MY PASSION

MY PASSION

Monday, July 15, 2013

Episod Perang Dengan Nafsu?

Assalamulaikum,

Yeah baru semalam aku habis jawab paper exam unuk semester dua. Rasa sangat lapang dadah dada. Seperti biasa semua paper mesti ada soalan yg tak boleh jawab, biasa lah tu kan but overall it just a good starting. 

Okay last paper aku tu jawab dalam puasa, hurmm pelbagai dugaan aku hadapi tau. Sebenarnya aku takda topik menarik nak dibicarakan dalam episod kali ni, nak bicara pasal puasa? blog lain2 pun dah ada. oh ok la sampai sini jer :) k bai

Oh oh opps, wait a sec brah! ! ! it just cross in my mind about somethin' that make me so annoying. First ramadhan aku dan housemate pergi bazaar ramadhan dekat Stadium Shah Alam tu, suasana meriah, ramai orang dan padat, juadah yg pelbagai dan rare dan  tidak lupa juga melihat karenah manusia sekeliling. Dalam banyak2 situasi tersebut ada sesuatu yg tak kena pada mata aku!

Dalam kesibukan kawan aku ni membeli lauk pauk, aku ni suka perhati gelagat orang so dalam pemerhatian tu aku dapati ramai gadis2 berpakaian mengjengkelkan di bazaar ramadhan! Apa yang aku maksudkan tu?  Berbaju ketat, jarang dan berseluar legging itu yang aku maksudkan. 

Dalam hati aku pun berkata, tidak malukah awak berpakaian begitu di khalayak ramai, dalam bulan ramadhan, di hadapan kanak2, orang tua? Awak seperti ingin menarik perhatian kami untuk melihat susuk tubuh awak.  Jika awak tak ada rasa malu , saya yg kaum adam ni pula yg rasa malu melihat pakaian awak tu . hurmm. 

Aku pun menoleh ke tempat lain dengan harapan gadis2 tersebut jauh dari pandangan aku. Nah, sekali lagi mata aku dihidangkan 'juadah' yg kurang enak. kali ini datang dari pembeli lain pulak. aduh kakak ni depan mata aku plak dah, berseluar legging nipis, berbaju singkat dan aku tak tau nak kata apa dah. Yang menjadi persoalan dalam pala otak aku skang ni, adakah memakai seluar legging bapak punya ketat  dikhalayak ramai menjadi satu kebiasaan dan diterima masyarakat? Aku fikir seluar tu hanya untuk dipakai bersama kain dan hanya dirumah. tapi skang dah terbalik kot.

Aku berjalan lagi dihadapan, buah fikiran aku memang tepat! kebanyakannya memakai seluar jenis yang sama, legging! Ini sangat annoying! aku tak tau apa sebab dan punca mereka suka pakai seluar jenis ni, nak kata senang pakai, baik takk payah pakai seluar lagi senang. Seluar leggiing yang pelbagai warna dan sangat terang tu memang tujuan dijadikan tarikan yer? 

Saya sebagai mewakili suara dari kaum adam, berhenti lah awak2 yang cantik dari memakai seluar begitu di khalayak ramai, sebab bagi kami ia tidak cantik pun dan sudah tentu ia mengganggu mata kami, seluar tu menunjukkan susuk badan awak 100% yang sebenar~!. Nak ke badan awak ditatapi oleh orang ramai, awak nak ke orang menilai saiz pinggang, bon***, peha awak tu?awak nak?  Yang laki pun sama jer berseluar pendek atas lutut baik muda dan tua. pakai kat rumah sudah la nohh. 

Jadi itulah dia episiod kali ni aku bercerita pasal legging plak ha3... sangat tidak best kan. tapi sekurang2nya aku menyeru kearah kebaikan kan kan? 

p/s: Dalam ramai2 gadis berlegging tu, terselitlah jugak gadis yang dapat menyejukkan mata den ni. 
"Gadis ayu, berpakain sopan i follow you, Gadis 'legging', berpakain ketat i dislike you"

p/s 2.0: esok aku balik sungai pasiaq, buka puasa dengan family yo!

p/s: Kawan aku dapat bergambar dengan Heliza Helmi, aku jeles kot. imma  big fan of her. 

Heliza Helmi with Anis




No comments: