Assalamualaikum
Semester III ni sungguh mencabar setakat ni, mahu tak nya
hampir kesemua kerja sekolah kena buat lawatan ke industry ataupun mana-mana
company, adeih. Leceh betol kan.
Nak kena buat surat kebenaran sendiri, kena
tunggu respon dari kompani tu lagi, kekangan waktu plak tu, masalah kenderaan
lagi tu, dan paling masalah, ada company reject lawatan kami last minit, deng!
Jadi itulah cabaran yang perlu dihadapi nak siapkan assignment.
Ini pengalaman pertama kami buat sesi interview dengan
manager fuhhhh perasaan sangat la kabut and gementar mahu taknya, orang yang
kami nak interview ni dari top management Mycron.
Ruang menunggu sebelum sesi interview, macam biasalah kena datang awal sebelum appointment. Layanan staff pun bagus dan peramah. Time ni kami just perkemaskan soalan2 yang bakal diajukan nanti.
Terima kasih pada miss Elina dan staff yang sudi layan kami ni. mintak maaf kalau soalan diajukan terlalu banyak sampai pening kepala cik Elina. thanks jugak sudi benarkan kami buat lawatan dalam kilang even, tiada pun dalam tentatif :)
Aku pun tak berapa dengar sangat apa yang cik Manager ni cakap sebab dalam kilang ni sangat la bising. Jadi kami pun terpaksa tengok jer haha...kilang ni agak besar, puas jugak la berjalan kaki pusing kilang Mycron ni
Aku pun tak tau apa sebenarnya kilang ni hasilkan, yang aku pasti raw material dia dari besi yang dimampatkan sampai la jadi keras macam besi haha.. oh khabarnya besi2 ni dibeli oleh Peroduo dan Proton, jadi korang faham2 la besi ni untuk apa kalau bukan untuk body kereta
Kawan aku cakap siapa yang terkeluar dari laluan hijau ni dia dalam keadaan tidak selamat, so semua orang jalan atas line hijau ni jer haha2...KESELAMATAN DIUTAMAKAN
Mesin2 disini sangat la besar beb, staff yang jaga mesin tu just 2 3 orang jer...aku tengok mesin besar2 ni takut plak nak dekat...respect pada pekerja dowang ni. Berani dan cekal mencari rezeki.
Apa la yang dibicarakan tu...bentang projek baru ker tu hahaa
Terima kasih sekali lagi kepada Human Resource Manager dari kilang Mycron yang sudi terima lawatan kami ini. layanan yang diberi sangat la bagus, Kami doakan Mycron terus berkembang dan terus maju :)
p/s : Selamat Hari Raya Adil Adha
No comments:
Post a Comment