MY PASSION

MY PASSION

Monday, June 27, 2011

yes aku jelez

Ye la sapa tak jeles tengok org lain gumbira je ngan "teman" masing2 maksud aku couple2 ni ha.

Macam mana x jeles beb, kawan2 aku ni ha buat aku jelez...geram jer, dari makan, berjalan, bersembang, duduk sentiasa berhubung dengn BF masing2. Boleh diakatakan henset tu sentiasa ber"vibrate"lah. Henset aku pun selalu jgak ber"vibrate apa, tapi dapat msg dari awek MAXIS  jelah "tempoh aktif akaun anda hampir tamat,sila tambah jumlah..." aku dah relpy tapi dia taknak reply balik.sedih kan?

Aku hanya duduk dan perhati jerlah org tengah bergayut n bersms nih.
nak ajak bersembang pun tak boleh cuz takut ganggu kan.. dah takda GF tu duduk diam2lah jgn ganggu org!!!



Panggilan dan msg tu tak la penting pun aku rasa, just nak tanya "wak dah mam lom ni?" "kat mane tu wak?" " "take care tau syg"  tapi ia cukup buat seseorang tu terasa disayangi bukan? wahhhh sweet ar
Kadang2 tu aku tengok kan, cam seronok jer call sambil tersenyum2, SMS pun tersenyum2...tempoh bergayut tu bkannya 2 3 4 minit..hemmmm lama lagi kalau boleh la. Aku perhati suma tu.

Kadang2 tu aku tengok kan, dalam perjalanan nak ke kafe semua kawan aku tu tengah bergayut n ada yang bermsg dengan org trsayang. Hemmm aku time tu memang diam jer lah, trasa JELEZ tau ark!!!!! nak jgak AKU bergayut n msg mcm tu. Dengan sapa? hantu? again aku jeles  .. . .

kadang2 aku rasa mcm korang tak perasan aku kat sebelah korang, tapi kita slalu jalan bersama bukan? oh terlupa korang tengah bergayut dan sms hmmmm

 kredit hanset aku makin bertambah jer, tak berkurang pun. asal tamat tempoh aku topup asal tamat tempoh aku topup begitulah....


p/s : kepada rakan2 aku ni aku ucap trima kasih kerna kasi aku JELESZ selama 7 minggu bersama korang. Perasaan tu sentiasa muncul. Aku masih suka waktu sunset yang indah ni

Sunday, June 12, 2011

kisah si wallpaper yang indah

setiap kali aku buka page ni . .  rasa tenanggggg je.
wallpaper ni mmg aku suka lah...
aku tenung sampai boleh berangan aku berada dalam hutan indah ni...

satu pagi hari. . .

aku berangan aku berjalan dalam hutan tu sambil ditemani kicauan burung kedidi...
perghhhh . . .

waktu pagi memang best, cuz embun  still ada...terasa nyaman jer

penat aku berjalan, aku bersandar sebentar di sebatang pokok ketapang...aku lihat awan biru terang, mataku bersinar dek kerna kilauan cahaya matahari yang muncul dari celahan daun2 pokok ..
hati aku rasa makin tenang....
dengutan nadi aku berdenyut selari denyutan jantung

tetiba sehelai daun kering luruh dan jatuh di dahi aku...
aku tenung daun tersebut dan ku nilai ia...beginilah kitaran kisah hidup dedaun yang muda akan berada diatas, dedaun tua akan berada di tanah siap sedia untuk dimamah tanah...

ku pejam mata rapat2 . . . hemmmmmm...indahnya ciptaan tuhan

pabila aku buka mata...ah demm tul lah..slide presentation aku x siap lagi lah!!!
spoil tol lahh org tengah berangan ni...haishhhhhh

p/s: apa2 pun aku mmg suka wallpaper blog aku ni..tat's y aku x nak tukar, boleh berangan macm tu slalu kan..next time aku nak mcm tadi jugak..harap x da gangguan lagi...plezzzz:)

Tuesday, June 7, 2011

sepi seketika , , ,

wassap wassap ! salam berirama . . .


"hmmmmm lama rasanya kau x tulis something kat sini Pul?? aku dok tunggu episode baru kau ni...bajet x ckup ke nak buat episode baru...? ate kau ckp episode semalam lebih best hari ni kan..."


"ehem, bkan pasal bajet ler kawan oi..."


"so, why, human being?"




"buka mata jam 6.15 pagi - lihat kalendar kejap buang seminit dua - amik tuala kat pintu dan mandi - pastu mengadapNya - then bancuh milo+makan biskut xsedap - pakai baju uniform praktikal+pasang aksesori (punchcard,pen,dompet bla3 thing) - buka gate umah dan bejalan ke Hospital  7.30 pagi - sampai pukul 7.55 pagi letak beg - buka komputer tengok diagnose patient+wat revision skit - masuk bilik peadriatic sambung buat daily log book yang xsempat siap semalam - siap, tunggu patient datang sambil mengeluh "huhhhh patient hari ni 17 orang jugak termasuk child physical n psychiatric - aku handle child psychiatric, ika kawan aku handle physical - patient psychiatric serius penat layan, malas aku nk crita karenah mereka - rehat sejam umpama nikmat sementara yang akan di tarik balik, sambung layan patient untuk sesi petang - sapa tengok muka aku dapat tahu betapa lotihnya - supervisor kasi keja lagi due date minggu depan - sambung buat projek lagi - tambah projek lagi - dan lagi - badan aku makin menulang dek serabut - punch card pulang jam tepat 5.00 petang - pulang dengan muka tiada senyuman ikhlas - sampai umah sambung buat projek, cari maklumat, siap patient report, siapkan school visit report, siapkan daily log, buat slide presentation( kes Turner Syndrome) - jam 10.00 mata separuh tutup ,jam 10.30 mata tutup -ZZzZzzz . . - buka mata jam 6.15 pagi - lihat kalendar kejap buang seminit dua - amik tuala kat pintu dan . . . ."


"wo wo wooo ! ! kalau mcm ni sampai raya korban taun depan pun x abis citer nih .. "


"ha itu la jawapan kepada soalan kau tadi sahabat, bayangkan itu la rutin aku 7 minggu beb haa...xda masa nak post episode baru...."


"ohhh .. . xpa2 kau rilaks ja beb.. didalam kesempitan manaskali  pun, kita  masih ada ruang untuk bernafas"


"ok2 tenk, tapi aku cuba usahakan post episode2 terbaru yang panas hehe..."


p/s: ujung minggu bersama phamily sekitar SP tenangkan fikiran...dengan makannnnnnn  hahah

Thursday, May 5, 2011

sejam dua di TESC*

hemmm petang yg dingin . . ." jom teman kak beli barang rumah kat TESC*?"
hemmm petang yg sunyi . . . " ah, jom lah lama x pi membeli dan membelah ni"
hemmm petang yg berangin . . . " mak ngan adik pun ikutlah skali jom lah"

        ahaha peuang begini jgn dtinggalkan beb! ahaaa itu mksudnya akak aku ber"gaji" ler tu, dalam erti kata lain dwet dia tengah ramai haha, kita gunakan kesempitan ini . ..hemmmm eh kesempatan ini untuk menapow akak kita keh3(sory skit,akak aku lah)

ok, apa yg menarik dipandangan aku sejak berpusing2 dengan troli dalam tu . . . ada satu lorong ni membuat aku terdiam seketika,terpaku sebentar, tercegat sementara, terbisu sekejap . ..
kenapa?why? . . .



megi sahaja, ambil ruang 2 baris,side kanan dan kiri aku,perghhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.aku pun tertanya2, rakyat malaysia dah x mkn nasi kew? begitu bnyak sekali maggi yg dipasarkan hemmm aku selaku ank dari negeri jelapang padi terasa terkilan jugak...kan megi itu x baik untuk kesihatan . .
"tapi kau pun mkn jgk hapa, sembang laju jer hang ni huh!?"
"yela x salah mkan mkanan segera, cuma kurangkanlah pengambilannya,jgn jadikan ia habit"

ha cer kita mkn coklat ke,mcm customer kat atas lakukan,

"bukan ke menambahkan lagi mslah?mcm obesity"
"ye la aku amik coklat 'coz nk naikkan berat badan ak ni ha,lagi satu kajian menyatakan coklat boeh kurangkan stress,xgitu"

ni pun lagi satu . . .cekedis, melambak2 banyak nya aku tengok . . .sudah pasti sasarannya adalah kanak2(dewasa pun tibai semacam jer).bukan ke jajan macam ni ada MSG? n others food additives. ia akn menyebabkan kanak2 malas nk berfikir dn layu jer

"alah kau pun masa kecik dulu2 pun makan jugak apa?asal diam?"
" . . . . . ... aku mkn sikit jer aaha " 

"ha tengok tu aku nmpak ada twisties prisa chilie tu!!! ha kntoi kot lu brader !!!"
"erkk . .. ."

time untuk pembayaran...aku baru perasan sesuatu kat  atas lantai  ni..
'JIKA ANDA BERADA DIBELAKANG GARISAN HIJAU,KAMI AKAN BERUSAHA MEMBUKA KAUTER BAYARAN LAIN UNTUK ANDA'

wahhh ini bagus ni mesra pelanggan, so aku pun nak la uji kebersanan benda ni, aku pun tarik troli aku ke blakang garisan hijau ni skit pastu aku pun buat muka seposen ahaha. . .so? zassss . . datang sorg casher dari mana tah trus bukak kaunter baru sebelah aku hahahhaa (effective tol lah), harapnya ia berterusan . .. TESC* !

setel bayar,isi perut lak ngan KFC
"hey, ini pun x baik untuk kesihatan jugak apa!!!"
"yes memang!!! tapi x mengapa kalau kita sekali sekala kan huhu"

p/s: moralnya, kesedaran itu penting..xsalah mkan junk food ni,tapi berpada2 lah . . kesihatan mau jaga jua ek . .tapi kalau dah itu makanan saji kalian... .what im gonna say? im already give some advices . .. salam.

Saturday, April 30, 2011

alhamdulillah syukur . . .

yeah dengan ini sya istiharkan minggu exam melabuhkan tiranya untuk semester ini
dengan berakhirnya exam trsbut maka misi kepulangan ke pangkuan bonda dan ayahanda pun bermula
(wah kau mcm baru balik berperang ja)
(yela, aku pi berperang apa .. . . perang dengan soalan exam .  .perang gak tu kan, aku menang kalau aku dapt jwap & aku tewaz kalau aku x dapat jwap )

(hemmm ok2 .  .ic your point)






tapi satu gi msalah, tiket bas abis plak dah  . . .
aduyai . .. .so aku n adik plan kali ni kami tekad balik dengan KTMB .apa dia tu? keta api lah
actually, it's my frst time naik ulat panjang tu hehee










yeah balik rumah naty aku nak gomoi3 dengan ank sedara aku yg dah 2 tahun  . ..
sedap oh gomoi2 ngan dia,,,meh tengok skit
ahaha macam cincan jer,, , letih bejalan bnyak sgt . . tertidur atas bahu abah dia

ha buat mulut itik lak dia noo

ni baru la riang raya kanak2

apa yg aku suka kat budak ni selain cubby, mata nya . .

what!!!??

ups dengan paklang dia , kami 2 minat M.U hehehe

p/s: tunggu paklang balik ye . . kita gusti sama2 hahaha (sure aku menang)