MY PASSION

MY PASSION

Thursday, September 12, 2013

Episod Perasaan Datangnya Dari Kawan

Assalamualaikum, 

Hari ni macam nak share sesuatu berkenaan perasaan, cewahhh, aku bukan Dr.  Cinta malah tak pernah merasa cinta, jadi tak salah kalau aku berbicara berkenaan perasaan kan kan kan? PERASAAN- apa itu? Perasaan adalah satu emosi atau makna kata lain spiritual yang mesti ada pada setiap insan, perasaan boleh jadi sedih, gembira, marah, ,suka, benci dan cinta. CINTA?  Hurmmm dalam banyak2 perasaaan, perasaan cinta yang aku nak bicarakan ni, cinta pada Allah, cinta pada Rasul, cinta pada manusia dan sebagainya.

Cinta pada manusia boleh jadi baik dan sebaliknya. Jadi ini isinya,
  1. Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
  2. Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia. 
  3. Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
  4. Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya. 
  5. Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
  6. HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya. 
  7. Istikharah – Bila hati terasa lapang itu tanda jodoh yang baik dan sebaliknya. 
  8. Lelaki soleh digalakkan kahwin dengan perempuan tak solehah, Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh.
  9. Luah perasaan nak kahwin pada wanita boleh tapi bukan dalam keadaan khalwat. (cth depan mak dia) 
  10. Hendaklah kamu pergi melihat dulu perempuan itu, baru berkahwin. Makruh tak tengok. Yang dah couple tapi akhirnya bernikah, wajib bertaubat juga dosa-dosa couple lepas.
  11. Yang dah tunang bawa tunang gi jalan-jalan boleh tapi kena bawa mak ayah dia sekali. 
  12. Kalau dah berkenan, pergi ke rumah merisik dan bertanya jujur & ikhlas nyatakan hajat nak kahwin.
-Pesanan diatas di petik dari pesan-pesan UAI. 

"Pada mula berkawan memang mengakui sebagai kawan, lama kelamaan si adam tidak sedar keakraban berkawan itu menyebabkan hati si hawa telah terpikat padanya" -- sering terjadi

p/s: Kadang2 aku terleka-terlupa, berkawan dengan kaum hawa terlalu rapat boleh mainkan perasaan mereka walaupun kita tidak berniat , disebalik berkawan mereka bina perasaan. 

p/s 2.0: Wahai lelaki, berkawan dengan wanita usah sampai usik perasaannya. Hati kita tiada apa,  tapi hati mereka merana~



p/s 3.0 : Jika aku dipulangkan ke masa silam, ku pilih zaman sekolah rendah, zaman tidak kenal apa itu perasaan cinta. Bebas berkawan tanpa bermain dengan perasaan.

Episod Bawaku Pergi Bukan Lagu Negatif.

Dulu-dulu time lagu Bawa ku pergi kecoh diperkatakan kerna membawa mesej tidak enak pada kalangan masyarakat khususnya mda mudi. nah tadi aku tengah googleing pasal isu ni, aku terjumpa kenyataan media yang dibuat oleh penulis lagu itu sendiri iaitu Malique dari Qarma Music. check it out listener!!! 


Statement Malique~
[Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keptusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik. 
Pada tahun 2008, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerna itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja. 
Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut. Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara. Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda. Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang. 

Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?]


Ha macam itu lah keterangan lagu yang dicipta Malique ini, siapa peminat lagu2 Malique ni mesti tahu yang dia suka cipta lagu berdasarkan sedikit sebanyak dari kisah hidup dia dan familynya...seperti lagu Senyum dan lain2. So kita sebagai pendegar jangan dengar kosong jer...buat kajian dahulu sebelum menuding jari sana sini. 

p/s: Wa die-hard-fan Malique and Eminem! Lirik mereka seperti tajam dari bilah pedang lebih laju dari peluru Winchester

Episod Semester Baru

Hari ni first day kelas mula, hemmm setelah 2 bulan cuti semester mood belajar sure dah kelaut perginya...penat nak cari balik.

Pada sem kali ni aku perlu lebih bijak dalam menggunakan sumber kewangan, tak mahu jadi seperti lepas, sem belum tamat tapi duit kewangan sudah nazak! Mungkin aku perlu berfikir 2 kali atau pun 3 kali ataupun banyak kali sebelum berbelanja. Yang mana tak penting tu tak perlu kot beli

Semester ketiga ni aku perlu lebih berfikiran matang dan jugak jaga tingkah laku. Nak jadi budak baik katakan heh heh heh. Duduk diam jer dalam kelas.

Target  semester ni jgk, nak try naik berat badan hehehe. Kawan2 yang pemurah tu boleh la belanja aku banyak2 :P

Oh ramai kawan2 aku masa diploma sudah dapat pekerjaan yang lebih kukuh, tahniah diucapkan! oh malah ada yang sudah berkhawin!! tahnnnnnnnnnnnnnnnnnnniah jugak yer. Moga cepat dapat baby, ehh!?

Pensyarah semester ni semuanya nya friendly, tapi aku akan pastikan tak akan ambil kesempatan pada lecturer baik2 ni. nak jadi budak baik katakan, kena dengar cakap pensyarah selalu heh heh heh




ok itu jer lah untuk minggu ni, jumpa minggu depan. k baip

p/s: Aku sekelas lagi dengan gadis itu. Memberi semangat datang kelas hari2

Monday, August 26, 2013

Episod 10 Karakter Sahabat Sejati

Assalamualaikum, 

Yeah, minggu ni aku nak share lagi 10 karakter sahabat yang baik, yok sambil2 buang masa tu meh baca sikit.....

1. Hargai masa bersama
Menghargai setiap masa anda bersama dengan sahabat agar dia dapat sentiasa merasa dirinya dihargai dan disayangi.

2 Ikhlas hati
Bersahabat kena la ikhlas, seikhlas hati menerima kekurangan dan kecacatan tak kira sama ada sahabat kita itu anak orang kaya atau sebaliknya. 

3. Berikan sokongan 
Bila waktu kawan kita tu dalam keadaan kesusahan, berilah sokongan agar dia tau ada orang disampingnya yang ingin menolong. 

4. Tak pentingkan diri
Jika kawan kita itu perlukan bantuan kita, segeralah membantu dirinya secepat mungkin ketika dia memerlukan pertolongan kita. Mana tahu nanti kelak dia pulak yang membantu kita.

5. Ingat-ingat tarikh penting
sebagai seorang sahabat yang baik, mengingati tarikh lahir sahabat adalah satu cara mudah untuk eratkan lagi hubungan. Kebiasaanya aku akan set semua tarikh lahir kawan dalam fon sebagai reminder. 

6. Tak burukkan nama sahabat
Sahabat baik tidak samasekali memburukkan nama kawan dia, walaupun telah melakukan kesalah besar atau sesuatu yang tidak diterima sahabat lain. Selalunya kita lihat ramai rakan talam dua muka. 

7. Pendengar setia
Jadilah pendegar yang setia, bukan cinta jer kena setia tau! Jika kawan kita tu menceritakan masalahnya, dengarlah dengan tekun supaya kawan kita itu merasa senang hati dapat meluahkan masalahnya. Tapi jangan pula kita memburukkan lagi masalah dia dengan kata2 yang meremukkan hatinya.

8. Tak minta balasan
Yeah, kawan yang baik tidak mengharap jasanya dibalas dengan serta merta atau dengan wang. Sahabat yang baik menolong dengan ikhlas. Aku lihat ia sudah menjadi trend kawan akan memaksa rakannya memberi habuan selepas memberi pertolongan. Kalau kawan kita tu loaded tak apalah, buatnya dia sekadar kais pagi makan pagi macam mana pula tu?

9. Saling memahami
Sahabat yang baik memahami sifat masing2, sebagai contoh kalau kawan kita tu tak suka makan masakan kari, jangan pula korang belikan dia kari...ini korang faham2 sendirilah, maleh nak cerita lebih

10. Saling percaya mempercayai dan kuat amanah
Ha, bagi yang duduk ramai2 dalam satu rumah tu sifat ini sangat perlu diaplikasikan supaya tidak berlaku situasi yang tidak diingini contohnya, korang cari sendiri buahahaha~!

p/s: Kadang-kadang sahabat pun boleh jadi jodoh kita  heh heh heh heh heh heh heh *senyum lebar :}

Sunday, August 18, 2013

Episod Sahabat Sebagai Teman Rapat

Assalamualaikum, 

Kadang-kadang aku lihat . . . mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga dari memiliki seribu teman yang mementingkan diri sendiri. 

Kadang-kadang aku lihat . . . bila masa datangnya kejayaan, teman-teman mengenali kita. Bila datangnya kesusahan pula, teman-teman tidak mengenali kita. 

Kadang-kadang aku lihat . . . persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan  proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, begitulah juga sahabat mempercayai sahabat.

Kadang-kadang aku lihat . . . persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihiburkan dan disakiti, diperhatikan dikecewakan, namun semua ini perlu diharungi setiap insan untuk menjadi seorang sahabat yang rapat.

Kadang-kadang aku lihat . . . seorang sahabat akan mendiamkan diri daripada menegur kesalahan rakannya , ini bahaya! sepatutnya sahabat menegur sahabat 

Kadang-kadang aku lihat . . .sahabat 'plastik' itu lebih ramai dari sahabat realistik. Baik hanya didepan sahabat, dibelakang kita hentam kawan kita sendiri. Plastik kah kita?

Kadang-kadang aku lihat . . . sahabat yang jahat itu lebih ramai dari sahabat yang baik, namun sahabat yang jahat boleh berubah kepada sahabat yang baik.

Kadang-kadang aku lihat . . . sahabat tidak memahami kata-kata ini' What Goes Around Comes Around".

Kadang-kadang aku lihat . . . sahabat yang pendendam itu lebih bahaya dari sahabat yang pemarah. Sahabat pendendam sukar di ubati, ia seperti virus...semakin hari semakin merebak semakin teruk.


p/s: Jadilah sahabat yanng sempurna kepada sahabat kita :)