MY PASSION

MY PASSION

Thursday, May 14, 2015

Episod Pernah Tak Awak?

Assalamualaikum, salam Jumaat 15052015.

Pernah tak awak rindu seseorang yang dahulunya rapat tapi sekarang macam segan dah nak tegur? Apa yang awak buat hanyalah pendam rasa rindu tu dalam hati. Kan? Lepas tu layan perasaan sensorang dengan ditemani lagu2 sedih. Betul? Kesudahannya, hati awak yang sakit menahan rindu.

Pernah tak awak ada salah faham atau termakan hati dengan kawan tapi apa yg awak buat hanyalah berdiam diri dan buat tak tahu. Betul? Sebabnya nak jaga hati kawan dan xnak persahabatan terputus. Kan?

Pernah tak awak suka someone tapi hanya mampu pandang dari jauh? Sebab awak rasa awak x layak untuk sidia kann?. Apa yang awak buat ialah selalu stalk akaun laman sosial dia tiap2 malam sebelum tidur. Betul tak? Dapat tahu dia happy pun jadi la kan?

Pernah tak awak cuba nak hantar msg/whatsapp kepada sidia nak tegur "hi, apa khabar"? Tapi awak delete balik msg tu dan exit sebab awak takot ganggu dia. Kan? Mungkin juga awak rasa sidia dah totally move on so xperlu msg sidia lagi.

Pernah tak awak nak lupakan someone sebab nak buang perasaan suka tu kat dia? Awak dah cuba move on tapi setiap kali nak move on, rasa sayang dan rindu tu datang kembali, kan? Apa yang awak buat ialah pura2 dah tipu diri sendiri, akhirnya, awak sebokkan diri dengan kerjaya supaya dapat lupakan dia.

Pernah tak awak suka saya?..................








P/s: ....ya, tapi saya suka diri sendiri.

Monday, April 13, 2015

Episod Jadilah Aku

Jadilah aku pengingat yang setia,
Kerana ku tahu, aku mudah dilupa.

Jadilah aku cinta yang pertama,
Kerna ku tahu, aku adalah sang setia

Jadilah aku perindu yang setia,
Kerna ku tahu, aku tak mudah melupa.

Jadilah aku sebutir mutiara,
Kerna ku tahu, aku mudah dipuja tapi sukar dimiliki.

Jadilah aku pemerhati yang sejati, 
Kerna ku tahu, kamu saja ku perhati

Jadikanlah aku diri sendiri,
Kerna ku tahu, aku adalah aku. Kamu adalah kamu.
Kerna ku tahu jodoh pasti bertemu.

P/s: Kecelaruan. Kebingungan. Kepenatan. Pengakhiran.

Wednesday, December 3, 2014

Episod Kerja Jururawat Kerja Mulia

Assalamualaikum,

Pekerjaan jururawat sungguh mulia. Pekerjaan jururawat sungguh diperlukan. Bekerja sebagai jururawat suatu ibadah umum yang boleh menuai banyak pahala. Berkerja sebagai jururawat juga suatu perjuangan.

Tidak dapat bayangkan betapa sukarnya meniti hari-hari di hospital tanpa jasa dan pengorbanan seorang jururawat. Dr. Yusuf al-Qaradhawi sendiri mengiktiraf betapa berhajatnya masyarakat kepada tenaga wanita berupa jururawat.

Tanpa jururawat, siapa yang akan menjaga jutaan muslimah di hospital lebih-lebih di wad-wad OnG? Tanpa jururawat, siapa yang akan memudahkan urusan doktor untuk menyiapkan kerja-kerja teknikal? Kerja-kerja teknikal ini pula biasanya lebih diteliti diuruskan oleh seorang perempuan. Tanpa jururawat yang berkesedaran Islam seperti ukhti, siapa yang akan bangkit memperjuangkan pakaian jururawat yang mesra syariah?

Tanpa jururawat berjiwa seperti ukhti, siapa yang akan memimpin usrah dan halaqah untuk para jururawat di sana lebih-lebih lagi yang sangat berhajatkan kefahaman Islam? Islam milik semua.

Semoga Allah memudahkan urusan keluarga semua jururawat di dunia ini yang banyak berjasa mengorbankan masanya demi masyarakat. Semoga lebih banyak institusi-instusi sokongan keluarga yang akan bangun mengasuh anak-anak dengan lebih efektif agar para jururawat ini dapat terus menabur jasa.

P/s: Ramai saudara dan sepupu kerja sebagai jururawat. Mohon tabah harungi rutin harian dan InsyaAllah rezeki anda diberkati. Amin.

Tuesday, December 2, 2014

Episod Kadangkala...

Assalamualaikum,

Kadangkala,
Allah sukarkan jodoh kita,
Tetapi apabila sudah selamat berumahtangga,
Dia mudahkan rezeki menimang cahaya mata.

Kadangkala,
Sukar mencari jodoh yang sesuai dengan kita,
Tetapi Allah dah tentukan orang yang baik untuk orang yang lagi baik

Kadangkala,
Allah sukarkan kita menimang cahaya mata,
Tetapi Dia rezekikan suami /isteri yang memahami serta menerima kita apa adanya.

Kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan suami/ isteri yang sering membuat hati menjeruk rasa,
Tetapi Allah mudahkan dengan kehadiran anak-anak penyejuk mata.

Kadangkala,
Allah payah dan sukarkan kita dalam mendidik cahaya mata,
Tetapi Dia mudahkan dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang membuatkan anak-anak tidak derhaka.

Dan kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan perkara-perkara yang ada (di atas),
Tetapi Allah mudahkan kita dalam kerjaya juga beramal kepadaNya.

Dan ada juga ketikanya,
Allah sukarkan kita dengan segala-galanya,
Tetapi Allah mudahkan kita menjadi hamba-Nya yang Dia redha.

P/s: Jangan tanya aku pasal jodoh. Bukan aku tentukan. Tapi Dia dah tetapkan. 💕

Monday, October 13, 2014

Episod Menang Tapi Kalah

Assaamualaikum sahabat,

Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.

Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang

Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...

P/s: Bergaduh bergaduh, lama lama bertemu jodoh, aduh!