MY PASSION

MY PASSION

Saturday, August 30, 2014

Episod Jom Jadi Buah-Buahan?

Assalamualaikum.

Ada sesuatu nak share minggu ni. Jom baca...

1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.


3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.

4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.

5. Jadilah setangkai petai bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.

6. Jadilah kelapa
Semakin tua semakin pekat santanya
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.

7. Jadilah manggis.

Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu jugalah ulas isi di dalam. Maksudnya: kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.

p/s: Rindu itu fitrah dan rindu buat kita tidur susah.

Wednesday, August 27, 2014

Episod Jika Kau Sedih

Ketika kamu berasa sedih,
Pejamkan matamu dan katakan dalam hatimu ,

" inilah perjalanan hidupku .. Allah Ta'ala yang letakkan aku disini .. Semua ini perancangan Allah .. Jadi , aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya diatas setiap ketetapan-Nya .. Dan aku terima Qada dan Qadar diriku .. Sesungguhnya , setiap sesuatu itu ada hikmah-Nya .. Terima kasih Ya Allah , kerana mengasihaniku " .

Selepas itu , buka matamu dan senyumlah 

p/s: Dihati ini hanya Tuhan yang tahu, Dihati ini ada rasa rindu

Monday, April 14, 2014

Episod Kau Rasa Kau Bahagia Tak? (part ll)

Assalamualaikum,

Mari, minggu ni aku akan habiskan lagi 5 sebab mengapa hati kita tak bahagia. 

1) Tidak Sabar
Orang tidak sabar selalunya cepat naik marah. Bila lambat sikit jer terus melenting, kalau rasa nak marah tu anggap la ia sebagai ujian untuk melatih diri kita menjadi lebih sabar dan tenang. kalau kau tenang orang lain pun tenang, tapi kalau kau tak sabar, orang lain akan hilang sabar dengan kau. OK?

2) Ego
Okay, manusia mana tak ada ego, tambah2 kaum adam, dia punya ego tinggi melangit. Ego ni tejadi bila kau rasa kau dah perfect dan tak mahu terima teguran. Silelaki pembina ego, siwanita pemusnah ego. Tapi kalau dah dua2 ego kan dah tak bahagia :)

3) Riak
Riak dengan kebolehan diri sendiri, ingat Allah boleh tarik sekelip mata sahaja apa yang kau miliki tu. Jadi jangan riak, orang tak nak kawan. Apa kata kau share kebolehan kau tu dengan orang lain. Orang suka, pahala pun dapat :)

4) Cinta dunia
Masa kini, orang lebih suka kejar kebendaan. Memang dunia kini perlu berdaya saing tapi biar seimbang, baru cantik :) Bila terlalu banyak hutang, kau fikir kau bahagia? ***aku pun dah banyak hutang ni,PTPTN

5) Pencuri Masa
Sejahat-jahat pencuri ialah pencuri masa. Ada dua perkara yang akan sentiasa mencuri masa kita. Pertama, orang yang terlalu memikirkan perkara yang telah berlaku. Kedua, orang terlalu memikirkan perkara yang bakal berlaku. Jadi jangan terlalu berfikir, hadapi dengan tenang


Tahniah pada Paklong dan Maklong, dapat menantu lagi :) 

p/s: Jangan buat fitnah, fitnah itu lebih kejam dari membunuh. Kata2 kau boleh membunuh maruah orang. Kau nak jadi pembunuh?

Saturday, March 29, 2014

Episod Kau Rasa Kau Bahagia Tak? (part l)

Assalamualaikum,

Secara jujur, pernah tak korang bermonolog sedemikian?

"Kenapa orang lain bahagia tapi kenapa aku tak bahagia?"

Kalau ya, anda normal. Tak semua orang bahagia dan tak semua orang tak bahagia. Kadang2 Allah beri kebahagian dahulu kepada kita , kadang2 pula Allah beri ujian yang besar dahulu kemudian baru kebahagian. Jadi minggu ni aku nak cerita 5 sebab mengapa hati kita tak bahagia, asyik gundah gelana jer kan. Jadi mari kita tengok satu per satu.


Gambar kelas , kami bahagia sebab kami BAHAGIA ler :P

1) Pemarah
Orang yang ada sifat ni sentiasa rasa gelisah dan tidak tenang, ada saja perkara yang tak kena pada mata kasarnya, riwayat dari Bukhari dan Muslim menyatakan orang yang kuat ialah orang yang boleh mengawal kemarahannya, jadi orang kuat pemarah ni lemah lah yer :) Jangan nak marah2 sangat bro, pergi amik wudhuk dan solat sunat 2 rakaat. Jangan tunjuk sangat kemarahan pada orang, orang lain punya kemarahan  nak letak mana? 

2) Pendendam
Bagi orang pendendam, memang sukar menghilangkan dendamnya, apatah lagi kawan baik yang buat kita jadi pendendam. Dendam selalunya terjadi bila orang yang kita percayai telah tikam belakang kita satu kali, malah berkali2, islam tak mengajar kita untuk bermusuhan, jadi sebab itulah kita perlu maafkan orang lain walaupun ianya bukan salah kita. Barangsiapa meninggalkan pertengkaran, padahal dia yang salah, maka akan dibangunkan untuknya rumah di sekitar syurga. 

3)Hasad dengki
Aku rasa aku ada terang pasal benda ni dalam entry yang lepas2. Jadi  senang cerita hasad dengki ni datang bila kau fikir kau ni mulia dari orang lain, sebab tu tak bahagia bro. Jadi jom kita bersangka baik, buang hasad dengki tu, mungkin hari ni bukan tuah kau, mana tahu esok lusa tuah datang kat kau dengan taming sari sekali. Amacam? challenge accepted!

4) Bakhil/kedekut
Anda seorang yang jenis kedekut? sukar untuk berkongsi dengan orang lain? Takut harta anda habis jika bersedekah? Jika ya, maaf anda memang tak bahagia, Allah suka orang yang suka berkongsi harta benda/ilmu dengan orang yang memerlukan. Kalau kau kedekut dengan orang yg perlu pertolongan, kemungkinan orang pun akan kedekut dengan kau, jadi bila kau dalam kesusahan, kau pikir orang yang tadi tu akan tolong kau ker? tak bahagia brooo..kan?

5) Tamak
Jadi kedekut pun salah, jadi tamak pun salah jadi nak jadi yg macam mana? jadi biasa2 ja bro...teori dia mudah jer, jika hari ni kau dapat RM100, esok kau nak RM1000 dan seterusnya, jadi sifat tamak tu mula menguasai diri kau, syaiton apa tah lagi, bukan main syok la. syaitan yang gembira, kau yang tak bahagia. Apa cer?

So, itu jer buat santapan minda minggu ni, thanks atas lawatan ke blog murahan ni. jadi minggu depan aku akan habiskan lagi 5 mengapa hati kita tak bahagia. 

p/s: Bahagiaku Deritamu, Hatiku Hatimu, Siapa tahu, Kau tahu?

Saturday, March 8, 2014

Episod Kenali 10 Jenis Perangkap (part ll)

Yosh, 

Amacam dengan hidup kau sekarang, ada ok? hope better la noh. Alrite minggu ni aku nak habiskan lagi 5 jenis perangkap syaitan. Hopefully, lepas korang baca ni jangan  cuba2 nak jadi syaitan plak, xbaik perdajalkan orang...ok. 

6) Suka Pandang Rendah pada orang
Pandang rendah ni bukan bermaksud kau pandang orang yang ukurannya rendah, tapi kau pandang rendah pada kebolehan orang lain. Perangkap ini terjadi bila kau rasa diri kau perfect dari orang lain, again syaitan win! Ok kau pandang rendah pada orang, tapi ada kau pikir orang pandang tinggi pada kau? Think man

7) Tak Suka Terima Teguran
Ok perangkap ni sama la dengan yang atas, bila rasa diri ni dah sempurna, bila ilmu penuh didada, bila sudah berada diatas, bila kau besar kuasa tetapi bila ada seseorang tegur perubuatan kau, terus melenting. Syaitan akan berbisik ditelinga kau supaya memaksa kau mengakui apa yang kau buat tu semua benar belaka, walhal ianya tak!!! Sekali lagi kau tewas pada setan, setan!!

8) Bangga diri
Antara penyakit yang menimpa orang-orang yang dikurniakan kelebihan oleh Allah ialah ujub. Kadang-kadang kelebihan itu tidaklah seberapa mana, tapi kalau ada penyakit dalam hati, timbullah ujub. Again syaitan winnnnn totally. Jangan bangga diri, kelak kau lupa diri, merana diri.

9) Suka berangan
Yang ni memang aku akui, aku pun tewas dengan perankap ni, berangan ni dah sebati dalam diri kita tapi satu jer masalah berangan ni...terlalu banyak imaginasi bikin kau leka siapa diri kau sebenar. Tak salah berangan, cuma apa kata letak sedkit usaha dalam berangan kau, kelak tak la sia2 berangan kau tu....nak berangan dapat bini lah, jadi apa usaha nya ? masuk la meminang kah3

10) Buruk sangka
Ni lagi satu perangkap baik punya. Tipikal orang kita lebih cenderung untuk berfikiran buruk sangka daripada berprasangka baik. Apa kata kita tukar sikit, jom berprasangka baik dahulu sebelum ia tukar menjadi buruk. stay away from seytan okeh.

okeh ni selesai sudah 10 perangkap syaitan yang mangsanya sudah tentu kau, eh  kita! so stay safe stay alive. AL-Fatihah buat keluarga mangsa yang beragama islam yang terlibat dalam nahas pesawat MAS terhempas. Takziah diucapkan, aku sedih dan bersimpati sangat :(

p/s: Terlalu mengharap sesuatu hingga terlupa untuk berusaha, Terlalu leka berdunia hingga terlupa ia hanya sementara.

p/s 2.0: sekarang ni kalau cakap 'yes i'm still single' memang kena bahan ke? Memang satu kewajipan ke untuk berkapel? kalau tak kapel memang dicop sebagai kolot ker? hey aku memang tanya kau!