MY PASSION

MY PASSION

Saturday, September 5, 2015

Episod Idola Dari Manga

Haih semenjak manga Naruto dah tamat siri hidup ni bosan jer, kalau sebelom ni setiap minggu aku akan tunggu episod baru kat internet tapi apakan daya Mashashi dah tamatkan episod Naruto ni, my beloved mangga. Cuba jugak move on ke manga baru tapi hmm manga lain takde aura sekuat Naruto. Aku cuba sambung layan Bleach tapi mampu layan separuh episod jer lepas tu sampai sekarang belom sambung, member aku cakap One Piece best hmmm kartun dia plak tak hensem2/cun2.

Watak paling aku teruja sekali dalam Naruto merangkap idol aku sape lagi kalau bukan Nara Shikamaru. Pehhhh kalau dalam episod ada watak dia memang aku repeat 2 3 kali. Sebab watak dia yang messy, cool, malas ambil tahu hal remeh, tak cakap banyak tapi banyak berfikir, suka bagi ayat2 deep. Dia ni memang pemalas namatey, tapi otak dia rajin berfikir. Tak hairan lah dalam episod akhir2 tu dia dipilih menggantikan ayah dia untuk jadi plan maker dalam battlefield. 

Dia mungkin orang paling useless dalam kumpulan tapi otak dia yang fikir diluar kotak yang buat dia hebat dan buat orang terkejut beruk makyeh. Dulu masa dalam exam Chunnin (nak jadi ninja) dia gagal sebab lembik macam jelly tapi Hokage (macam ketua kampung) tengok dia ni walaupun lemah tapi orang macam dia ni perlu ada dalam kumpulan untuk jadi plan maker. "Fizikal biar Gred F asalkan otak gred A+". Terbaik!
Malas ambil kesah hal sekeliling

Episod ni paling sedih, sensei (cikgu) dia mati kena bunuh :'(

Ni bapak dia, memang keturunan otak genius weih (bapak dia ketua dalam skuad intelligance Konoha Village)

Shikamaru in real life. OMGOMG

Kalau nampak dia buat tangan macam tu, bukan dia nak buka seal ke ape tapi otak dia tengah bekerja keras tengah cari jalan kalahkan musuh. Love it Shika!


p/s: Seriusly layan manga dari best dari layan drama melayu yang tah pape, cinta cinta cinta puihh. Sorry tak minat sangat drama melayu. Tapi latest drama melayu yang boleh masuk dalam otak aku  ni citer Wadi kat tv3. Best.
Post a Comment