MY PASSION

MY PASSION

Thursday, September 26, 2013

Episod BBQ di Hutan Lipur Khancing/ Taman Rimba Templer

Assalamualaikum, 

Minggu ni best, kelas ada 'sebijik' je, lain-lain kelas cancel sebab lectr. sibuk buat soalan final, tapi lopeh ni kelas ganti akan berderetlah. Oh disebabkan kelas banyak hari batal jadi kami pun plan pergi mandi di Sungai Khancing. 


Dekat jer dari Puncak Alam ke lokasi, makan masa 20 minit jugak, pergi balik tol kena RM8.00. *dekat macam tu pun 8 hengget?*  then nak masuk sini kena bayaran lagi...charge setiap kereta 2 hengget then ada charge lagi setiap orang RM 1....memang kena kapak ni. 

                       

Empat orang jer yang pergi, dah ini jer dak laki dalam kelas...alip ada hal tak dapat join trip ni. Thanks pada driver si Hakim, dalam 4 org ni sorang jer dah berpunya, yang lain available and easy to access hahaha...


Dah duduk kat Puncak Alam hampir 4 tahun tapi tempat best mcm ni tak tahu lak wujud. Mujur si Izul cadangkan lokasi best ni. Kena pulak dengan taste aku bab2 masuk hutan ni kan, pencinta alam katakan heh,. Padahal tak rancang pun nak pergi sini. betul kata orang, perkara yang tak dirancang ni lebih menjadi daripada perkara yang sudah dirancang. Faham tak tu ? heh.


"Selamat datang ke Hutang Simpan Khancing"

Kat sini nyaman udaranya, tak sangka ada hutan simpan yang indah masih dijaga cantik begini. Waktu kami pergi  tak ramai pun orang sebab hari Selasa. kalau hujung minggu baik kau tak payah datang, ramai dan sesak beb. 


Ada nampak sampah tak? tak kan, kawasan ni dijaga kebersihannya, patut la parking kena bayar mahal...charge tersembunyi rupanya, upah org kutip sampah lagi...tapi tak kesah la, janji bumi kekal bersih. Tapi awas, sini monyet bapak ramai giler...boleh la kalau kau nak tangkap sekoq buat pet kat rumah heh heh

 

Nak pergi ker lokasi air terjun pertama, kena la naik tangga dulu boh.... kejap jer dalam 9 -10 minit? Nampak tak semangat nak ber'bbq' dalam hutan, siap bawak pelbagai perkakas heh. Sambil naik tangga tu bolehlah lihat permandangan ciptaan tuhan yang indah ni. Aku terpegun :)

Bila sampai pada level 1 ni, aku dah teruja, sebab air terjun dia buat jiwa aku rasa tenang haha, pokok yang tinggi, cantik dan nyaman. MasyaAllah, Al manazir jamilah jiddan! Air dia jangan citer la, sejukkkkkkk 



Aktiviti menangkap ikan kecik. dapat la dalam 5 ekor mcm tu, liar sangat ikan ni macam peluru pergi dia. 


Bakar jangan tak bakar, aum sedap, Ayam sekor + 2 paket hot dog tu jerp, bajet dalam sorang Rm 10.00 jer. Sponsor by PTPTN haha 


 Kedalam air dipercayai paras dada i....

 Izul steady! a.k.a penganjur pogram 


Aktiviti kemuncak ialah mandi sampai gigil. 

P/s: Setiap kali nak guna camera mesti bateri habis , malapetaka betul. kalau tak boleh snap banyak lagi.  thanks izul sudi amik gambar guna henfon mahal kau. 

Kesian tengok monyet lapar. kasi mereka makan sikit. pastu balik ke Puncak Alam kembali. Penat gila punye. phewww~ KBye

No comments: