarmu,
Tak tahu kemana arahmu,
Keliru denganku,
Benci denganku.

Kini kawan,
Diam bukan cara untuk lari,
Tapi aku tenangkan diri,
Berikan kau sedikit ruang untuk mencari,
Mencari sesuatu dihati.

Selamanya kawan,
Aku bukan rakan, bukan teman.
Kau bukan rakan, bukan teman.
Tapi kita kawan.
Andai terjumpa, aku tak kenalmu.
Aku kenal mu yang dulu.

Selamanya kawan,
Masa kita kian suntuk,
Teruskan hidup untuk hari esok,
Jangan bimbang.
Jangan risau.
Ikut saja jalan yang dirancang.
InsyaAllah sinar baru kan muncul esok.
Post a Comment