MY PASSION

MY PASSION

Wednesday, December 3, 2014

Episod Kerja Jururawat Kerja Mulia

Assalamualaikum,

Pekerjaan jururawat sungguh mulia. Pekerjaan jururawat sungguh diperlukan. Bekerja sebagai jururawat suatu ibadah umum yang boleh menuai banyak pahala. Berkerja sebagai jururawat juga suatu perjuangan.

Tidak dapat bayangkan betapa sukarnya meniti hari-hari di hospital tanpa jasa dan pengorbanan seorang jururawat. Dr. Yusuf al-Qaradhawi sendiri mengiktiraf betapa berhajatnya masyarakat kepada tenaga wanita berupa jururawat.

Tanpa jururawat, siapa yang akan menjaga jutaan muslimah di hospital lebih-lebih di wad-wad OnG? Tanpa jururawat, siapa yang akan memudahkan urusan doktor untuk menyiapkan kerja-kerja teknikal? Kerja-kerja teknikal ini pula biasanya lebih diteliti diuruskan oleh seorang perempuan. Tanpa jururawat yang berkesedaran Islam seperti ukhti, siapa yang akan bangkit memperjuangkan pakaian jururawat yang mesra syariah?

Tanpa jururawat berjiwa seperti ukhti, siapa yang akan memimpin usrah dan halaqah untuk para jururawat di sana lebih-lebih lagi yang sangat berhajatkan kefahaman Islam? Islam milik semua.

Semoga Allah memudahkan urusan keluarga semua jururawat di dunia ini yang banyak berjasa mengorbankan masanya demi masyarakat. Semoga lebih banyak institusi-instusi sokongan keluarga yang akan bangun mengasuh anak-anak dengan lebih efektif agar para jururawat ini dapat terus menabur jasa.

P/s: Ramai saudara dan sepupu kerja sebagai jururawat. Mohon tabah harungi rutin harian dan InsyaAllah rezeki anda diberkati. Amin.

Tuesday, December 2, 2014

Episod Kadangkala...

Assalamualaikum,

Kadangkala,
Allah sukarkan jodoh kita,
Tetapi apabila sudah selamat berumahtangga,
Dia mudahkan rezeki menimang cahaya mata.

Kadangkala,
Sukar mencari jodoh yang sesuai dengan kita,
Tetapi Allah dah tentukan orang yang baik untuk orang yang lagi baik

Kadangkala,
Allah sukarkan kita menimang cahaya mata,
Tetapi Dia rezekikan suami /isteri yang memahami serta menerima kita apa adanya.

Kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan suami/ isteri yang sering membuat hati menjeruk rasa,
Tetapi Allah mudahkan dengan kehadiran anak-anak penyejuk mata.

Kadangkala,
Allah payah dan sukarkan kita dalam mendidik cahaya mata,
Tetapi Dia mudahkan dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang membuatkan anak-anak tidak derhaka.

Dan kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan perkara-perkara yang ada (di atas),
Tetapi Allah mudahkan kita dalam kerjaya juga beramal kepadaNya.

Dan ada juga ketikanya,
Allah sukarkan kita dengan segala-galanya,
Tetapi Allah mudahkan kita menjadi hamba-Nya yang Dia redha.

P/s: Jangan tanya aku pasal jodoh. Bukan aku tentukan. Tapi Dia dah tetapkan. 💕

Monday, October 13, 2014

Episod Menang Tapi Kalah

Assaamualaikum sahabat,

Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.

Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang

Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...

P/s: Bergaduh bergaduh, lama lama bertemu jodoh, aduh!

Friday, September 19, 2014

Episod Jom Jangan Bersedih

Ada 8 kisah antaranya yang melibatkan Nabi kita yang boleh kita ambil dan jadikan sebagai pedoman dan iktibar untuk kita menghadapi ujian dariNya. Jangan bersedih wahai teman.

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yang mempunyai talian kekeluargaan dengan kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yang dikhianati oleh saudara2nya.

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yang kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yang dihumban ke dalam api oleh ayahandanya.

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yang terperangkap di dalam perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yang ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yang tidak dapat bertutur dengan sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yang sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yang membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yang diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yang tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal.

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat.

***Allah mewujudkan personaliti yang hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia seperti saya dan kamu, bilamana berhadapan dgn sebarang musibah, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"

P/s: Kita boleh tipu orang, tapi kita tak boleh tipu hati.

Sunday, August 31, 2014

Episod Tabahlah Wahai Hati

Hati,

Kerapuhan hati kian meningkat,

Dek kerana memori lama yang menyelinap dan bersembunyi dihatiku,

Terasa begitu sakit dan pedih apabila ia kian merebak merapuhkan hati ini,

Sungguh sukar untukku bina benteng baru,


Hati,

Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku,

Ku tetapkan hati ,

Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi,

Tidak boleh untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih,


Hati,

Ku cuba jadi kuat untuk pertahankan dari sebarang usikan,

Agar kau sentiasa terpelihara,

Namun, terlalu lemah untukku memeliharanya, aku tewas.


Ya Allah,

Sesungguhnya aku mengerti ,

Hati ini hanya untukMu,


Ya Allah,

Hanya padaMu aku berserah,

Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali ,

Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi,

Ya Allah kepadaMu aku bersandar agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu


p/s: Everytime you read your old conversation..you relized how close you used to be. Yes used to be...now you are stranger